Thank you!

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Minimal Design

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Download high quality wordpress themes at top-wordpress.net

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Easy to use theme admin panel

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Ketahuan::Kepastian

Lama aku merenung untuk memikirkan apa yang perlu dibicarakan. Hajat menulis sempena kempen Hisbah “Stand for solat, Cover with hijab”sebelum ni pun masih lagi tersimpan kemas sebagai draft dalam Windows Live Writer . Bukannya aku ingin bertangguh, tapi idea datang tidak menentu. Banyak yang perlu diungkapkan. Tapi bilamana ada kesempatan  duduk di hadapan laptop, semuanya hilang, tinggallah aku terkial-kial mencari isi yang bersesuaian untuk dikongsi.

 

Isu di Mansurah baru-baru ini pun masih belum mampu dirungkaikan sepenuhnya. Mengapa begini jadinya..? Musim peperiksaan yang semakin mendekat  ditenggelamkan oleh perbincangan yang langsung tak membawa  kepada bertambahnya amalan, bahkan makin melambatkan gerak kerja. Selagi mana kita berfikir bahawa kepelbagaian kelompok yang membawa Islam adalah punca perpecahan, selagi itulah kita sendiri tanpa disedari yang menganjurkan perpecahan, kerana kita tak mampu untuk menerima kebaikan dari orang lain. Maka kita secara spontannya akan menyalahkan kumpulan lain. Kalaulah kita mampu berlapang dada dan berbaik sangka walaupun berlainan kumpulan selagimana tidak bertentangan dengan Al-Quran dan syariat, bukankah itu satu kesepakatan.

forumPCM

((Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.)) Al-Hujurat:6

Aku tak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak, yang mendakwa, dan yang didakwa. Tapi jangan sempitkan minda anda dengan kenyataan sebelah pihak tanpa mendapatkan penjelasan dari pihak lain. Terkadang kita terlampau mempercayai sesuatu yang selari dengan kefahaman kita tanpa mengendahkan dari mana sumber tersebut datang. Macam isu memboikot barangan Israel: KFC dan Pizza Hut dengar cerita dah tak diboikot sebab bla..bla..bla..  katanya “ “. Maka kita melonjak kegembiraan kerana tamatnya ’penyeksaan’ menahan perut dan hawa nafsu dari perkara yang disukainya, walaupun entah dari mana sandarannya. Walhal ketika mula diboikot, heboh bertanya mana buktinya dan sumbernya.

kenyataan rasmi

 

Ingat..tiada manusia yang sempurna selain Rasulullah s.a.w. Terimalah kebaikan dan kelemahan orang lain. Yang baik, kita sokong, meskipun dari kumpulan mana pun kerana kita adalah orang yang ingin bersama-sama menyemarakkan kebaikan, dan kita bukanlah seorang hakim yang menghukum, menentukan pahala atau dosa kepada orang lain. Jangan sempitkan kepercayaan kita atas sentiman jemaah semata-mata..Apa yang dibuat oleh jemaah sendiri adalah betul semuanya, dan apa yang orang lain buat, terpesong segalanya dari istilah membuat kebaikan. Janganlah kita menjadi bebanan kepada orang yang ingin menggerakkan dakwah. Pastikan apa yang kita tahu, bukan sekadar tahu tapi tak pasti.

 

Perjuangan::Tak::Berakhir

::A’kum. Saudara kpd imam Masjid Amin akan ke Ghaza pd hari Selasa. Dia minta supaya kita hulurkan sumbangan. Saya akan serahkan sumbangan pada hari Isnin mlm,insyaALLAH. wassalam- Dr.Hamid:: 22 Mar. 2009 11:34

Ringkas sahaja mesej yang diforward oleh seorang rakan. Isu yang semakin lama bagaikan lenyap ditelan peredaran masa. Kesibukan peribadi hinggakan terlupa ehwal muslim sekitar. Meskipun aku sedari hadis Nabi s.a.w yang menyatakan ((Sesiapa yang tidak mengambil berat hal ehwal kaum Muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka)), tapi untuk mempraktikkannya bukanlah sesuatu yang mudah. Mungkin kita lebih mahu ambil cakna hal artis yang diminati , atau situasi politik semasa, atau pelbagai lagi perkara lain, hingga mengenepikan perkara yang lebih utama untuk diambil tahu.

 

 

Iman sentiasa bertambah dan berkurang.tetapi beruntunglah bagi sesiapa yang pabila tahap imannya paling rendah, namun, dia masih lagi mengikut sunnahnya s.a.w. Isu Palestin juga ada turun naiknya, tetapi beruntung jua bagi sesiapa yang bilamana isu Palestin semakin reda bahangnya, namun masih lagi mampu mengekalkan usaha untuk membebaskannya, walau ianya kecil.

Jangan pandang remeh usaha memboikot, walau tak ketahuan hasilnya, tapi, sentiasalah memperbaharui kembali niat, bahawa bukan hasilnya yang kita impikan, tapi redha Allah yang utama. Begitu juga usaha dengan doa. Kalaulah kita ingat dan mampu melazimi untuk berdoa pada keluarga kita, kejayaan kita, dan impian untuk memiliki isteri solehah @ suami soleh dan anak-anak yang menjadi imam kepada orang bertaqwa, mengapa kita tak teringat untuk mendoakan umat Islam yang lain terutama di Palestin.

Photo0280

Satu-persatu sampulan dibuka untuk menzahirkan isinya. Terharu diriku melihatkan pelbagai jenis not dalam Genih Mesir yang berjaya dikumpulkan. Hinggakan ada yang menghulurkan not hijau bernilai LE 200. Ditambah lagi dengan satu sampulan yang berisi pelbagai jenis not. Mungkin kerana pemberinya telah memberi segala yang ada padanya ketika itu..?Wallahu A’lam. Alangkah beruntungnya mereka yang mampu mencontohi Abu Bakar r.a yang meninggalkan untuk anak isterinya, hanya Allah dan Rasul.

Bertambah rasa terharu aku disebabkan golongan yang memberi nilai yang banyak terdiri daripada akhawat. Mana agaknya pergi duit-duit ikhwah ni?Mungkinkah mereka menyimpan duit mereka untuk menyara bakal isteri dan anak-anak mereka di masa hadapan? Itu terserah kepada mereka untuk menjawabnya, setelah diadakan perbincangan antara ahli-ahli yang mengira duit sumbangan, kami mengeluarkan satu teori untuk menjawab persoalan ini iaitu, mereka jarang membawa duit dalam nilai yang banyak ketika keluar rumah. Mungkin kerana kutipan diadakan on the spot, jadi mereka tak sempat menyediakan nilai yang sepatutnya. Namun, teori ini belum dibuktikan lagi secara praktikal…


Inteam - Hanya Takdir.mp3 - Inteam

Setelah memecahkan tabung, mengoyakkan sampul, maka hasilnya  untuk kutipan  hari ini sahaja adalah sebanyak LE 2504.45 dan RM2.00 . Ditambah dengan kutipan terdahulu sebanyak LE1000, maka nilai semuanya adalah sebanyak LE3504.45 dan RM2.00. Terima kasih kepada yang menyumbang. Semoga amalan kita yang ikhlas kerana Allah taala dapat menjawab soalanNya di akhirat pabila ditanya tentang apa usaha kita untuk membebaskan Palestin dari jajahan Zionis laknatullah alaihim.

 

Lock::Jaw


Lockjaw

 

Sudah lama aku cuba mengelak untuk menceritakan hal ini. Bukannya tidak mahu mengungkapkan kebenaran, tetapi aku lebih suka untuk menyembunyikan kelemahan. Entri ini tiada kaitan dengan penyakit Tetanus atau Trismus tetapi lebih kepada penyakit kehilangan ‘common sense’ yang membuatkan penghidapnya semakin hari, semakin menyebabkan orang lain meluat, dan tanpa disedari, mereka itu langsung tak membawa apa-apa kebaikan, bahkan merosakkan orang lain hingga ke suatu tahap orang lain ditimpa penyakit yang boleh membawa kepada kematian..disebabkan oleh apa yang mereka lakukan.


Kalaulah kita walaupun sesama orang melayu sendiri pun sukar untuk saling tegur menegur, apatah lagi untuk membuka mulut menegur penduduk negeri yang kita datang menumpang ini. “Katakanlah yang benar, walaupun ianya suatu yang pahit”.  Segelintir masyarakat Mesir sendiri amat sensitif dengan masalah yang melanda masyarakat pelajar Malaysia yang berada di sini terutama masalah ‘couple’, tapi, tiada masalah untuk mereka sekali-sekala menegur meskipun pada hakikatnya, bangsa mereka pun menghadapi masalah yang sama, atau mungkin lebih teruk dari itu.

Peristiwa semalam benar-benar menguji kesabaran, yang semakin tiba hadnya. Untuk menegah dengan perbuatan, jauh sekali. Hanya terdaya mengingkari dengan hati, serendah-rendah peringkat keimanan. Mungkin aku menulis entri ini supaya aku dapat menegahnya dengan percakapan melalui cara penulisan, supaya dapat diambil pengajaran. Bukan tujuan aku untuk meburukkan mereka, tetapi untuk sentiasa lihat diri kita kembali, entah-entah tanpa disedari, ada perbuatan kita yang mengguris hati orang lain, yang menyebabkan orang yang dizalimi tersebut mendoakan agar keburukan kita dibalas dengan yang setimpal olehNya.


Perjalanan dari Cairo ke Mansurah yang mengambil masa lebih kurang 2 jam bagaikan berada dalam kandang penyeksaan. Hajatnya merehatkan diri setelah seharian mengerah tenaga menyertai Hari Kebudayaan dan Kesenian (HK2). Tapi kepenatan makin bertambah, dirumitkan lagi dengan kebencian yang hanya mampu diluahkan dalam hati.

Photo0275 

[HK2 di Dewan Malaysia Abasiyyah, Kaherah]


Bermula dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi, amat sukar untukku melelapkan mata. Sakit mata melihat gelagat mereka (2-3 org) yang menghembuskan kepulan asap sewenang-wenangnya. Sakit telinga disumbat dengan nyanyian melalut yang bagaikan mahu menukar van kecil menjadi disko bergerak, lebih hebat kalau jarak sebatu boleh mendengar kemantapan sound system van tersebut. Hidung ini pula tak sanggup lagi menghidu bau kemenyan asap dari batang rokok yang bahayanya lebih dari asap yang dinikmati oleh perokok tersebut. Dengan berat hati aku mebuka sedikit laluan udara, bukan untuk memudahkan perokok menikmati rokoknya, tetapi untuk mengelakkan penumpang lain mati kerana menyedut asap-asap rokok yang dihembuskan. Angin sejuk belahan van yang bergerak 120 km/j berebut-rebut menerobos celahan bukaan tingkap. Menahan kesejukan malam yang menyelubungi badan benar-benar menguji kesabaran.


Photo0277

[Ditengah kegelapan malam dalam van, kelihatan setitik cahaya yang dihiasi asap yang menyakitkan mata memandang jua menyakitkan hidung menghidu]


Cukuplah rasanya setakat ini dapat aku kongsikan. Risau nanti kalau emosi menguasai pemikiran, jadinya aku akan mengata keburukan orang je lebih, padahal banyak lagi kebaikan mereka diabai.

Salam::Alaik

Kedatanganmu dihargai,

Pemergianmu ditangisi,

Sirahmu sumber inspirasi,

Moga syafaatmu di akhirat menanti.

 


Ya Nabi Salam.mp3 - Opick

 

Ya Nabi, Salamun Alaik

Ya Rasul. Salamun Alaik

Ya Habib, Salamun Alaik

Solawatullah Alaik

 

“Tidak sempurna keimanan seseorang kamu sehinggalah aku lebih dicintai  olehnya berbanding bapanya, anaknya, dan manusia seluruhnya”

Riwayat Bukhari dan Muslim

 

Sejauh mana kecintaan kita kepadanya..?. Kalaulah ianya sekadar selawat di setiap kali solat dilakukan, mana mungkin kita mengaku cinta padanya. Sampaikah tahap cinta kepadanya hinggakan tidur tak lena, makan tak selera seperti mana kita mengenangkan orang yang kita kasihi yang tiada di depan mata buat sementara. Pernahkah kita risaukan sunnahnya yang semakin lama terabai, kerana terlalu menitik beratkan perkara remeh. Mungkinkah kita mengikut sunnahnya yang serasa mudah mengikut gerak hati dan kemudahan kita, walhal sunnahnya yang terbesar ditinggalkan kerana sukar untuk dilaksanakan dengan alasan..kita tidak sehebat baginda s.a.w.

 

“Dan pada Rasulullah itu contoh tauladan terbaik”. Pernahkah kita mengambil iktibar dari ayat ini. Mungkin dahulu ketika belajar Sirahnya, kita hanya diajar tentang peristiwa dan perkara yang berlaku di zaman itu, dan tidak dikaitkan dengan apa yang berlaku di ketika ini. Tapi kita semakin menginjak dewasa, sejauh mana penghayatan kita tentang sirahnya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Selangkah demi selangkah jalan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w dan para sahabat r.a. ketika berhadapan dengan masyarakat. Bukankah di kala ini, perkara sama jua berlaku dalam masyarakat..? Mungkin sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w mereka diistilahkan sebagai kaum jahiliyyah, tetapi kini, ianya telah diistilahkan semula atas nama kemodenan.

 

Photo0270

Wanita berbangga dengan tabarruj, dan lelaki tiada lagi segan silu jika digelar dayus.. Inilah kebebasan di zaman Jahiliyah, tanpa agama yang kononnya mengongkong kehidupan. Kembali ke zaman Nabi s.a.w. Perkara sama jua yang berlaku di setiap masyarakat, tapi tindakan yang membezakan antara keduanya. Bermula dengan mempamerkan akhlak yang baik, Rasulullah s.a.w mengorak langkah, meskipun sebelum diturunkan wahyu. Hinggakan beliau dikagumi dan menjadi rujukan permasalahan masyarakat. Setelah diturunkan wahyu pertama, Nabi s.a.w berterusan mengajak secara sembunyi untuk kemaslahatan dakwah.

 

Ingatkah kita peristiwa ketika Rasulullah s.a.w mengumpulkan kaum kafir Quraisy di atas satu bukit, dan itulah detik permulaan dakwah secara terang-terangan. Beliau bertanya: Adakah kalian percaya jika aku katakan bahawa di sebalik bukit ini ada tentera yang akan menyerang kamu. Maka mereka mengiyakan penyataan Rasulullah s.a.w tanpa sebarang ragu-ragu, kerana mereka meyakini bahawa beliau s.a.w tidak pernah menipu. 3 tahun selepas turunnya wahyu pertama..tanpa sebarang perbuatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat kepadanya.

Mustahilkah untuk memperbaiki diri supaya menjadi baik serta dapat membuatkan orang lain menjadi baik. Biarkan perbuatan menjadi jawapan, bukan sekadar luahan perkataan.

Photo0271

[Pengakhiran segala Nabi – Abu Hasan Ali An-Nadawi

Buku yang diedarkan secara percuma selepas solat sempena Maulid Rasul, tapi apakan daya, bilakah agaknya ia akan dibelek untuk diambil permata yang tersirat di dalamnya~]

 

Amanah terbesar yang diwariskan kepada umatnya..DAKWAH kepada Allah. Sejauh mana kita telah mempersiapkan diri menjejaki cara dakwah Nabi s.a.w. Pernahkah kita dibaling batu sehingga terluka sepertimana ianya berlaku ketika dakwah Nabi ke Taif. Pernahkah kita dibaling dengan najis dan kotoran semasa melalui jalanan sepertimana yang dilalui Nabi? dan pernahkah ada konspirasi yang dirancang secara terperinci untuk menjatuhkan, bahkan sehingga tahap kita dibunuh hanya kerana dakwah yang kita lakukan. Bahkan, jauh sekali dari apa yang pernah menimpa Baginda s.a.w. Tapi, mengapa hati ini masih berat untuk melaksanakan…?

Kita tidak dibebankan melainkan sekadar kemampuan. Tugasan tak akan selesai sehinggalah tertegaknya sistem khilafah, atau tertanamnya kita di kuburan, meskipun tak sempat untuk kita menikmati hasilnya. Allah memberikan ganjaran atas kualiti usaha, bukan atas kuantiti hasil. Tak semestinya orang yang berusaha banyak akan mendapat hasil yang membanggakan, dan hasil yang membanggakan tak akan datang bergolek tanpa didahului usaha. Di pengakhirannya, bergantung kepada Ar-Rahman untuk mengganjari setimpal dengan apa yang telah kita usahakan.

Sejernih::Air


Sejernih air - DmenC

Bumi Mansurah disirami air langit untuk hari keduanya berturutan. Tapi air rahmat ini lain dari yang sebelumnya. Kesejukan memang semakin terasa, terutama pabila bangun dari tidur. Selimut yang tebalnya tak sampai seiinci inipun amat sukar dikuak untuk menyahut seruan Ilahi. Syaitan masih lagi bergayut di tubir mata, meniupkan semangat untuk kembali melelapkan mata, walaupun telinga telah mendengar sayup-sayup seruanNya memecah keheningan pagi.

 

Photo0158

Air yang membasahi jalan pun setia mengikut perintahNya. Tapi manusia yang diberi akal oleh Allah, masih lagi setia mengikut nafsu. Benar firmanNya yang bermaksud ((Kalau sekiranya kami menurunkan Al-Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir))

Hujan yang membawa rahmat, menandakan yang Allah masih lagi sayangkan hambaNya,  masih membuka peluang  taubat untuk mereka, dan masih mengkabulkan hajat mereka. Solat Istisqa’ (meminta hujan) yang dilakukan di beberapa masjid di Mansurah selepas solat Jumaat benar-benar membuahkan hasil. Tak sampai 24 jam, hujan turun sepertimana yang dikehendakiNya.

Tetapi, kali ini, ianya terjadi bukan seperti yang kebiasaannya. Tiada lagi kedengaran rungutan kerana palitan lumpur coklat gelap. Tiada juga kelihatan kenderaan yang menyusuri jalan raya bagaikan kerbau yang baru pulang dari berkubang. Alangkah baiknya kalau ianya berterusan, seiring dengan berterusannya pergantungan kita kepadaNya.

Photo0014

“Kita adalah satu umat, biarpun kita di bandar, dan tidak memerlukan hujan, tetapi mereka di pedalaman amat mengharapkan air dari langit untuk menyuburkan tanaman mereka.” Atas dasar inilah khatib di mimbar Jumaat menyuarakan pendapat untuk diadakan solat sunat Istisqa’. Kebersamaan mereka masih lagi jitu. Ukhuwwah yang lahir atas dasar keimanan menyebabkan hati ini tidak akan tenang melihat musibah yang menimpa orang lain. Ikatan yang jauh lebih berharga dari ikatan kekeluargaan serta keturunan. Mereka membenarkan sabda junjungan besar s.a.w “Tidak akan sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri”

Syabab49::~BeinIsnein~

huh…terpaksalah rasanya menyelesaikan kerja yang terbengkalai sejak 2 bulan yang lalu. Kalau tangguh lagi, entah bila la boleh nak selesaikan. Disebabkan aku dah berjanji untuk buat juga, jadi, kena la tunaikan janji, supaya tak termasuk dalam ciri-ciri munafiq iaitu “jika berjanji, maka dia akan memungkirinya” sepertimana yang pernah diungkapkan oleh Nabi s.a.w.

1.List these rules on your blog.

2.Share 7 facts about yourself on your blog.

3.Tell 7 unspectacular quirks on yours.

4.Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to
their blogs.

5.Link the person who tagged you.

6.Leave a comment for each blogger






7 facts about me:

  • Ke 2 daripada 11 orang adik beradik, dalam keluarga aku, semuanya lelaki (kecuali mak aku)
  • Persoalan yang aku paling musykil macam mana nak jawab:.. “asal mana..?”….panjang ceritanya~…(jawapan di bawah)
  • mudah lupa nama orang, muka boleh cam sket2, tp segan plak nak tanya kalau orang yg kite pernah kenal tu tegur dan masih ingat nama kite
  • agak pendiam, simpan dalam dengan harapan lama-lama akan hilang, dan amat jarang nak ceritakan masalah kat orang lain
  • Meminati subjek Fizik, Matematik Tambahan, Kimia dan pernah bercita-cita menjadi engineer, tapi tak kesampaian. Mustahilkah menjadi doktor dan engineer dalam satu masa?..kalau mustahil, sila bagitahu sebab-sebabnya.
  • hobi mencari benda untuk didownload, terutamanya nasyid tempatan, dari seberang atau antarabangsa. rasanya sekarang ni koleksi nasyid dah dekat 10 gig. Takdelah dengar semuanya, cuma nak puaskan hati ni je~ tak tenang kalau tau ada kumpulan nasyid yang baru dengar, tapi tak dapat jumpa mp3 nye..
  • Cuba mencari dan mempelajari perkara baru setiap hari.. tapi keterbatasan masa menghadkan dari perkara-perkara tersebut yang mana perlu diutamakan

7 unspectacular quirks about me :

  • Antara terlepas pandang, atau terlupa hakikat tersebut. Balik cuti kat Malaysia hari tu, baru la aku teringat @ baru sedar yang sebenarnya, bilangan adik-beradik aku adalah 12 orang kalau tak keguguran seorang ketika dalam kandungan sebelum mak aku melahirkan adik aku yang ke –11.
  • Lahir di Negeri Sembilan ketika tinggal di Melaka buat sementara waktu sebelum berpindah ke Taman Keramat, Kuala Lumpur, dan kemudian memindahkan diri ke Kampung Sungai Pusu, belakang main camp UIA Gombak. kemudian pindah ke Kampung Changkat di Gombak juga, dan dalam masa yang sama melanjutkan pelajaran di Maahad Al-Manar di Kelantan(sekolah berasrama penuh) selama hampir 6 tahun, dan bila aku menjejakkan kaki ke Mesir, keluargaku berpindah ke Senai, Johor hingga kini.……Agaknya apa jawapan yang paling tepat untuk persoalan diatas..?
  • Tak berminat untuk bersosial dengan orang lain. Nak memulakan perbualan tu macam suatu yang sukar untukku. Mungkin kerana dari tadika sampai ke matriks, abang aku biasanya akan ada sekali di institusi pengajian tersebut sebab kami berbeza setahun je dari segi umur. Jadi biasanya, abangku akan lebih terkehadapan dalam bab-bab bertanya dan mengambil tahu sesuatu perkara berbanding aku. Tapi kedatanganku ke Mesir memberi pengajaran kepada aku untuk lebih berinteraksi dengan masyarakat, hidup secara berjemaah.
  • Ada tak orang yang hipokrit untuk buat jahat..? Pernah aku terfikir situasi tersebut berdasarkan pengalaman aku setelah hidup lebih 21 tahun. Banyak rasanya perkara yang pernah aku lakukan bagaikan membenarkan penyataan di atas. Tapi biarlah segala kenangan tersebut menjadi lipatan kehidupan aku dan tak ingin aku mengungkitnya. Biarlah rahsia~
  • Sebelum melanjutkan jurusan perubatan di Mesir, seingat aku, sekali je pernah aku terfikir dan berbincang dengan seseorang untuk sama-sama menjadi doktor.(selain ibubapa aku). Ketika itu, dialah yang bersemangat dan mengharapkan agar kami bersama- sama menjadi doktor. Dan tak tersangka, dengan sekali tu, ianya menjadi kenyataan buatku. Dan kawan aku itu, kini mengambil jurusan kejuruteraan.
  • Antara subjek yang menyebabkan keputusan SPM aku nampak terjejas ialah subjek English. markah yang paling rendah, dan kalau dikira GCE nya ialah 7D. Mungkin itulah yang mebabkan aku tak layak mendapat tajaan untuk menyambung jurusan yang aku minat – ada hikmah di sebaliknya... Tapi yang lebih musykil, macam mana aku boleh dapat A1 untuk subjek English for Science and Technology..? Bukan ke subjek ni lg susah..?
  • Mimpi menjadi kenyataan..? Tiada apa-apa yang istimewanya. Tapi bagi aku, sestengah kejadian itu seperti pernah ku lalui 2 kali seumur hidup. Sekali di alam realiti, dan ketika itu baru aku teringat yang aku terasa macam pernah lalui situasi tersebut….tapi dalam alam mimpi..Believe it or not…? better not..

Sape la agaknya nak di tag nih..

er…

buatlah kalau ada masa yer..

Kalau xde masa, abaikan jer…

Aku tak tuntut nyer kat akhirat nanti

(pilih 1 antara 2 tag – atas ni atau bawah nih mengikut kesesuaian dan kemudahan anda)

Long (Nuh)

Cik (A.Rahman)

Syabab49

sabakbernam

panglima_islam87 (sapu la sawang tuh..)

doktor egypt

laloque-z

What do you know about 1?

Abang aku merangkap anak sulung dalam keluarga

Sedang melanjutkan pelajaran di UIA Gombak jurusan kejuruteraan di tahun ke 2

dengar cerita pernah ditaqdim..betul ke..?

wallahu a’lam.tanya la tuan empunya badan

What would you do if you never meet 2

Mungkin tak ada orang yang ketiga daripada 11 orang adik beradik

ataupun kena masuk rancangan jejak kasih..?

What would you do if 3 & 4 date you?

Banyak kali dah date dgn diorang ni..selalunya diorang ajak makan dgn jalan-jalan je. bukan setakat pernah date dengan diorang nih, pernah tinggal serumah dan tidur sekatil lagi..ape klas dating je..?

Would 5 & 6 make a good couple?

erm…

ntah le..

mungkin boleh kot

not sure~

Do you know everything about 3's family?

takdelah semua benda,

tapi pernah le pergi umah die kat Jasin, Melaka, jumpa dgn parent dan adik-adiknya. selain tu x pernah lagi..

Tell me something about 6

Pernah mumtaz sekali dan Jaiyid Jiddan sekali

mantap gile~

low profile..

pernah tinggal serumah

kadang2 suka main saiko-menyaiko dan nguja-menguja

Jejaka idaman dari Ganu..?

What language does 2 speak?

Malaysia

English

Arab (tgh amek course arabic Language kat matriks UIA)

Who is 3 going out with?

setakat ni yang diketahui dan selalu gak ialah Pah dgn Syafiq

main kayu 2 pulak die nih

How old is 4?

sama umur dgn aku…

lahir 87, tp lagi awal beberapa bulan

kira dalam umah ni, die paling tua, diikuti aku dan seterusnya si panglima islam

5?

sama gak, seperti yang diberitahu di atas

Who is 6's fav singer?

Huh…pening gak nak jawab soalan nih..

mungkin sebab tak cukup taaruf lagi kot

nasib baik la dia ada ada update blog dgn tajuk

“lagu ni memang best!!”

1?
got a secret??

mesti la ada..

kalau la aku tahu, tak delah namanya secret lagi kan..?

Is 4 single?

erk…status YM die available je sentiasa

tp gosip-menggosip ni memang tak bole elak

tapi, dgn sape..?

What is 3 last name?

terungkap dalam perkataan Syabab barangkali

ada sesiapa yang mampu merungkaikannya?

What u consider being in relationship with 1?

adik-abang

sedarah-sedaging

sedara seIslam

What are u talking about?

cakap benda-benda yang perlu dicakap

yang tak perlu, senyap je,

tak payah gatal2 nak tambah dosa cakap benda yang tak perlu

What school did 2 go to?

Sekarang kat Matrikulasi UIA Nilai

Akhirnya, siap jua tugasan ini setelah puas memerah otak mencari-cari pengalaman2 dan pengetahuan2 yang terselit di lipatan cerebrum.

Akhir kata, kurangkan tag-tag nih..

Tag perkara yg bermanfaat takpe la..kalau setakat suka2, cuba la kurangkan.

BeyondTheNorm::Ghuraba’

 

Agak teruja bila mendengar lagu ni yang dicipta dan dinyanyikan oleh kumpulan Soutus Salam, mahasiswa di UK. Ni baru 1st single, yang dah diupload di yotube 11 bulan yang lalu, dan tak tahulah bila pula diorang ni nak keluarkan full album.

 

Download mp3

 

It's written in the history
Islam once ruled the world
But I'm standing here in melancholy
How can I claim of such word?
Those days have left us so far
Unreachable beauty like the star
History left ajar
Could I ever heal the scar?
c/o


What is happening to Islam today?
Why the feeling of me going astray?
Oh Allah, I plead and pray
Steadfast my faith in the righteous way

Ghurabaa..
Bada'al Islamu Ghareeban
Saya3oudul Islamu Ghareeban
Fathouba lil ghurabaa


Come on brothers let us reform
Stand united through blizzard storm
Let not our path be lured into darkness
We shall go beyond the norm
Contemplating my own fear
With this heart craving for a guidance
All the things I hold so dear
Put my dean in a distance
Islam is now estranged
Estranged from its former existence
For indeed we are strangers
Cause Islam's our conscience
Repeat c/o

 

Song & Lyrics:
Mohammad Ihab Ismail

Clip Directors:
Imran, Hafidz

5::B4::5

Hari ni, hari ke 5 aku berada di Mansurah sejak bermulanya cuti pertengahan tahun musim sejuk pada 28 Februari lalu. Kuliah yang akan mula dibuka tak sampai lagi 2 hari agak membataskan pergerakan. Sedar tak sedar, sudah 2 minggu cuti berlalu. Namun beruntunglah bagi sesiapa yang memanfaatkan masa cuti ini dengan perkara berfaedah. Masa yang agak padat sehinggakan tak berkesempatan untuk aku pergi ke pameran buku di Cairo.

 

 

 

PICT0122_1_1

 [tahun lepas~]

 

Photo0160 [tahun ni~]

 

Hajatku mengutip kerang di Dumyat pula tergantung entah bila ingin ditunaikan. Alhamdulillah, selesai sudah seminar PERUBATAN di Cairo. Banyak input menarik yang aku dapat di sana, dan akan aku kongsikan besama kalau ada keluangan masa untuk menekan punat-punat papan kekunci nih~. Dan baki 2 hari sebelum kuliah dibuka telah di’reserve’  untuk menyiapkan kerja perumahan yang masih terbengkalai dan mempersiapkan minda menghadapi semester ke 2 pengajian.

 

 Photo0191

“Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara”. Beberapa kali hadis tersebut diulang oleh khatib. “Masa mudamu sebelum datang tua”, sambungnya lagi. Terdengar esakan beberapa jemaah di sekelilingku pabila hadis tersebut diperdengarkan. Mungkin kerana hatiku ini yang masih keras, terkesan hingga ke atas sehingga tak mampu mengalirkan air mata. Ataupun kerana aku masih lagi tidak terasa bahawa semakin hari, diri ini semakin tua. Penyakit akhir zaman seperti yang disabdakan dalam hadis Baginda s.a.w “Cintakan dunia, dan takutkan mati”.

 

Walaupun buta mata sejak dilahirkan, tapi hatinya sentiasa celik, dan mampu menyedarkan dan mencelikkan mana-mana hati yang masih lagi kabur pandangannya. Mungkin inilah nikmat Allah yang dianugerahkan kepada khatib tersebut. Muda lagi umurnya, sekitar 40-an, tetapi mampu untuk menyumbang sesuatu yang amat berguna buat umat Islam seluruhnya…menghidupkan hati dan meyedarkannya dari kelalaian duniawi yang dicorakkan padanya titik hitam setiap kali dosa dilakukan. Tapi diri ini apa sumbangan yang telah dilakukan..?

 

Teringat wawancara yang diadakan oleh stesen tv Cairo yang menjemput Yusuf Estes, seorang Muslim yang memeluk Islam sejak beberapa tahun yang lalu dan aktif berdakwah, hinggakan mampu mengislamkan ramai orang kafir. Beliau tak mampu untuk berbicara dalam bahasa Arab secara  lancar, tetapi sangat fasih berbahasa Inggeris. Namun, itu bukanlah penghalang untuk beliau mendalami agama ini.

 

Pabila ditanya tentang perbezaan antara Mesir yang pernah dilawatnya dahulu ketika mula-mula memeluk Islam, dan Mesir di masa sekarang. Agak-agaknya, apakah perkara yang sentiasa berlegar di kepalanya, tentang Mesir ini, yang majoriti penduduknya adalah orang Islam?

 

IMG_3921 IMG_3922

Sentuhanmu::Pengorbananmu




Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..





29 Januari 2009
genaplah umur ayahku 46 tahun
Selamat Hari Lahir Ayah..
semoga hari-hari yang bakal ditempuh
akan sentiasa diberkati olehNya.

Entah bagaimana ingin aku luahkan
betapa banyak pengorbanannya padaku
Kelu lidahku untuk meluahkan padanya
kaku tanganku untuk menulis tentangnya
kerana walau apapun yang ku lakukan
tak mampu mengungkapkan
apa yang tersirat di lubuk hati ini

Walaupun beliau seorang yang agak pendiam (antara sifatnya yang aku warisi), tapi sebenarnya banyak yang tersirat di hatinya. Jarang sekali beliau meluahkannya. Biar sahaja beliau seorang menanggungnya tanpa menyusahkan kami anak-anaknya yang lain.

Tidak banyak perkara yang diungkitkan atau diceritakan olehnya kepada kami tentang kisah silamnya. Hanya emak yang mula membuka cerita. Kepayahan dan halangan sejak berkahwin, keperitan menyara kami anak-beranak selepas tamat pelajaran di luar negara semasa kegawatan ekonomi, di mana tika itu aku masih kecil, masih lagi belum mengenal erti kehidupan. Bagaikan tidak percaya mendengarkan apa yang diceritakan oleh emak, kerana langsung tidak terbayang di riak wajahnya bahawa beliau telah melalui segala perkara tersebut.
Semoga pengorbanannya diberi ganjaran yang setimpal di syurga kelak

100::Idea

100 Idea Baru Untuk Kemenangan Gaza
Publish at Scribd or explore others: Product Manuals Manuals palestine palestin

Bersama-sama melaksanakan apa yang termampu...

credit to AzrulAzly yang menterjemahkan artikel ini