Thank you!

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Minimal Design

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Download high quality wordpress themes at top-wordpress.net

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Easy to use theme admin panel

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Archive for December 2010

Karangan..an..an


Dah lama rasanya tak berjinak dengan dunia blogging. Hampir separuh penggal blog ini dibiarkan bersawang tanpa ada sedikit catatan. Itulah masalahnya. Bila berjalan menyusuri alam merentasi masa, banyak sahaja perkara yang ingin dicoretkan. Tetapi bila sudah terpampang di hadapan komputer, segala cetusan lari bertebaran.

Kalau nak disenaraikan permasalahan, maka sudah tentu 5 pos pun masih tidak mampu merungkaikan persoalan. Tapi biarlah ianya tersimpan dalam lipatan kenangan yang takkan pupus ditelan zaman, meskipun tidak mampu disampaikan kepada manusia di persekitaran untuk manfaat yang berpanjangan.


Ada perkara yang perlu dirungkaikan, tetapi ada juga yang tidak perlu diceritakan. Kadang-kadang penceritaan bukan menambah kawan atau peleraian, tetapi lebih kepada permusuhan idea yang membawa kepada saling berburuk sangka dan kebencian. Maka, aku cuba mengelakkan berbicara tentang perkara yang bersangkutan dengan perbezaan pendapat picisan.




Namun begitu, ada juga permasalahan yang mahu tidak mahu, kita terpaksa juga untuk ambil perhatian dan keputusan. Lebih-lebih lagi kalau ianya bersangkutan dengan masa, tempat dan keadaan. Isu politik Mansurah yang semakin reda contohnya banyak yang perlu dimuhasabah dan diperbetulkan kalau disana terdapat kelemahan. Antara meningkatkan kualiti atau melakukan perubahan. Secara tersuratnya, ianya seperti ada suatu persamaan, tapi disebaliknya, ianya adalah perkara yang berbeza dari segi cara pembawaan dan gerak kerja yang akan dilaksanakan.


Isu politik Malaysia juga tidak kurang pentingnya dari segi pengetahuan. Membaca dari suatu sumber tanpa mengambil pendapat dan penjelasan bertentangan daripada sumber yang lain kadang-kadang menenggelamkan kita dalam ketaksuban pemikiran dan saling menyalahkan mereka yang tidak seangkatan. Bila semua isu dipolitikkan secara kepartian, maka, nak tak nak kita terus mengiyakan tanpa menyelidiki mana yang lebih benar antara 2 pendapat yang diutarakan, hanya kerana meyakini kebenaran hanya pada satu pihak, dan di pihak yang lain, semuanya adalah kelemahan dan keburukan.



Mesir pula, isu pilihanraya yang baru berlangsung memang menghangatkan. Manakan tidak, pilihanraya kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah ketamadunan seperti yang disifatkan oleh sesetengah media tempatan. Walaupun kemenangan secara majoritinya diperoleh oleh parti kerajaan, namun bagi mereka, ianya masih tidak memuaskan. Mereka bagaikan tidak mahu langsung adanya pakatan pembangkang dalam parlimen yang ingin ditubuhkan. Lebih-lebih lagi dengan pemilihan presiden yang ura-uranya akan dijalankan pada tahun hadapan. Maka bagi mereka, kehadiran pembangkang adalah ancaman untuk meneruskan legasi pemerintahan.



Tetapi, walaupun kalah teruk, IM telah mengeluarkan kenyataan yang jelas menyatakan bahawa penyertaan mereka bukan untuk mendapat kekuasaan
"MB Secretary General: We Seek Neither Power nor Authority"
tetapi secara tidak sengaja mendedahkan penyelewangan kerajaan serta membuka mata masyarakat awam dan secara tersirat, ianya menandakan bahawa parti kerajaan makin hilang sokongan kerana mereka tidak mampu menang tanpa ada pergaduhan, penipuan dan kematian.

"MB Chairman: We Will Continue to Work Peacefully for Egypt and the People’s Wellbeing Regardless of the Consequences"

Inilah sedikit sebanyak ulasan yang mampu dibuat dalam sedikit nikmat kesempatan. Semoga ianya menjadi pemudah cara untuk kita mengambil tahu apa yang berlaku di persekitaran untuk diambil pengajaran.

[Tabiat berbicara dengan an...an... terbawa hingga kepada penulisan. Lebih kurang macam deh...deh.. (kalau cakap dalam loghat Kelantan) di setiap 4-5 patah perkataan..Harap maaf atas sebarang kesulitan]