Ezam masih tercegat di hadapan skrin komputer. Sekali sekala matanya melirik keluar bilik melihat gelagat Azree yang masih asyik melayan cerita 'Ketika Cincin Bersarung 2' di ruang tamu rumah. Hajat di hati ingin menyertai sama, tetapi presentation yang perlu disiapkan menghalang keinginannya. "Takpelah..cerita tu kemudian pun boleh tengok lagi..kerja ni kalau makin bertangguh, makin bertimbun la jadinya.." desus hatinya.
Tok,Tok, Tok...
Kedengaran bunyi pintu hadapan diketuk dari luar. Tumpuan Azree terganggu seketika. Berat rasanya untuk bangun dari duduk memulas tombol pintu. Hamdan masih berada di dapur, memasak makanan untuk alas perut di pagi hari. Tahar pula masih berada di bawah selimut. Nak harapkan Ezam pula, mana mungkin dia berganjak dari depan skrinnya. Nak tak nak, dia menggagahkan juga dirinya untuk membuka pintu.
"Eh Ezam, ni ada tukang paip nih..cuba tanya dia nak apa." ujar Azree.
"Tukang paip..?. Dia datang buat apa..? kitorang tak ada panggil pun..biar je la.." Ezam menjawab acuh tak acuh.
"Mari la datang tengok, tanya dia nak apa.."
Dengan berat hati, Ezam meninggalkan sementara komputernya.
"Hamdan, kau ada panggil tukang paip ke..?"
"Mane ada..tapi takpelah kalau dia dah datang, boleh suruh dia tengokkan paip kat bilik air ni.." teriak Hamdan dari dapur. Ezam melangkah menuju ke pintu. Orang Arab tadi masih lagi tercegat di hadapan pintu. Raut mukanya seperti orang berumur 40-an. Dia mengenakan jaket coklat dan berseluar Jeans seta lengkap berkasut coklat serta berstokin. Rambutnya kerinting, dan giginya agak kekuningan, mungkin orang yang selalu menghisap rokok, detik hatinya. Dari lagaknya, agak sukar untuk membezakan dengan orang Mesir kebanyakan.
"Aiz Eih..?" (Kau nak apa?) Ezam mula menyoal.
"Kahraba' .." (Elektrik)
"Leih..?Ma fiish Musykilah" (Kenapa..? tak ada apa-apa masalah pun..)
*(Segala dialog selepas ini telah diterjemah terus ke Bahasa Melayu)
"Tuan rumah ni call aku, dia kata ada masalah kat elektrik.." Seraya menunding jarinya ke plag yang terletak di tepi pintu.
" Kenapa..? tak ada apa-apa masalah pun."
"Cuba kau call tuan rumah, tanya apa masalahnya" Dia cuba meyakinkan Ezam.
"Eh, kau je yang cakap dengan tuan rumah. Dia yang minta kau datang. Cuba tanya dia, dia nak suruh buat apa.." Ezam membalas.
Lantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Lagaknya seakan mencari nombor tuan rumah di dalam direktori telefonnya. Dia menekan punat 'Call' seraya melekapkan telefon bimbit ke telinganya. Ezam terdengar perbualannya dengan orang di hujung sana. Agar sukar memahami apa yang dibicarakan. Cuma ada beberapa patah perkataan yang dapat ditangkap olehnya
"Ha..ada budak Malaysia ni.."
" Mereka semua baik-baik je.." sambil tersenyum dan menunjukkan ibu jari tanda bagus.
Ezam hanya tersengih melihat gelagatnya.
Selesai berbicara di dalam telefon, dia berpaling. Matanya melilau di sekeliling rumah. Azree masih lagi tercegat menghadap cerita tadi. Lantas dia pergi ke salah satu suis berdekatan.
"Kau nak buat apa..?" Ezam bertanya.
"Tuan rumah minta aku tukar semua suis-suis yang ada ni.."
"Ooooo"
"Cuba tunjukkan kat aku suis-suis yang macam ni. Aku nak kira berapa semuanya untuk ditukar."
Dia mula melangkah memasuki bilik pertama. Di situ ada satu suis yang berbentuk sama dengan suis yang berada di luar. Dia membelek-belek serta menguis suis tersebut untuk melihat pemasangannya.
Tahar masih lagi di bawah selimutnya. Dia sedar kehadiran orang arab dan Ezam ke biliknya, cuma dia malas untuk bangkit. Arab itu kemudiannya bergerak ke belakang katil Tahar bagaikan mencari sesuatu. Dicabutnya plag yang ada untuk memastikan sambungannya betul. Ezam masih lagi mengekori orang arab tersebut sambil menerangkan tentang suis-suis yang berada di sekitar rumah.
Kemudian, dia bergerak ke bahagian dapur. Hamdan yang masih lagi memasak agak terganggu dengan kehadirannya. Arab tersebut mengukir senyuman melihat telatah Hamdan memasak. Hamdan membalas dengan senyuman yang dibuat-buat. Dia memasuki pula dapur untuk melihat suis dan plag yang ada.
"Minta maaf pakcik, boleh tak buka kasut tu di luar.." Azree mencelah dari belakang.
"Eh, kena buka kasut ke..? Takpe..sekejap je nih." dia membalas
"Mana boleh macam ni, kotor la rumah ni nanti. Kami memang biasa buka kasut di luar.." Hamdan pula menegur.
"Takpelah, korang letak la kertas kat lantai, biar aku pijak atas kertas tu.." dia berkeras.
"Buka kasut tu..Letak di luar.." Azree mula meninggikan suaranya. "Ada ke masuk rumah orang lepas tu buat macam rumah sendiri.." dia mendengus sendirian.
Arab itu kemudiannya beralah. Lantas dia mencabutkan kasutnya di hadapan pintu.
Kemudian dia beralih ke bilik kedua dan bilik yang ketiga. Ezam masih lagi setia mengekorinya ke mana sahaja dia pergi sambil mulutnya galak menceritakan perihal sambungan suis-suis yang ada. Arab tersebut mula menyelak cadar katil dan mengangkat bantal untuk melihat ke mana sambungan wayar yang ada. Diusiknya sambungan suis dan wayar. Tiba-tiba skrin komputer terpadam. "Ah..arab ni!!Presentation aku tak save lagi..!!" Dia menjerit dalam hati. Tidak mampu untuk meluahkan agar tidak mengecilkan hati arab tersebut.
Setelah beberapa ketika, dia berhenti sementara.
"Berikan aku pen dan kertas".
Ezam bergegas memasuki biliknya mencari pen dan kertas untuk orang arab tersebut.
"Nah..ambil ni.."
Kemudian dia mengoyakkan sebahagian kertas yang diberikan tadi.
"Tulis kat situ 'BiGenih Syunat' (Plastik Beg Segenih)" Ezam hanya menurut.
Dia kemudiannya memberikan wang kertas segenih untuk membeli plastik yang dimaksudkan tadi.
"Nak beli kat mana ni..?" Ezam menyoal.
"Tu, ada kedai kat depan tu je.."
"kedai mana..?"
"Kau keluar kat jalan depan tu, ada kedai yang sebelah kedai ikan tuh.. Beli kat situ."
"Nak satu je ke..?"
"Tak..kau kata nak plastik segenih. Nanti dia bagi la berapa banyak boleh dapat dengan segenih tu." "Plastik besar ke kecil..?" Ezam menyoal lagi inginkan kepastian.
"Plastik kecil je pun tak apa.."
Lantas Ezam mengambil seliparnya yang berada di rak dan menyarungkan ke kaki. Langkahnya diatur menurut arahan orang arab tadi.
Arab tadi masih lagi berada di rumah menyelesaikan kerjanya. Dia masuk semula dari satu bilik ke bilik lain. Azree masih lagi leka menghadap skrin komputer. Hamdan juga masih lagi belum selesai memasak di dapur. "Eh Azree, tengok-tengok arab tu.." seru Hamdan dari dapur. Azree hanya menurut.
Ezam tiba semula di rumah. Lantas beg plastik yang baru dibelinya diberikan kepada arab tersebut.
"Eh..aku tak nak plastik ni.."
"Bukan plastik ni ke..?Habis tu macam mana lagi? Ni je plastik yang paling kecil yang aku jumpa." Ezam cuba membela diri.
"Tapi yang aku nak bukan macam ni. Ni agak besar.Aku nak yang kecil je.." Lantas dia menyambar plastik yang dipegang oleh Ezam.
"Aku nak plastik kecil nak letak suis setiap satu, kemudian aku nak labelkan atas plastik tadi." Arab tadi menerangkan dengan bersugguh-sungguh.
"Mana la aku tahu kau nak plastik macam mana. Kau je la yang pergi beli.."
"La..kau pergi kat kedai hardware tu, kau kata nak plastik untuk isi suis. Nanti dia bagi la kat kau.." dia mengarah lagi.
"Kau je lah pergi beli, aku mana tahu.."Ezam mengelak.
"Ye la..kau je yang tahu apa yang kau nak, pergi je la beli, bukannya jauh sangat pun.." Azree pula menyokong dari belakang.
Lantas Ezam bergegas ke dalam biliknya mencari duit segenih menggantikan duit yang diberi oleh pakcik tadi untuk membeli plastik lantas diberikan kepada orang arab tadi.
"Eh, takpe.." dia menolak dengan elok.
Kasutnya yang sejak tadi berada di hadapan pintu disarungkan semula.
"Kejap lagi aku datang balik" ujarnya sambil kaki melangkah mendekati pintu pagar.
Ezam menutup kembali pintu. Dia meraba-raba koceknya. Dia teringat kembali duit kawannya yang diberikan untuk membayar hutangnya serta sebahagian lagi dikirimkan kepada Hamdan. Dia kemudiannya bergegas ke arah Hamdan. "Nah, ni duit Hadri pinjam kat kau hari tu untuk beli buku. Aku letak atas meja ye.." ujar Ezam. Kemudia dia menuju ke mejanya untuk mengambil dompet yang diletakkan di situ. Hajatnya ingin menyimpan baki wang tadi di dalam dompet. Dibukanya satu persatu ruangan dompet tersebut.
"Eh, aku rasa ada duit aku hilang la.." dia mula mencari di sekeliling meja, risau kalau-kalau tercicir. "Yeke..? kau pasti ke duit tu hilang? Bukan kau guna untuk makan kat Cook Window semalam ke..?" tanya Hamdan dari dapur.
"Mana ada, aku tak sentuh lagi duit tu. lagipun tu duit orang, mana boleh guna sesuka hati," balasnya.
"Kau yakin ke duit tu ada sebelum ni?" Azree pula bersuara.
"Sebelum ni memang aku simpan dalam dompet ni..."
Ezam cuba mencari di sekitar biliknya.
"Eh..duit dalam dompet aku pon hilang semuanya.." Hamdan memecahkan keheningan.
...........(Ayat-ayat selepas ini ditapis dari ditayangkan).........
[Diadaptasi dari kisah sebenar. Nama watak adalah rekaan dan ada kaitan dengan yang masih hidup serta belum meninggal setakat artikel ini ditulis. Tujuan cerita ini ditulis adalah bukan untuk meminta simpati, tetapi untuk memberi peringatan kepada yang masih hidup terutamanya pelajar Malaysia di Mansurah, tidak kira junior atau senior.]
2018
6 years ago
Nak nama sedap2...
Ezam2...
IF...
kalau tak puas hati dengan nama watak ni, sila buat versi anda...
copy paste cerita ni pon takpe, pastu tukar nama mengikut citarasa pembacaan yang anda suka.. :)
sian ezam n tahar..hilang duit..huhu
"Eh Azree, tengok-tengok arab tu.." seru Hamdan dari dapur. Azree hanya menurut.
just wondering... ape peranan yg diambil oleh Azree sbnrnya? takut arab tuh gne magic...
Pdah, Tahar sihat je..die terselamat sbb masih berada dalam bilik sewaktu arab tu dtg smpai arab tu balik.
NBA:Azree terleka dibuai alunan muzik (bukan magic) 'Ketika Cincin Bersarung 2'. Waktu menerima arahan daripada Hamdan, arab tu dah selesai melenyapkan wang yang ada. Maka dia tak mengesyaki apa2..