Aku terkesima. Nama-nama yang baru diumumkan benar-benar di luar jangkaanku. Tak tersangka, tak pernah terbayang, dan tak pernah terlintas dalam fikiran. Mengapa begini terjadi? Adakah ini suatu konspirasi atau kenyataan pahit yang harus ditelan..? Aku tertunduk. Tidak tahu apa reaksi yang perlu dihasilkan.
Aku belum bersedia. Aku tiada bakat. Aku tidak berkemampuan. Aku lemah... Segala kekurangan terlintas dalam fikiran menangkis segala pengharapan yang dilontarkan. Mana mungkin aku memegang jawatan ketua sebuah persatuan dengan segala kelemahan yang termampu aku senaraikan.
Aku mencapai kertas undi yang diedarkan. Tertera namaku dan nama seorang lagi sahabatku di situ. Calon Pengerusi Perubatan Cawangan Mansurah. Hanya 2 orang calon yang bertanding untuk jawatan tersebut. Pen yang tergenggam erat di tanganku sejak tadi ku biarkan ianya memangkah keras menurut tuntutan fikiran. Tak mungkin aku mengundi untuk diri sendiri...kerana aku tahu siapa diri aku.
Kertas undi itu aku suakan kembali kepada ahli jawatankuasa pemilihan Perubatan. Dadaku kian lama makin pantas debarannya. Menanti detik-detik pengumuman keputusan amat menyeksakan. Dudukku semakin tidak selesa. Aku cuba keluar untuk mengambil udara segar. Namun kerisauan terus menghambat. Tumpuanku hilang dari celahan kehangatan mesyuarat tahunan cawangan.
70-30. Keputusan undi dibacakan. Aku bersyukur. Terlepas sementara daripada amanah yang bakal diberikan. Aku sedar, banyak lagi perkara terzahir yang perlu dipelajari. Banyak lagi iktibar tersirat yang mesti dicari. Tapi yang pasti, ianya tak mungkin datang dengan pertanyaan sudah bersediakah anda?
Kedua-duanya masih terpaku di situ. Menanti reaksi dariku. Beberapa kali aku membelek kertas yang mereka berikan. Setiap perkataan yang ditulis cuba untuk aku dalami satu persatu. Cuba untuk memahami situasi mereka. Borang penolakan diri sebagai calon itu lengkap diisi beserta sebab-sebab penarikan yang boleh diterima akal, tapi tidak cukup kukuh untuk meyakinkan aku menurunkan tandatangan.
"Kau tandatangan je kat sini, aku dah fikir masak-masak nak tarik diri. Diorang pon saje je calonkan nama aku. Aku dianiaya.." ujarnya.
Aku hanya tersenyum. "Mana mungkin kau teraniaya, sebab aku pun calonkan nama kau sekali..takkanlah aku pakat dengan kawan-kawan kau untuk kenakan kau.." Aku membalas.
"Tapi aku tak layak..banyak lagi benda yang perlu aku selesaikan. Kalau aku tambah dengan kerja persatuan, aku rasa aku tak mampu nak tanggung..", dia cuba meyakinkan aku.
"Mana ada.." aku cuba menafikan telahannya.
"pelajaran kau kan mantap.. dan aku tak rasa dengan kau memegang jawatan, akan memberi kesan besar kepada pelajaran kau." Aku cuba menjawab kerisauannya.
"Tapi..."
"tapi apa lagi...?" aku memotong. "Kau tak terasa bersalah ke..? kawan-kawan kau calonkan sebab diorang nampak potensi yang ada pada diri kau. Kalau kau tarik diri tak bertanding, mesti diorang kecewa sebab diorang berharap kau dapat menjadi wakil diorang bersuara, tapi kau tarik diri dengan alasan kelemahan yang kau rasa ada pada diri kau."
Mereka terdiam.
"Minta maaflah banyak-banyak," aku menyambung. "Aku tak sanggup bersubahat menghampakan perasaan kawan-kawan kau yang lain. Kau carilah orang lain untuk tandatangan. Aku rasa diorang mungkin boleh bagi tandatangan diorang. Tapi dari aku, maaflah. Bukan aku tak nak tolong, tapi tak mungkin tangan yang sama mencalonkan kau, tangan itu juga yang merelakan penarikan diri korang." Aku menamatkan bicara. Jelas tampak kehampaan di riak muka mereka. Tapi, hampa lagi hatiku untuk mengiyakan mereka menarik diri dari menjadi calon meskipun aku tahu, pastinya mereka lebih mudah mendapat tandatangan dari AJK lain.
ak blh agak dh post ni psl ape..msti psl name2 calon yg ak kuarkn smlm..kn baem?? rilek2
xde la nep..saje nk refresh igtn aku..kalau ade kaitan tu, kebetulan je kot..hehe..maaflah kalau ada yg terasa hati.
kesimpulannya, aku gagal meyakinkan kau utk x letak jawatan..yang penting, jangan asyik mencari alasan..sampai terlupa memikirkan penyelesaian..mungkin dengan berganti jawatan, akan ada perubahan pada diri sendiri dan orang lain
tp..rilek2 suda~