Mubarak::Muqaddam

"You ni memang tak berubah ye..dari dulu lagi macam ni je..". Aku hanya tersengih. Memang tak dapat dinafikan, setelah 2 tahun tidak berjumpa, aku masih seperti dulu. "Saya macam ni je la..memang maintain dari dulu.." Aku cuba berdalih. "Tapi orang kata, kalau balik Malaysia, biasanya badan akan naik mendadak.." Entah betul ke tidak teori ni. "Mungkin sesetengah orang je kot.." Aku berfikir sendirian.

"U Sihat..?"
"Alhamdulillah..Sihat je.."
"Macam mana belajar kat Mesir?"
"Ok la..cuma tak sebest kat sini.."
"Lectures dalam arab ke..?"
"Erm...lebih kurang la..tapi buku dalam English, cuma doktor bagi lecture dalam arab amiyyah.."
"Arab Amiyyah..?"
"A'aa..lebih kurang bahasa arab pasar la..Kalau kat sini, kita belajar Arab Fushah, lain dari bahasa Arab Amiyyah..susah juga nak faham waktu mula-mula sampai.."
.............


"U nak kahwin time belajar ke..?"

"er...muka saya ada gaya-gaya kahwin awal ke..?" Aku membalas dengan nada ragu-ragu.

"Takdelah. Madam saja je tanya. Mana la tau kan.." Madam Kartinee sengaja membiarkan ayatnya tergantung. Aku hanya tersengih.

"Tak ada plan ke..?" Beliau cuba mencungkil.

"Erm..kenapa..? Madam ada nak recommend apa-apa ke..?"
Kali ini beliau pula tersenyum.

"Madam pun kahwin waktu belajar.." Beliau memulakan cerita.

"Eh..ye ke..?, Madam belajar kat luar negara juga ke dulu..?" Aku semakin berminat untuk mendengar ceritanya.

"Ya..Suami madam waktu tu pun belajar di Universiti yang sama, cuma berlainan jurusan."

"Ooo..suami madam ambil apa waktu tu..?

"Dia ambil medic..tapi sekarang ni dah buka klinik"

"Ooo.."

"Kenapa madam kahwin waktu belajar..?" Aku memulakan persoalan.

"Sebenarnya, suami madam waktu tu ketua persatuan pelajar Malaysia kat sana, madam pula jadi setiausaha persatuan tu. Disebabkan oleh keadaan di sana yang memerlukan komitmen kami untuk sentiasa berbincang, dan biasanya pun, kalau ada mesyuarat, tentu habis lewat, maka kami pun mengambil keputusan untuk berkahwin.." Beliau menjelaskan dengan panjang lebar.

"Jadinya, madam berkahwin untuk jaga diri la.." aku menyimpulkan.

"Lebih kurang begitu la..Bukan ke lebih mudah urusan antara lelaki dan perempuan yang dah berkahwin.."

"Ye tak ya juga.." aku mengangguk perlahan

"Cuma madam agak terkilan juga, ada beberapa pasangan yang berkahwin waktu belajar, tapi tak mampu nak perform.."

"Kenapa macam tu ye madam..?"

"entah la..madam pun tak berapa pasti. Sampai ada yang akhirnya tercicir dalam pelajaran.. Akhirnya balik Malaysia, tak bawa apa-apa sijil, bawak isteri dengan anak-anak je lah.."

"Ruginya kalau macam tu.. sia-sialah belajar luar negara, tapi balik tak dapat sijil apa-apa.."

"Itulah masalahnya. Nak kata tidak hebat, pelik juga, sebab program, dakwah, tarbiyah memang antara yang bagi komitmen penuh. Tapi akhirnya, pelajaran entah ke mana. Benda tu memberi kesan negatif kepada dakwah tu sendiri. Madam pun aktif juga dalam dakwah dulu, kahwin pun kahwin juga, tapi tak adalah sampai terabai pelajaran."
"Yang teruknya, isteri tu la.. Jawab exam dengan membawa kandungan sekali, kemudiannya, time nak study, anak pula menangis minta susu."
"kemudian, exam tak lepas..anak dah makin bertambah, akhirnya tak mampu nak bagi tumpuan kat pelajaran, terus quit dari belajar. Duduk je lah rumah jaga suami dengan anak-anak."

"erm..tapi bukan ke dah ada suami, mungkin senang sikit hidup..dah ada orang nak tanggung.."

Iye la, dari satu aspek, mungkin selamat sikit sebab dah kahwin, tapi sebenarnya, rugilah peluang yang dah ada. Pergi jauh-jauh sampai keluar negara untuk belajar. Kalaulah mereka lulus dalam pelajaran, bukankah mereka boleh pergi lebih jauh..?"

"Betul juga.."

"Kemudian, bila dah balik Malaysia, yang perempuan tu semestinya kena bayar balik wang biasiswa. Kan ke tu makin menambahkan masalah..?"
"Yang penting, U jangan jadi macam tu. Utamakan yang utama. Jangan kerana nak selesaikan masalah sampingan, masalah yang lebih utama untuk diselesaikan terus diabaikan.."

* * * * *

Tahniah kepada yang telah selesai..Semoga diberkati perkahwinan hingga ke akhir hayat.


[Haniff hanizam]


[Asiah Budiman]

[Mus'ab Shahrim]


[Yazdaan Aris]

[Kak Sofi]

Barakkalaahulakum
Wa Ja alaa bainakum fil khair

Dan yang akan menyusul..

[Abg. Ajil]

Serta Ustaz Muhammad B. Ali dan bakal zaujahnya..

serta dia dan dia...





Kenapa Mubarak. bukan Mabruk?. Baca di sini
http://www.englishsabla.com/forum/showthread.php?t=31462




7 Responses so far.

  1. post sedap!!
    vote for eamz pasni..(>_<)

  2. pdah cepat je kalu bab ni.
    smoga dmudahkan urusan mereka yg bakal bertukar status pasni.

  3. EamZ says:

    Lek pdah..jgn excited sgt..
    tumpu exam dulu..

  4. Pos yang menarik tetapi kurang adil.

    Kenapa seperti memfokuskan kisah beberapa pasangan yang kurang berjaya itu?

    Kenapa tidak diceritakan pula kisah-kisah pasangan yang berjaya?

    Hal ini akan lebih membina berbanding membantutkan jika dikisahkan secara adil.

    Kita terlampau memukul rata dan prejudis.

    Fikir sebelum terima...

  5. EamZ says:

    Terima kasih atas komen.

    Memang bila dibaca sekali imbas, hampir keseluruhan pos seperti menfokuskan mereka yang gagal, bagaikan ianya satu realiti yang perlu diterima.
    Pelajaran + Kerja Persatuan + Dakwah + Kahwin = Tidak keseimbangan 1 atau lebih

    Tapi mungkin kita terlepas pandang watak Madam Kartinee. Kenapa beliau boleh berjaya..? adakah memegang jawatan itu bermakna menempah kegagalan..? adakah memberi komitmen dalam program menjadi alasan menganak tirikan pelajaran? adakah berkahwin boleh dijadikan penyebab tidak menghabiskan pelajaran..?

    Tapi tak dinafikan, impak negatif segelintir individu lebih mampu mencorak pemikiran dan persepsi orang lain berbanding kesan yang positif.

    Nak kisah pasangan yang berjaya..? nantikan produk terbaru keluaran UPP yang akan menyusul..

  6. fokus kt psgn gagal..sbgai pengajaran dan supaya menyediakan minda yg awal agar tidak memandang remeh atas alasan perkahwinan..lebih baik drp kte hanya berckp psl bestnye kahwin tetapi amat sedikit yang berbicara tentang komitmennya..merujuk kpd suasana pelajar di mesir..secara waqi'nya..

    -ble aku mengarut-

  7. Waqie says:

    Waqi' apakah yg dipandang?

    Waqi' kadar maksiat kpd Allah atau kadar keputusan peperiksaan?