“Mungkin tak..” Jawabku teragak-agak
…Zasss…
Sekali lagi libasan mengenai tapak tanganku. Kali ini sedikit pedih berbanding tadi. Lantas tapak tanganku ditarik dan dikesat berulang kali pada seluar yang dipakai. Sedikit meredakan kesakitan yang dialami.
Aku terima hukuman tersebut dengan tenang hati, kerana aku tahu, aku yang bersalah. Ustaz hanya menjalankan amanah dan tanggung jawab. Aku pula cuai dalam menjalankan tanggungjawabku. Kerja rumah yang diberi masa 3 hari untuk disiapkan, gagal untuk disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Meskipun hanya 1 soalan yang tidak terjawab kerana aku tak berjumpa jawapannya, tapi, itu bukan alasan untuk mengabaikan apa yang diamanahkan.
Isa kawanku di sebelah tergelak kecil melihat gelagatku.
“Baru kena 2, dah meloncat..ape nih..?” sindirnya.
“Ye la..tangan kau kuat, nak banding dgn tangan aku yang kecik ni..” Jawabku membela diri.
“Giliran kau pulak..hehe..kau kena 5 kan..?” Aku cuba menakutkannya.
“Ala, perkara kecil je..bukannya sakit sangat pun ustaz rotan..” dia membalas yakin
“Ustaz, perlahan sikit tau, dia kena sikit je..” sambil menunding jarinya kepada aku
Ustaz hanya terseyum. Mengangguk pun tidak, menggeleng pun tidak.
“ha..kan dah cuak..” Aku pula memerlinya.
Kami bertiga tertawa kecil.
___________________________________________________________
Selesai tasmi’, ustaz menahan aku dari kembali ke tempat dudukku
“Kejap…” sambil tangannya memegang tanganku.
Sedikit gelabah di situ, risau ada perkara yang tak kena.
“Ustaz nak tanya sesuatu..” Beliau memulakan bicara.
“Aku dah agak dah..” desus hatiku.
“alamak..kantoi lagi..kenapa la time ni baru nak tanya. Macam mana nak jawab ye..? takkan nak menipu kot?”
“Ada dengar lagu ke dalam masa seminggu ni..?” lantas mematikan lamunanku.
“Er…”. Aku senyap. Kaku lidah untuk menjawab, mengakui kesalahan
“Bacaan kamu tak lancar banding dengan sebelum nih..” dia menyambung
Aku masih senyap, tak mampu memberi respon.
“Lepas ni kurangkan dengar lagu, perkara baik dan jahat tak boleh berkumpul dalam satu tempat.” Nasihatnya lagi.
“dah, balik tempat kamu, lepas ni baca murajaah pula..”
Aku bangun melangkah lemah ke tempat dudukku.
“Macam mana ustaz tahu ye..? padahal aku baca macam lancar je tadi..kasyaf kot..” Hatiku membisik sendirian.
_____________________________________________________________
“Ngah, sini kejap” emakku memanggil dari ruang tamu.
“kenapa mak?” aku bertanya inginkan kepastian.
“ada masuk kelas tak tadi..?” Tanya emakku.
“Ada..kenapa..?” aku menjawab dengan yakin.
“Kelas apa..?” tanyanya lagi.
“erm…sebelum rehat, kite masuk kelas bio, kemudian lepas rehat, kite masuk pulak kelas Prinsip Akaun. “ Jawabku menjelaskan keadaan
“Kenapa masuk kelas Prinsip Akaun tak sambung je kelas biologi..? kan 2 jam kelas biologi, sebelum dan selepas rehat..”tanyanya lagi
Aku serba salah, tak tahu apa yang patut dijawab.
“Sebab kelas PA kan bertindan dengan kelas Bio, ingat nak masuk kelas Bio 1 masa, kemudian lagi 1 masa masuk kelas PA pulak, nak seimbangkan..” Aku memberi alasan.
“Cikgu Bio beritahu mak, awak keluar dari kelas dia lepas rehat. Cikgu kecil hati tengok awak buat macam tu.” Emakku membalas
Aku terdiam. Serba salah.
“erm..sebenarnya, kita tak faham apa-apa langsung masuk kelas biologi tu, tu yang kite fikir, daripada buang masa sebab tak faham, baik masuk kelas PA..kan kite pun ambil subjek tu untuk SPM nanti..” Jawabku cuba membela diri.
“Kenapa awak tak beritahu cikgu tu apa yang awak tak faham..?. Awak keluar kelas tanpa beritahu dia apa masalah awak..kesian cikgu tu..kecil hati dia..”
Aku hanya tertunduk diam. Terasa bersalah dengan perbuatanku tadi.
“dah, esok pergi sekolah awak minta maaf balik dengan cikgu tu, bagi tahu dia masalah awak…” Emak mematikan bicaranya
“Baiklah..” Janjiku.
_______________________________________________________________
“madam, saya nak keluar dari UIA..minta maaf kalau ada salah silap..” Aku memulakan bicara
Terhenti sebentar kerja yang sedang dilakukannya. Aku direnungnya dengan pandangan terkejut.
“Kenapa? You tak suka belajar di sini..? madam tengok you punya performance ok je sepanjang
madam mengajar. Kenapa nak keluar?” Bertalu-talu soalan diajukan kepadaku.
“Sebenarnya madam, saya dapat tawaran ke Mesir course dentistry.” Aku menjawab.
“Oh, macam tu ke..I ingat You dah tak suka duduk di UIA ni..”beliau menghela nafas lega.
“congrats..ambil peluang tu sebaiknya. Bukannya senang untuk belajar luar negara. Lagi-lagi course medic ni..”. Tambahnya lagi.
“saya ambil course dentistry, madam, bukan medic..” Aku cuba membetulkan penggunaan istilah, tidak mahu dia salah sangka.
“Dentistry tak sesukar medic, meskipun tidak semenarik engineering..” sangkaanku sendirian. “Oh..kenapa ambil dentistry, tak ambil medic..?” tanyanya inginkan kepastian.
“erm..sebenarnya, saya tak berapa minat medic, tu yang saya ambil dentistry, sebab tujuan utama saya adalah untuk datang ke Mesir, nak belajar syariah. Tapi harapan tu tak kesampaian. Tapi, saya pergi sebab ada peluang untuk ke Mesir walaupun course tu saya tak minat.. Lagipun minat tu insya Allah akan datang..” Jawabku panjang lebar menjelaskan situasi.
“sebenarnya, dentistry pun susah, rugi kalau you tak ambil medic sebab kalau you belajar medic, lagi banyak pesakit yang mampu you rawat. Bukan sekadar gigi je. Kan lagi luas ruang you untuk berdakwah..” beliau cuba menjelaskan kepadaku.
“erm..sebenarnya, saya apply untuk dentistry sebab saya rasa susah untuk dapat medic ni..lagipun Biologi saya waktu SPM dulu dapat B3. Rasa macam tak layak je untuk ambil course medic..” Jawabku. “Takpelah, terpulang pada you. Cumanya kalau ada peluang ambil medic tu, jangan lepaskan. Ingat tujuan hidup you kat dunia ni dan ingat yang masyarakat memerlukan orang macam you untuk berkhidmat kepada mereka.” Nasihatnya lagi.
“baiklah madam..” Aku menjawab ringkas.
Aku nekad, apabila tiba di Mesir nanti, aku akan berusaha untuk menukar dari course dentistry ke course medic.
“Semoga dipermudahkan..”doaku dalam hati
Bersempena Hari Guru esok hari..semoga Allah membalas jasa kalian dalam mengajar dan membimbingku memahami erti kehidupan..pengorbanan tidak megenal erti penat lelah. Juga kepada emakku yang juga seorang guru..terima kasih kuucapkan