Lockjaw
Sudah lama aku cuba mengelak untuk menceritakan hal ini. Bukannya tidak mahu mengungkapkan kebenaran, tetapi aku lebih suka untuk menyembunyikan kelemahan. Entri ini tiada kaitan dengan penyakit Tetanus atau Trismus tetapi lebih kepada penyakit kehilangan ‘common sense’ yang membuatkan penghidapnya semakin hari, semakin menyebabkan orang lain meluat, dan tanpa disedari, mereka itu langsung tak membawa apa-apa kebaikan, bahkan merosakkan orang lain hingga ke suatu tahap orang lain ditimpa penyakit yang boleh membawa kepada kematian..disebabkan oleh apa yang mereka lakukan.
Kalaulah kita walaupun sesama orang melayu sendiri pun sukar untuk saling tegur menegur, apatah lagi untuk membuka mulut menegur penduduk negeri yang kita datang menumpang ini. “Katakanlah yang benar, walaupun ianya suatu yang pahit”. Segelintir masyarakat Mesir sendiri amat sensitif dengan masalah yang melanda masyarakat pelajar Malaysia yang berada di sini terutama masalah ‘couple’, tapi, tiada masalah untuk mereka sekali-sekala menegur meskipun pada hakikatnya, bangsa mereka pun menghadapi masalah yang sama, atau mungkin lebih teruk dari itu.
Peristiwa semalam benar-benar menguji kesabaran, yang semakin tiba hadnya. Untuk menegah dengan perbuatan, jauh sekali. Hanya terdaya mengingkari dengan hati, serendah-rendah peringkat keimanan. Mungkin aku menulis entri ini supaya aku dapat menegahnya dengan percakapan melalui cara penulisan, supaya dapat diambil pengajaran. Bukan tujuan aku untuk meburukkan mereka, tetapi untuk sentiasa lihat diri kita kembali, entah-entah tanpa disedari, ada perbuatan kita yang mengguris hati orang lain, yang menyebabkan orang yang dizalimi tersebut mendoakan agar keburukan kita dibalas dengan yang setimpal olehNya.
Perjalanan dari Cairo ke Mansurah yang mengambil masa lebih kurang 2 jam bagaikan berada dalam kandang penyeksaan. Hajatnya merehatkan diri setelah seharian mengerah tenaga menyertai Hari Kebudayaan dan Kesenian (HK2). Tapi kepenatan makin bertambah, dirumitkan lagi dengan kebencian yang hanya mampu diluahkan dalam hati.
[HK2 di Dewan Malaysia Abasiyyah, Kaherah]
Bermula dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi, amat sukar untukku melelapkan mata. Sakit mata melihat gelagat mereka (2-3 org) yang menghembuskan kepulan asap sewenang-wenangnya. Sakit telinga disumbat dengan nyanyian melalut yang bagaikan mahu menukar van kecil menjadi disko bergerak, lebih hebat kalau jarak sebatu boleh mendengar kemantapan sound system van tersebut. Hidung ini pula tak sanggup lagi menghidu bau kemenyan asap dari batang rokok yang bahayanya lebih dari asap yang dinikmati oleh perokok tersebut. Dengan berat hati aku mebuka sedikit laluan udara, bukan untuk memudahkan perokok menikmati rokoknya, tetapi untuk mengelakkan penumpang lain mati kerana menyedut asap-asap rokok yang dihembuskan. Angin sejuk belahan van yang bergerak 120 km/j berebut-rebut menerobos celahan bukaan tingkap. Menahan kesejukan malam yang menyelubungi badan benar-benar menguji kesabaran.
[Ditengah kegelapan malam dalam van, kelihatan setitik cahaya yang dihiasi asap yang menyakitkan mata memandang jua menyakitkan hidung menghidu]
Cukuplah rasanya setakat ini dapat aku kongsikan. Risau nanti kalau emosi menguasai pemikiran, jadinya aku akan mengata keburukan orang je lebih, padahal banyak lagi kebaikan mereka diabai.
hehe
samelakita.
cam sama je cerita kita..
Eh~kita naik tremco yang sama ek..?haha
Yang peliknya, macam mana la row blakang skali tu boleh tidur nyenyak siap berdengkur skali...x puas hati btol
sory2..pasal dengkur tu..mmg tak dpt nk wat ape dah..asap tu pn mmg menyakitkan hati..