Perjuangan::Tak::Berakhir

::A’kum. Saudara kpd imam Masjid Amin akan ke Ghaza pd hari Selasa. Dia minta supaya kita hulurkan sumbangan. Saya akan serahkan sumbangan pada hari Isnin mlm,insyaALLAH. wassalam- Dr.Hamid:: 22 Mar. 2009 11:34

Ringkas sahaja mesej yang diforward oleh seorang rakan. Isu yang semakin lama bagaikan lenyap ditelan peredaran masa. Kesibukan peribadi hinggakan terlupa ehwal muslim sekitar. Meskipun aku sedari hadis Nabi s.a.w yang menyatakan ((Sesiapa yang tidak mengambil berat hal ehwal kaum Muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka)), tapi untuk mempraktikkannya bukanlah sesuatu yang mudah. Mungkin kita lebih mahu ambil cakna hal artis yang diminati , atau situasi politik semasa, atau pelbagai lagi perkara lain, hingga mengenepikan perkara yang lebih utama untuk diambil tahu.

 

 

Iman sentiasa bertambah dan berkurang.tetapi beruntunglah bagi sesiapa yang pabila tahap imannya paling rendah, namun, dia masih lagi mengikut sunnahnya s.a.w. Isu Palestin juga ada turun naiknya, tetapi beruntung jua bagi sesiapa yang bilamana isu Palestin semakin reda bahangnya, namun masih lagi mampu mengekalkan usaha untuk membebaskannya, walau ianya kecil.

Jangan pandang remeh usaha memboikot, walau tak ketahuan hasilnya, tapi, sentiasalah memperbaharui kembali niat, bahawa bukan hasilnya yang kita impikan, tapi redha Allah yang utama. Begitu juga usaha dengan doa. Kalaulah kita ingat dan mampu melazimi untuk berdoa pada keluarga kita, kejayaan kita, dan impian untuk memiliki isteri solehah @ suami soleh dan anak-anak yang menjadi imam kepada orang bertaqwa, mengapa kita tak teringat untuk mendoakan umat Islam yang lain terutama di Palestin.

Photo0280

Satu-persatu sampulan dibuka untuk menzahirkan isinya. Terharu diriku melihatkan pelbagai jenis not dalam Genih Mesir yang berjaya dikumpulkan. Hinggakan ada yang menghulurkan not hijau bernilai LE 200. Ditambah lagi dengan satu sampulan yang berisi pelbagai jenis not. Mungkin kerana pemberinya telah memberi segala yang ada padanya ketika itu..?Wallahu A’lam. Alangkah beruntungnya mereka yang mampu mencontohi Abu Bakar r.a yang meninggalkan untuk anak isterinya, hanya Allah dan Rasul.

Bertambah rasa terharu aku disebabkan golongan yang memberi nilai yang banyak terdiri daripada akhawat. Mana agaknya pergi duit-duit ikhwah ni?Mungkinkah mereka menyimpan duit mereka untuk menyara bakal isteri dan anak-anak mereka di masa hadapan? Itu terserah kepada mereka untuk menjawabnya, setelah diadakan perbincangan antara ahli-ahli yang mengira duit sumbangan, kami mengeluarkan satu teori untuk menjawab persoalan ini iaitu, mereka jarang membawa duit dalam nilai yang banyak ketika keluar rumah. Mungkin kerana kutipan diadakan on the spot, jadi mereka tak sempat menyediakan nilai yang sepatutnya. Namun, teori ini belum dibuktikan lagi secara praktikal…


Inteam - Hanya Takdir.mp3 - Inteam

Setelah memecahkan tabung, mengoyakkan sampul, maka hasilnya  untuk kutipan  hari ini sahaja adalah sebanyak LE 2504.45 dan RM2.00 . Ditambah dengan kutipan terdahulu sebanyak LE1000, maka nilai semuanya adalah sebanyak LE3504.45 dan RM2.00. Terima kasih kepada yang menyumbang. Semoga amalan kita yang ikhlas kerana Allah taala dapat menjawab soalanNya di akhirat pabila ditanya tentang apa usaha kita untuk membebaskan Palestin dari jajahan Zionis laknatullah alaihim.

 

6 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    ana nk link lagu tu..

  2. IF says:

    Kenalah jadi pemetik api yang menyalakan bara-bara yang nak terpadam dalam hati saudara-saudara kita...
    Jom kita berusaha baiki diri sampai jadi yang terbaik dan membaikkan. Saling mendokong antara kita dan bekerjasama.
    Kita semua kena berbincang agar bergerak.

  3. EamZ says:

    kpd 'Aliy
    masih menunggu album inteam dihntr dr Malaysia.. lagu lain x jumpa lg dlm internet. dlm format mp3 ni pun diconvert dr video di youtube.

    to IF
    sama2 saling mengingatkan..bermula dengan diri sendiri.

  4. Anonymous says:

    Salam.
    Tahniah kerana rasa peduli dan bertanggungjawab masih menebal dalam diri.
    Kita masih punya sebilangan masyarakat yang sedar tentang peri penting membantu satu sama lain.
    Apa-apa pun, bersangka baik dalam dakwah masih merupakan satu elemen penting.
    Teruskan usaha!

  5. Anonymous says:

    tq tlg kutipkan duet haritu ye abg baem.

  6. EamZ says:

    kpd Anony:
    Ya..sentiasa bersangka baik,berlapang dada dan sentiasa jaga niat..supaya amal diterimaNya

    kpd Syafi:
    Sabda Nabi s.a.w mafhumnya ((Sesiapa yang menunjukkan kebaikan, maka untuknya pahala, dan pahala orang yang melaksanakannya, sehingga hari qiamat...))
    kredit juga kpd abg syafi yg memanjangkan mesej dr Dr. Hamid, dan kepada Mujahid, ketua AJK Kebajikan PCM 08/09 dan anak buahnya...