Tulisan yang pertama untuk tahun ini, setelah hampir setahun lebih membiarkan blog ini tanpa apa-apa pembaharuan atau perubahan.
Terdetik dalam hati untuk kembali menjenguk blog yang sudah lama dijadikan arkib pengalaman yang sangat berharga. Melihat kembali cara berfikir, perkembangan potensi diri, kematangan dalam penilaian dan imbasan cerita yang diambil daripadanya pengajaran.
Bila aku membelek makalah lama, aku terfikir, mungkinkah pada diriku ini ada perubahan dan peningkatan? Atau statik hanya membiarkan diri dibawa arus badai.
Pernah ada seorang sahabat bertanya, mengapa aku masih dalam lingkungan manusia yang sentiasa dipertikaikan perbuatan mereka dan ditohmah dengan pelbagai cacian? Tidakkah aku tersedar atau terfikir kata-kata mereka yang mungkin ada kebenaran?
Apakah aku sekadar membiarkan diri dihanyutkan arus, atau aku menambah lagi derasnya arus, ataupun bertungkus-lumus menongkah terjahan arus.
Bukankah mudah jika aku ikut sahaja kata-kata mereka membenarkan perlakuan dan menjauhkan diri daripada perdebatan yang tidak tahu di mana pengakhiran.
Namun, ianya tidak semudah yang disangkakan. Kebenaran bukan khusus pada individu tertentu, atau kelompok tertentu. Ianya bukan sesuatu yang tetap dan menjadi karakter untuk kita atau mereka.
Ianya berubah mengikut situasi dan keadaan.
Namun, kita ada neraca untuk membezakan yang mana satu kebenaran, dan yang mana sebaliknya. Kita ada sumber rujukan utama, al quran dan as sunnah yang kita sepakati bersama. Selagimana ianya tidak terkeluar daripada batas tersebut, dan bebas daripada takwilan berasaskan nafsu, selagi itu pendapat tersebut diterima sebagai kebenaran.
Tetapi tidak bermakna ianya satu dan tiada selainnya. Mungkin apa yang benar bagi aku, tidak benar untuk dia. Mungkin apa yang aku rasakan terbaik untukku bukanlah yang terbaik untuk dirinya....
Dia terbaik untukmu.
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT