Setulus::Jiwa


“Tahu tak kenapa ustaz buat macam ni..?”
“Tahu” Jawabku pendek
…Zass…
Satu libasan hinggap ke tapak tanganku
“Adui…”aku mengerang kecil. Secara spontan tanganku ditarik ke belakang dan digoyang-goyangkan untuk meredakan sedikit kesakitan
“Nak buat lagi tak..?”
Aku tersenyum sinis, tak tahu apa yang patut dijawab. Nak kata tak, terasa macam menipu. Nak kata ya, bermakna aku akan berjanji tak mengulang kesilapan yang sama. Aku tersepit antara 2 jawapan tersebut.


“Mungkin tak..” Jawabku teragak-agak
…Zasss…
Sekali lagi libasan mengenai tapak tanganku. Kali ini sedikit pedih berbanding tadi. Lantas tapak tanganku ditarik dan dikesat berulang kali pada seluar yang dipakai. Sedikit meredakan kesakitan yang dialami.
Aku terima hukuman tersebut dengan tenang hati, kerana aku tahu, aku yang bersalah. Ustaz hanya menjalankan amanah dan tanggung jawab. Aku pula cuai dalam menjalankan tanggungjawabku. Kerja rumah yang diberi masa 3 hari untuk disiapkan, gagal untuk disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Meskipun hanya 1 soalan yang tidak terjawab kerana aku tak berjumpa jawapannya, tapi, itu bukan alasan untuk mengabaikan apa yang diamanahkan.
Isa kawanku di sebelah tergelak kecil melihat gelagatku.
“Baru kena 2, dah meloncat..ape nih..?” sindirnya.
“Ye la..tangan kau kuat, nak banding dgn tangan aku yang kecik ni..” Jawabku membela diri.
“Giliran kau pulak..hehe..kau kena 5 kan..?” Aku cuba menakutkannya.
“Ala, perkara kecil je..bukannya sakit sangat pun ustaz rotan..” dia membalas yakin
“Ustaz, perlahan sikit tau, dia kena sikit je..” sambil menunding jarinya kepada aku
Ustaz hanya terseyum. Mengangguk pun tidak, menggeleng pun tidak.
“ha..kan dah cuak..” Aku pula memerlinya.
Kami bertiga tertawa kecil.
___________________________________________________________
Selesai tasmi’, ustaz menahan aku dari kembali ke tempat dudukku
“Kejap…” sambil tangannya memegang tanganku.
Sedikit gelabah di situ, risau ada perkara yang tak kena.
“Ustaz nak tanya sesuatu..” Beliau memulakan bicara.
“Aku dah agak dah..” desus hatiku.
“alamak..kantoi lagi..kenapa la time ni baru nak tanya. Macam mana nak jawab ye..? takkan nak menipu kot?”
“Ada dengar lagu ke dalam masa seminggu ni..?” lantas mematikan lamunanku.
“Er…”. Aku senyap. Kaku lidah untuk menjawab, mengakui kesalahan
“Bacaan kamu tak lancar banding dengan sebelum nih..” dia menyambung
Aku masih senyap, tak mampu memberi respon.
“Lepas ni kurangkan dengar lagu, perkara baik dan jahat tak boleh berkumpul dalam satu tempat.” Nasihatnya lagi.
“dah, balik tempat kamu, lepas ni baca murajaah pula..”
Aku bangun melangkah lemah ke tempat dudukku.
“Macam mana ustaz tahu ye..? padahal aku baca macam lancar je tadi..kasyaf kot..” Hatiku membisik sendirian.
_____________________________________________________________
“Ngah, sini kejap” emakku memanggil dari ruang tamu.
“kenapa mak?” aku bertanya inginkan kepastian.
“ada masuk kelas tak tadi..?” Tanya emakku.
“Ada..kenapa..?” aku menjawab dengan yakin.
“Kelas apa..?” tanyanya lagi.
“erm…sebelum rehat, kite masuk kelas bio, kemudian lepas rehat, kite masuk pulak kelas Prinsip Akaun. “ Jawabku menjelaskan keadaan
“Kenapa masuk kelas Prinsip Akaun tak sambung je kelas biologi..? kan 2 jam kelas biologi, sebelum dan selepas rehat..”tanyanya lagi
Aku serba salah, tak tahu apa yang patut dijawab.
“Sebab kelas PA kan bertindan dengan kelas Bio, ingat nak masuk kelas Bio 1 masa, kemudian lagi 1 masa masuk kelas PA pulak, nak seimbangkan..” Aku memberi alasan.
“Cikgu Bio beritahu mak, awak keluar dari kelas dia lepas rehat. Cikgu kecil hati tengok awak buat macam tu.” Emakku membalas
Aku terdiam. Serba salah.
“erm..sebenarnya, kita tak faham apa-apa langsung masuk kelas biologi tu, tu yang kite fikir, daripada buang masa sebab tak faham, baik masuk kelas PA..kan kite pun ambil subjek tu untuk SPM nanti..” Jawabku cuba membela diri.
“Kenapa awak tak beritahu cikgu tu apa yang awak tak faham..?. Awak keluar kelas tanpa beritahu dia apa masalah awak..kesian cikgu tu..kecil hati dia..”
Aku hanya tertunduk diam. Terasa bersalah dengan perbuatanku tadi.
“dah, esok pergi sekolah awak minta maaf balik dengan cikgu tu, bagi tahu dia masalah awak…” Emak mematikan bicaranya
“Baiklah..” Janjiku.
_______________________________________________________________
“madam, saya nak keluar dari UIA..minta maaf kalau ada salah silap..” Aku memulakan bicara
Terhenti sebentar kerja yang sedang dilakukannya. Aku direnungnya dengan pandangan terkejut.
“Kenapa? You tak suka belajar di sini..? madam tengok you punya performance ok je sepanjang
madam mengajar. Kenapa nak keluar?” Bertalu-talu soalan diajukan kepadaku.
“Sebenarnya madam, saya dapat tawaran ke Mesir course dentistry.” Aku menjawab.
“Oh, macam tu ke..I ingat You dah tak suka duduk di UIA ni..”beliau menghela nafas lega.
“congrats..ambil peluang tu sebaiknya. Bukannya senang untuk belajar luar negara. Lagi-lagi course medic ni..”. Tambahnya lagi.
“saya ambil course dentistry, madam, bukan medic..” Aku cuba membetulkan penggunaan istilah, tidak mahu dia salah sangka.
“Dentistry tak sesukar medic, meskipun tidak semenarik engineering..” sangkaanku sendirian. “Oh..kenapa ambil dentistry, tak ambil medic..?” tanyanya inginkan kepastian.
“erm..sebenarnya, saya tak berapa minat medic, tu yang saya ambil dentistry, sebab tujuan utama saya adalah untuk datang ke Mesir, nak belajar syariah. Tapi harapan tu tak kesampaian. Tapi, saya pergi sebab ada peluang untuk ke Mesir walaupun course tu saya tak minat.. Lagipun minat tu insya Allah akan datang..” Jawabku panjang lebar menjelaskan situasi.
“sebenarnya, dentistry pun susah, rugi kalau you tak ambil medic sebab kalau you belajar medic, lagi banyak pesakit yang mampu you rawat. Bukan sekadar gigi je. Kan lagi luas ruang you untuk berdakwah..” beliau cuba menjelaskan kepadaku.
“erm..sebenarnya, saya apply untuk dentistry sebab saya rasa susah untuk dapat medic ni..lagipun Biologi saya waktu SPM dulu dapat B3. Rasa macam tak layak je untuk ambil course medic..” Jawabku. “Takpelah, terpulang pada you. Cumanya kalau ada peluang ambil medic tu, jangan lepaskan. Ingat tujuan hidup you kat dunia ni dan ingat yang masyarakat memerlukan orang macam you untuk berkhidmat kepada mereka.” Nasihatnya lagi.
“baiklah madam..” Aku menjawab ringkas.
Aku nekad, apabila tiba di Mesir nanti, aku akan berusaha untuk menukar dari course dentistry ke course medic.
“Semoga dipermudahkan..”doaku dalam hati

Bersempena Hari Guru esok hari..semoga Allah membalas jasa kalian dalam mengajar dan membimbingku memahami erti kehidupan..pengorbanan tidak megenal erti penat lelah. Juga kepada emakku yang juga seorang guru..terima kasih kuucapkan

11 Responses so far.

  1. best bace cite baemz..sejak akhir2 ni,baem menukar corak dakwah dgn aplikasi dalam cite..menarik dan mmpunyai isi untuk disampaikan..bagus2~~keep it up!!

    **aku xstdy para lagi..nasihat aku baemz~~

  2. EamZ says:

    erm..
    thanks pdah..hehe..
    cerita kau tu x tersambung lagi..aku menunggu nih..

    btw, aku lebih menjiwai tulisan aku yg berbentuk cerita, berbanding ayat-ayat biasa. Cumanya byk jugak masa diguna utk buat ayat berbentuk cerita..

    lebih kurg la kita pdah. cumanya mungkin kau lebih sbb expactation org kat kau tinggi, jadi kau tak boleh menghampakan mereka yg mengharapkan keputusan cemerlang kau..hehe..
    xpe²..ada masa lagi..jom study!!

  3. HanaLuna says:

    salam
    cerita di uia tu.
    we were on the same boat btw.
    di uia dulu course apa?

  4. EamZ says:

    Oh..ye ke..
    course engin, tp sempat 1 sem je, seminggu lepas final exam, terus fly..

  5. HanaLuna says:

    owhb engine.dkt gombak la kan.
    so sekarang ni medic la?
    kelakarla cerita nak pilih medic ke dentistry tu pun mmg lebih kurang je.tapi nekad nak amik dentistry juga.
    mmg Dia dah tetapkan jalan yg kita semua pilih,rite?;)

  6. EamZ says:

    Kita merancang, Allah yang melaksananakan perancanganNya.

    tak sempat pun masuk main camp..sempat kat matriks UIA PJ je..
    mmg apply dentist..alih2, tukar gak walaupun snanye tak pernah merancang untuk mengambil course medic.

    btw..dpt dentist kat mesir ke?

  7. HanaLuna says:

    Ye betul tu.
    Haah dpt dentistry kt mesir jugak.
    mmg mencabar la kan belajar dlm bahasa arab nih.
    tapi kena kuatkan semangat jugak.
    alhamdullillah ramai kwn2 yg suka menolong.
    so medic la kan?thn berapa?

  8. EamZ says:

    ermm..skrg dh tahun ke 3.
    mmg mula2 dtg, terasa mencabar,kalau lah tiada kawan2,dah rasa nak balik..putus asa. Masuk kuliah pon tak faham apa,rasa macam membuang masa. nak membina minat bukan sesuatu yang mudah..tak menyesal untuk ambil medik, tapi terasa menyesal sebab ambil medik kat mesir..huhu..

    tapi alhamdulillah, lama kelamaan dapat juga menyesuaikan diri dengan keadaan. kita yang perlu mengubah persepsi, bukannya mengubah persekitaran mengikut apa yang kita inginkan.

    Tapi bila dah terasa kesusahan, baru kita dapal mengenal erti penghargaan dengan apa yang kita ada di Malaysia.

  9. HanaLuna says:

    memang betul tu.
    masa first day masuk kuliyah,balik rumah terus pening kepala sbb xfaham satu apa pun.
    dan faktor kawan mmg sangat mempengaruhi bila duduk kat luar negara ni.
    silap pilih kawan,susahla.
    tapi kenapa menyesal ambik medic kat sini?
    xbaguskah atau ada sebab lain?
    btw saya dah mula suka dgn Mesir.
    harap2 Dia permudahkan urusan kita semua.
    owh,exam habis bila?
    FYI,kami dah khalas.
    alhamdulillah;)

  10. EamZ says:

    hari ni habis exam iA..

    tu hanya persepsi bila mula2 sampai kat sini.bila tak mampu, mulalah rasa menyesal mengambil medik. tapi sebenarnya, tiada masalah untuk membina minat meminati sesuatu yang selama ni tak pernah diminati.faktor tempat tak sepatutnya dijadikan alasan.

    Persoalkan kemampuan diri, orang lain boleh berjaya, kenapa tidak kita..?

    Cuma persepsi kita bila menerima kesusahan tu yang perlu diubah. samada menyelesaikan masalah dengan lari dari masalah, atau cuba mencari jalan penyelesaian dengan menghadapi permasalahan.

  11. HanaLuna says:

    Jangan cakap tak mampu bila diri sendiri tak berusaha mencuba.

    Insya Allah kita semua boleh.

    owh,dah smpi Malaysia tanah airku.
    tak balik tahun ni?