Pertamanya::Selamanya






Mulanya teragak juga untuk menulis beralasankan peperiksaan yang berbaki tak sampai lagi 2 hari. Membilang kesanggupan pengorbanan masa ulangkaji untuk menyatakan perkara yang sepatutnya kuungkapkan berkali-kali, bukan hanya pada tika itu sahaja. Tapi, aku jua seperti mereka yang lain; sukar bibir ini mengungkapkan kata-kata penghargaan pada setiap pengorbanan yang tak mungkin terhenti. Apalah sangat jikalau ianya dibandingkan dengan pengorbanan sedikit dari masaku ini.

Meskipun aku tak pasti adakah beliau dapat membaca tulisanku ini kerana kesibukannya mendidik kami anak-beranak yang sedia ada ditambah dengan tugasnya mendidik pelajar-pelajar sekolah sebagai seorang guru, tapi bagiku, biarlah ianya terungkap di sini sementara masih lagi dianugerahkan masa untukku melafazkan bicara yang tersimpan.


Mendengar cerita kenakalan kami di kala masih kecil kadangkala menginsafkan kami akan jerih perit yang dilalui mereka berdua untuk membesarkan kami. Kenakalan dan kedegilan serta keengganan mendengar kata amat merumitkan, dan bayangkan 3-4 orang dalam masa yang sama bersifat sedemikian, nak pula waktu sedang menziarahi saudara-mara ketika hari raya atau seumpamanya. Sanggupkah rasanya mengawal budak-budak ini yang tak makan saman? Nak marah, lagilah menjadi-jadi perangai mereka kononnya memprotes. Kalau dibiarkan, makin naik lemak diorang. Tebal muka mereka menahan malu di hadapan saudara-mara yang lain kerana kerenah kami.Kalau ikutkan rasa dan hati, sudah tentu kami ditinggalkan sahaja di rumah. Tapi, segalanya dibiarkan dalam hati, kerana apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan kami.

Kalaulah kerana ingin menjaga air muka, maka kami sekarang ini tentu tidak kenal dunia sekeliling, tak mengetahui saudara-mara serta sepupu. Dan kalaulah kami di kala kecil lagi tak mengenal mereka, macam mana pula waktu kami sudah besar nanti. Mungkin sekadar cerita dan foto sahaja yang mampu dikongsikan.


Pernah beberapa kali air matanya menitis melihatkan perangai kami yang malas mengulangkaji pelajaran. Nasihat demi nasihat, sampai berbuih mulut memberi nasihat, tapi tak satu pun yang diendahkan oleh anak-anaknya. Dan kami ni pula, bila tengok sorang ni asyik main je dan buat benda-benda tak elok, mulalah kami pun mengikut sama, sebab nanti kalau dimarah, tak adalah keseorangan..ada geng lah kononnya..


Hinggalah kami menginjak ke alam persekolahan, makin menjadi-jadi lagaknya. Mulalah belajar mencebik mulut, memprotes dan membangkang arahan-arahan yang diberikan. Ketika itu, hukuman sahaja yang mampu mengajar kami. 2 batang rotan disangkut di dinding supaya mudah dicapai kalau-kalau kami buat hal. Kalau rotan tak sempat dicapai, cubitan-cubitan akan hinggap di peha kami. Duduk tepi dinding sorang-sorang tak boleh bergerak dan dibiar keseorangan di luar rumah pada waktu malam menjadi habuan kami jikalau perangai makin tak mampu dikawal. Tapi hukuman-hukuman inilah yang mengajar kami bilamana kata-kata tak mampu lagi diambil pengajaran.



Beliau jugalah satu-satunya perempuan dalam hidupku yang mampu untuk aku sayangi sepenuhnya. Meskipun payah untuk mereka-mereka mempercayai yang kami 11 orang lelaki dilahirkan dari perut yang sama, tapi itulah hakikatnya. Banyak pengorbanannya kepada kami semenjak mengandung hingga membesarkan kami semua. Kalaulah kami ini diabai, tentulah kami tak menjadi seperti diri kami ketika ini. 


Dan kini, kami di sini, mengorbankan diri menjadi apa yang kalian inginkan dengan harapan mungkin-mungkin, ianya dapat membalas sekelumit pengorbanan yang pernah beliau lakukan..
Sekalung penghargaan buatmu..duhai ibuku..

5 Responses so far.

  1. amarrrrrrrrr!!!

    lame aku xtgk amar la baemm..rindu nk tgk amar..hhehehhe

    btw, kim slm kt mak ek..hehehehe

    semoga mak sehat2 sokmo dan dirahmati ALLAH selalu..

    Redha ALLAH kepada seorang anak terletak kepada keredhaan ibu bapa nya..

    baem come!!

  2. teka aku sapa says:

    ammmmaaaaarrrrr...!!!!

  3. EamZ says:

    Anakpolis: Rindu jua..bila teringat hari ni, baru terasa nak belek-belek gambar lama yg ade..tu pon dh 2-3 tahun lepas punye gambar sbb balik hr tu, x teringat nk ambil gambar family skali..sdey2~

    Teka sape die tuh..yg tau nama adik aku bukan ramai pon~lagi-lagi gaya cakap mcm tuh..haha

  4. syafi says:

    baem nakal ke mase kecik2???
    haha. tak percaye

  5. aku yg come gak says:

    baem come??hehe