“Weh..sengih memanjang je aku tengok kau waktu keluar tadi..Mesti soalan senang kan..?” Roma cuba memancing aku inginkan respons tentang soalan Pharma tadi. Aku senyap. Tak mahu memberi apa-apa respons. Biarlah apa yang orang kata. Kalau aku terangkan pun, bukannya orang lain boleh faham. Aku menyimpul sendirian. Aku cuba mengembalikan persoalan kepadanya “ Kalau aku buat muka sedih, boleh tambah markah ke..?”.
______________________________________________________________
“Alamak..banyak lagi tak study..exam dah dekat nih” seorang sahabat merungut. “Ha..mulalah nak psycho tuh..padahal dah berapa kali ulang dah tuh..” jawab seorang yang lain. “Study tak tidur tu..bangun pagi je, terus menghadap buku..” ahli rumahnya pula menyampuk. Sahabat yang merungut tadi terus senyap. Menyesal kerana membuka cerita.
_______________________________________________________________
“Sempat ke nak habis baca ni..? Belajar pun tak habis lagi…” adu seorang sahabat. “Erm..aku rasa macam tu jugak. Tapi ada masa lagi. kalau asyik fikir macam ni, sampai bila tak selesai masalah. Jom study..”
______________________________________________________________
“Apasal aku tengok kau relax je..?dah habis baca ke..?” tanyanya kepadaku. “Habis tu, takkan nak gelabah..?'” aku cuba memahamkan perkara sebaliknya. “Takdelah, risau juga sebab tak habis baca lagi..” dia membalas. Dengan selambanya aku menjawab “takpe, Dr tak tanya pun soalan nih..”
______________________________________________________________
Beberapa situasi yang biasa aku lalui bila tiba musim imtihan. Fikirlah apa jawapan yang terbaik untuk anda menghadapi rakan-rakan sebelum anda menghadapi peperiksaan itu sendiri. Terkadang masalah boleh jadi ringan kalau kawan sekeliling memahami, dan mungkin juga masalah semakin kronik hinggakan terasa menyesal memberitahu sahabat lain akan tekanan yang dihadapi.
Semuanya bergantung kepada individu itu sendiri, perbuatan dan perkataan yang zahir adalah refleksi dari dalaman iaitu hati. Mungkin dengan meluahkan, terasa ringan sedikit bebanan yang dihadapi, dan mungkin juga berlaku sebaliknya.
Yang penting, kita ada Allah untuk diadukan segala permasalahan. Mungkin sukar ditenangkan hati dengan bacaan Al-Quran ataupun ibadah-ibadah sunat yang lain kerana iman yang masih lemah. Tapi cubalah meminta dengan senantiasa berdoa kepadaNya agar sentiasa ditenangkan hati dan fikiran.
Post a Comment