“Eh Zam, awalnya kau balik..Macam mana exam tadi..? Tanya Hamdan teman serumahnya sejurus kasutnya dibuka. “Kau lak macam mana?”, dia cuba mengelak untuk menjawab soalan.”Kau keluar awal dari aku mesti dah habis buat dan yakin semua betul, tu yang daripada melilau kat dalam, kau keluar awal..betul tak?” dia cuba meneka. Hamdan tergelak kecil. “Pandai membakar aku ek depan kawan-kawan aku..Korang jangan percaya apa yang kawan aku sorang ni cakap”. Dia cuba menjelaskan kepada 2 orang kawannya yang sudah ada dari tadi, risau kalau-kalau mereka termakan bakaran tersebut. “Eh, sebelum borak panjang, meh duduk sini, aku nak perkenalkan kawan-kawan aku ni kat kau..” Hamdan mempelawa sambil tangannya menuang air horlicks sejuk ke dalam cawannya dan diberikan kepada Ezam.
“Yang ni Hazri, pelajar Universiti Kaherah jurusan Perubatan tahun 2” Tangannya ditunjukkan kepada kawannya yang berada di sebelah kiri. Hazri tinggi lampai orangnya dan agak tegap tubuhnya”. “Yang ni pula namanya Hayat, Universiti Dumyat, tahun 2 Syariah Islamiyyah” Hamdan menyambung. Ezam hanya mengangguk. “Aku Ezam, tahun 3 perubatan juga sama macam Hamdan”, dia memperkenalkan dirinya tanpa dipinta. “Boleh kita sambung bicara tadi..?” pintas Hazri, “lepas ni, kami perlu pergi rumah orang lain pula..” sambungnya lagi. “Ezam pun boleh join sekali, tak ada masalah..bicara ringan-ringan je..”. Mulanya dia berniat untuk mengelak kerana otak dan badannya masih penat. Tapi mulutnya yang manis mematikan hasratnya. “okey..tak ada masalah..” balasnya spontan.
“Tau tak apa benda yang penting dan paling berharga dalam hidup kita..?”tanya Hazri. “Nikmat Islam dan Iman” jawab Ezam pantas. Apa tidaknya, soalan yang sudah banyak kali diajukan dan hanya itu sahaja skema jawapan yang ada. “Ya, semua tahu macam tu..tapi, pernah tak terasa benda tu berharga..?” Hayat pula membuka bicara. Dia menyambung lagi “ kalaulah dalam hidup manusia ni tanpa udara, atau oksigen secara saintifiknya..agak-agak, manusia boleh hidup tak..?” Satu lagi soalan tanpa perlu bersusah payah difikirkan jawapan. “Mestilah tak boleh..”Hamdan pula menjawab.
“tapi, kita memang selalu lupa, dan sentiasa akan lupa dengan nikmat yang ada, hinggalah kita ditarik nikmat yang ada. Waktu tu, baru la nak terasa nikmat tu..betul kan..?” ujar Hayat. Terdetik dalam hati Ezam “memang begitu pun manusia. Dah nama pun manusia yang dalam Bahasa Arab digelar An-Naas atau Al-Insaan dan berasal dari huruf Nun Sin Ya = Na si ya.. yang bermaksud lupa. Memang tepat istilah yang Allah guna dalam Al-Quran”. ”Jadi macam mana kita nak menghargai nikmat dan tak lupa nikmat yang ada..?” Hazri mematikan lamunannya sebentar tadi. “Sudah tentulah dengan sentiasa memperingatkan antara satu sama lain. Dan untuk diperingatkan, kita mestilah sanggup mengingatkan orang lain. Kita memang akan lalai dalam hidup. Entah-entah solat fardhu kita pun lalai hingga tak teringat Allah, Cuma sekadar gerakan badan dan menjadi adat harian.”
Hamdan pula cuba mencelah ”Tapi kan, Allah kan sayang kita, tu la yang diberinya perkara-perkara sunat untuk menampung amalan fardhu kita. Untuk menampal mana-mana kebocoran bila melakukan yang fardhu.”. “Ya, tak salah tanggapan tu” Hayat mengiyakan kenyataan Hamdan. “Dan kalau diperhatikan dalam semua ibadah fardhu, pastinya ada perkara yang disunatkan untuk menampung amalan tersebut.”ujarnya lagi. “Eh, yeke..?” Ezam cuba membuat muka musykil, sekadar menunjukkan minat untuk mendengar penjelasan yang lebih mendalam. Hayat menyambung lagi kata-katanya sebentar tadi “ Contohnya solat fardhu 5 kali semalaman, kemudian disunatkan pula solat sunat Muakkad, Zakat pun macam tu juga, boleh ditampung dengan sedeqah, dan puasa dalam bulan Ramadhan, kan lepas tu disunatkan pula puasa 6 di bulan Syawal. Pendek kata, ibadat-ibadat sunat ni sebagai ganjaran untuk membantu kesempurnaan ibadat fardhu. Betul tak..?” . Ezam mengangguk tanda bersetuju dan berpuas hati dengan penjelasan tersebut.
“Tapi kan..macam mana pula dengan Iman, ada tak perkara yang boleh menampung keimanan kita. Contohnyalah kalau kita beriman 99.5%, agak-agak, boleh ditampung tak..?” Hayat cuba mengembalikan perhatian ke tajuk asal. “Mana boleh..” hampir serentak Ezam dan Hamdan memberikan respon. “Jadi macam mana kita nak pastikan iman kita sentiasa ada dan kepercayaan kita adalah 100%?” Hazri pula cuba mengajukan persoalan. “Erm..macam inilah…”Hayat mematikan lamunan mereka. “kita berhajat kepada sentiasa memperbaharui keimanan kita. Dan antara cara untuk memperbaharui iman kita ialah dengan memperingatkan diri sendiri dengan amalan-amalan sunat, membaca Quran, hadis-hadis Nabi, dan cuba untuk melaksanakan Sunnah yang pernah Nabi kita tinggalkan.” “Tapi tak cukup juga sekadar itu.”pintas Hazri. “Kita juga perlu memperingatkan orang lain juga, dengan menziarahi mereka, berjumpa dengan mereka, dan membicarakan tentang iman dengan mereka. Mungkin Allah akan buka pintu hidayah kepada mereka dengan sebab kita. Bukankah itu nikmat yang paling berharga..?”
Ezam teringat hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud: “Demi Allah, Allah memberi petunjuk kepada seseorang lantaran engkau, adalah lebih baik bagimu daripada engkau memiliki unta merah” . “Jadi, kedatangan kami ni berhajat untuk mengingatkan korang dengan keimanan dan untuk mengajak korang bersama kami mengingatkan orang lain juga..” Hazri cuba mempelawa. Ezam dan Hamdan hanya senyap, kaku tidak tahu respon apa yang sesuai diberikan. “Orang kata, senyap tu tanda setuju..” Hazri mematikan lamunan mereka. “eh..kejap. Sebenarnya kami masih penat lagi sebab baru balik dari exam” Ezam cuba berdalih. “Oh, kalau macam tu, tak apalah, fikir-fikirkanlah dulu..cumanya jangan risau, kita peruntukkan sedikit masa kita kerana Allah, insya Allah Dia akan menggantikan dengan yang lebih baik untuk kita. Okeylah, kami perlu beransur dulu, ada beberapa perkara lagi yang perlu kami selesaikan, kalau ada apa-apa hal atau berubah fikiran nanti, boleh beritahu Hamdan. Dia ada nombor telefon kami” ujar Hayat pula.
Mereka bangun dan bersalaman. “Terima kasih sudi datang ke rumah kami yang tak seberapa ini, maaflah terabur sikit rumah ni, biasalah, musim exam lah katakan…” Ezam cuba berbasa-basi. “Eh, takpe je..” Hazri menyampuk. “kami bukannya datang nak cek rumah atau nak bagi markah kat rumah-rumah macam dalam iklan tu..” seraya menunjukkan kepada iklan yang terlekat di softboard rumah mereka :
Pertandingan Beyt Mithali
Nantikan kemunculan hakim misteri sebagai tetamu anda.
Sebarang usaha lobi-melobi dilarang sama sekali.
Mereka tersenyum sesama sendiri.
Sejurus selepas Hazri dan Hayat keluar, Ezam memulakan bicara. “So, macam mana..? dah buat keputusan untuk join diorang..?” tanyanya kepada Hamdan.
Post a Comment