Ibarat membaling batu Sembunyi tangan
Kalau nak kasar sikit
macam menyepak orang sembunyi kaki
cumanya tak ada dalam skema dan kalau buat dalam karangan maka boleh ditolak markah anda.
Kalau macam jahat tak boleh blah mungkin boleh guna
Seperti membaling bom, lepas tu sorok sebelah batu
Tapi itu kalau jahat.
macam mana kalau baik pula..?
Beri tangan kanan, tangan kiri tak tahu..
Agak mustahil berlaku kalau difikirkan secara lojik.
Mungkin juga boleh guna simpulan bahasa tadi cuma di ejas (adjust) atau oter (alter) sikit tetapi masih lagi tidak terdapat dalam skema
Ibarat memberi makanan menyembunyikan baunya
Tapi itu bukan isunya. Walaupun siapapun anda yang suka menggelarkan diri sebagai anonymous, maka anda secara automatik telah menandatangani perjanjian untuk dilayan secara anonymous.
Dulu dalam pelajaran matematik atau matematik tambahan mahupun fizik yang melibatkan kira-kira, aku paling suka nak mengetahui apa itu anu a.k.a unknown a.k.a x. suatu kepuasan kalau dapt jumpa apa itu x, terasa berbaloi penat lelah membuang masa mencari hakikat x itu. Perasaan ingin tahu tu yang menjadi motivasi menyelesaikan permasalahan dan kerumitan.
Tapi itupun setelah diketahui hint atau klu yang jelas melalui permasalahan yang timbul
2x + 4 = 6
maka x=1
Mudah je
cuba kalau datang plak unknown yang lain
2x + 2y = 6
mungkin rumit sedikit
ada 2 kemungkinan akan berlaku
x=2,y=1
atau
x=1,y=2
maka tak salah kalau kita menganggap kedua-dua jawapan mempunyai kebarangkalian yang sama
cuba kalaulah tak diberi klunya
x + y = z
maka ikut suka hati anda nak memasukkan apa-apa nombor, asalkan jawapannya bersamaan dengan z
Jauh melalut nampaknya. Tapi itulah karakter unknown a.k.a anonymous. Terpulang sama ada anda ingin menyelesaikannya, atau anda membiarkannya begitu tanpa apa-apa penyelesaian.
Unknown dalam matematik ada hadnya. Macam mana pula dengan dunia internet yang kononnya tiada sempadan. maka pelbagai tafsiran boleh berlaku. Kadang-kadang kehadirannya membawa penyelesaian, tetapi sebaliknya juga boleh berlaku, dan ianya lebih dominan berbanding yang pertama.
Aku secara jujur lebih menghargai kehadiran mereka. Mereka yang melihat dari sudut yang berbeza, dan kebiasaannya merekalah pembangkang kepada apa idea yang kita tonjolkan.
Orang yang kita kenal selaku kawan kita selalunya akan menyanjung dan memuji kita walau apapun yang kita lakukan. Kalau perkara salah pun, mereka hanya berdiam diri..dakwah secara hikmah..pelan-pelanlah..sikit-sikitlah..antara alasan yang diberikan.
Lain pula dengan musuh kita. segala kekurangan akan dicanangkan. Malah mungkin hingga menghendap celah kain dan membesarkan sekecil-kecil kelemahan untuk menampakkan kesalahannya macam membunuh orang yang tak berdosa. (Macam dalam politik ke ni..? – tiada ulasan)
Dalam dunia memblog mahupun forum, unknownymous mungkin agak berleuasa walaupun aku sendiri kurang menghadapinya. Tapi melihat kepada blog sahabat-sahabat yang lain terutama yang nampak macam menyimpang sedikit pemikiran mereka daripada typical malaysian thinking, maka makin banyaklah kadar lawatan anonymous dan yang lantang sikit pastinya akan meninggalkan jejak di shoutbox atau ruang mengomen.
Biasanya pemilik blog atau mereka yang berbahas dalam forum tersebut akan cuba mempertahankan hujah mereka hinggalah sampai satu masa carutan-carutan dan perkataan kurang elok akan dilemparkan. Tak sihat untuk orang yang meluahkan, mahupun kepada pembaca.
Aku sendiri kalau ikutkan perasaan, sakit hati melihat orang mengomen tentang keburukan kita atau membangkang pendapat kita diruang yang boleh dilihat oleh semua orang. Tapi apa pula sepatutnya respons atau tindak balas yang patut kita berikan..?
treat anonymous anonymously.
Bukanlah kita mengabaikan kehadiran mereka, tapi jadikan apa yang mereka ungkapkan sebagai satu muhasabah untuk diri kita. tak usah berperang dengan mereka kerana masing-masing ingin tegakkan hujah masing-masing dan secara automatik menutup ruang menerima pendapat yang lain. Terasa diri sendiri betul dan orang lain salah.
Hinggalah tiba di tahap kronik di mana kita sangat-sangat ingin tahu siapa itu anonymous hinggakan kita berburuk sangka dengan mereka dan menuduh mereka tanpa usul periksa. Tak pasal-pasal menambah lambakan dosa yang dah sedia ada.
Pengakhirannya, anda bertanggungjawab atas apa yang anda lafazkan atau tuliskan. Dan kepada persatuan unknownyous tak berdaftar, ingatlah yang segala apa yang kita lakukan tak pernah terabai dari pandanganNya. Berfikirlah sebelum memberi ulasan dan bertanggungjawablah atas komplikasi yang akan timbul disebabkan apa yang anda ucapkan.. Hadis nabi s.a.w menyatakan ((…Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik, atau senyap))
eamz menghasilkan satu karya yg baik setelah lama aku menanti entry terbarunya itu..
juz ingin menyampaikan pandangan aku..
anonymus2 sekalian,jika anda ingin menegur@mengomen..hendaklah anda beradab dan berakhlak..setiap kata2 yang menghiris hati mahupun mengundang kemarahan perlulah seeloknya dielakkan demi kemaslahatan..meraikan pendapat yang berbeza itu bukankah salah satu ciri2 dalam berbahas..
"serulah ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. sesungguhnya Tuhanmu, DIA lah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-NYA dan DIA lah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk."( an-Nahl :125)
jangan menggunakan bahasa kasar seandai anda tidak mahu ditimpa kekasaran itu kembali..hohohoho..
salam..
owh2. menarik entry ni. siap ada math segala. sgt setuju. treat anonymous anonymously?
takyah layan sebenarnya. anonymous= buat do no. setel masalah.
betollah eam. manusia, kalau ada silap org dicanangnya sampai mati. tambah kalau org yg dia tak suka@tak sebulu. salah sikit jadik besar. sampaikan buat baik pon dianggap buat jahat. entahlah. mybe typical malaysian thinking tu sgt sebati dgn jiwa org melayu.
"berpemikiran menghukum manusia".
then, pesanan utk diri utk dikongsikan jugak, Surah Al-Hujurat 11-13 sgt membantu utk menyelesaikan masalah ini.
kalau takut membaling batu dengan tangan, gunakanlah lastik. tak perlu sembunyikan tangan dah..
moga Tuhan tak butakan mata hati kita utk lihat dan kongsi kebaikan dgn org lain..
sekian
p/s:setuju juga dgn pandangan anak polis [pidah]