Tenet::oh~

Kenapalah jadi begini oh tenetku. waktu periksa Biochem hr tu, punya la laju sampai download boleh cecah 200kbps. Tapi skrg ni, makin lembap, dan berganda kelembapan. Kalau tak percaya, tengok ni..

Kemudian, aku cuba la cek kat speedtest.net utk tgk sejauh mane kelembapan yang berganda tu. Ni keputusan yang aku dapat


Secara purata, nilai ping tu hanya 100-200ms dan download 140 kb/s dan nilai upload lagi rendah dr nilai download.
Dah 3 hari macam ni, macam mana nak call Malaysia. sebelum ni, masalah internet lambat hanya berlaku time petang-malam, tapi semakin melarat kerana hampir2 24 jam keadaan berlarutan macam ni

tambah² lg, ada pula masalah dengan pihak Universiti yang x disettlekan lagi.~Oh arab, bila ada duit, semua jalan....Duit punya pasal, "Minggu ni jugak kena pergi Idarah Wafideen" katanya.."Musykilah Kabirah!(Masalah bagak punye besar)"sambungnya lagi. Dengan keadaan periksa yang x habis lagi, aku diserabutkan lagi dengan kerenah arab.. Kena bayar LE***.00 .kalau tak, tak dapat keputusan exam, tak dikeluarkan tasdiq kuliah(pengakuan sbg pelajar~perlu untuk buat visa). "Kena settlekan minggu ni juga!" tambahnya lagi. Adakah aku terpaksa bersemuka dengan pak² Arab kat Idarah Wafideen? permintaannya mudah shj.. pergi idarah wafideen kat Cairo tu, minta diorang surat yang mengatakan aku tukar dr course dentistry ke medicine. tp kerana kerenah mereka (dan aku- yang malas nak pergi), benda yang mudah, tapi jadi sukar.

Pasal internet macam ni pulak, inilah namanya masa lengah. Kerja yang boleh disiapkan dgn sekejap berganda jadinya. bayangkan, untuk load 1 page melahap masa yang aku ada stgh minit, macam mana kalau nak pergi ke page² lain?. contoh mudah, untuk orang yg mandi menggunakan shower, kena menunggu beberapa detik untuk air tu dari pemutar paip tu terpancut keluar. masa lengah memang akan sentiasa ada, tapi bergantung kepada diri sendiri, apa yang boleh dimanfaatkan dalam masa lengah ini, sebab perkara ini mmg akan berlaku dan tak dapat dielakkan.

2 Responses so far.

  1. salam...x ltk chat box ker

  2. EamZ says:

    erm..x tau la nk letak ke x..tgk la nnt kalau terasa rajin