Neutralisasi::Persepsi




Salam,mlm ni jam 9 free x?,
rumah tu ada masalah dgn tuan rumah.
bleh x ko dtg skali mlm ni,bincng dgn baba tu?
snang sket sbb ko yg wat akad ritu kn..

Mesej tersebut benar-benar membantutkan perancangan aku. Kalau ikutkan hati ingin sahaja aku abaikan mesej tersebut. Tapi aku terasa seperti bersalah. Kalau aku teruskan perancanganku untuk malam tersebut, terasa macam melarikan diri dari tanggungjawab.

"Kitorang kena bayar untuk cat rumah ni LE1000," rungut seorang pelajar. "Padahal sepatutnya, tuan rumah yang bayar duit tu, sebab teruk rumah dia ni nak bagi kitorang sewa" sambungnya lagi.

Aku memikirkan sejenak, bukan ingin membantah, cuma mencari penyelesaian terbaik untuk tuan rumah dan bakal penyewa rumah.



"Tapi kan, korang yang minta untuk dicat, jadi korang la yang kena bayar.." Aku membalas.

Menurut tuan rumah, sebenarnya kos mengecat adalah LE2000, tetapi disebabkan dia ingin memudahkan mereka yang ingin masuk ke rumah itu, maka dia hanya meminta LE 1000 sahaja. Memang bagi aku, nilai tersebut tidak lojik kerana sangat mahal. Tapi aku sendiri tak pernah ada pengalaman mengupah orang mengecat rumah. Tak selayaknya untuk membangkang, tanpa memberi alternatif harga yang patut dibayar. Tapi untuk minta dikurangkan, ianya boleh dibawa berbincang.

"Rumah ni memang teruk, memang sepatutnya, baba yang cat. Bilik belakang tu, bertompok-tompok dinding dia..macam mana kitorang nak tinggal dengan keadaan macam tu..?" dia cuba membela tindakannya.

Aku senyap seketika. Ini belum masuk rumah lagi, dah bermacam-macam suara tak puas hati dan rungutan diterima. Macam mana la nanti masalah yang akan timbul bila duduk lagi setahun kalau nak ikutkan akad yang telah dibuat.

Tuan rumah yang berada bersama kami hanya mendiamkan diri, tidak faham dengan bahasa pertuturan mereka. Dia membiarkan kami berbincang sebelum menyampaikan apa-apa yang masih tidak memuaskan hati mereka.

"Baba ni asyik minta duit kitorang je, bulan lepas punya sewa, kitorang dah bayar, tapi tak dapat masuk rumah ni lagi. Pastu minta pula tambahan untuk cat ni. Duit yang kitorang bagi hari tu entah-entah baba guna untuk buat rumah baru dia, bukan nak siapkan keperluan untuk rumah ni.." Nadanya semakin dikuasai emosi.

Aku tersentak. Kalaulah tuan rumah boleh faham bahasa melayu, sudah tentu mereka akan dihalau ketika itu juga.

"Mana tahu duit yang korang bagi, baba guna untuk buat rumah dia..? Aku cuba menyoal kembali. Berat tuduhan tersebut. Meskipun tuan rumah tidak memahami, tapi kalau beginilah persepsi mereka terhadap tuan rumah, maka selepas ini, semakin buruk sangkaan dan tuduhan mereka.



Aku tak nafikan, bila bermuamalah dengan arab, kita seringkali dihantui dengan perangai mereka yang mata duitan, kuat menipu, dan sebagainya. Cerita keburukan mereka amat mudah tersebar, hinggakan lenyap terus sisi kebaikan mereka, dipukul rata dengan kesalahan segelintir yang lain.

Tak salah untuk berjaga-jaga, tapi, untuk menghukum mereka atas kesalahan yang dilakukan oleh orang lain sebangsa dengan mereka, ataupun kesalahan yang pernah dilakukan oleh mereka, maka itu tak sepatutnya terjadi. Mana tahu Allah telah memaafkan dosa mereka yang terdahulu. Tapi bila kita yang bersangka buruk dengan mereka, secara mudah sahaja kita melambakkan dosa untuk diri sendiri.

"Tiada kesatuan tanpa kasih-sayang, dan serendah-rendah kasih sayang adalah berlapang dada, dan setingi-tingginya adalah martabat Itsar (mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri)"
ISHAB

Kita sering salah sangka, tanpa disedari, membezakan bangsa walhal tak pernah merasakan persamaan agama. Berlapang dada bukan perkara yang mudah. Lagi-lagi dengan mereka yang pada pandangan kita berbeza bangsa. Padahal berlapang dada adalah kepada mereka yang sama agama.



Minda kita telah disematkan dengan cerita keburukan, jadi semua perkara nampak dari sudut negatif. Perbuatan pula mentafsir minda, maka buruklah lakunya, mencemikkan muka, meninggikan suara, hinggakan mengeluarkan kata kesat di depan mereka dengan anggapan mereka tidak faham bahasa kita. Tapi kita lupa, riak muka kita menceritakan apa yang berlegar dalam minda.


Jernihkan minda, bersihkan hati. Jangan terlampau dikuasai emosi. Bersosial dengan arab memang menuntut sedikit kesabaran. Kesabaran kita mempertahankan hujah menyebabkan mereka akhirnya akan mengalah, kalau kita bercakap dengan bahasa diplomasi, bukan dengan nada pemberontak.

2 Responses so far.

  1. akim says:

    kehadapan saudara penulis..

    aku sememangnya bersetuju dengan pendapat ko. biasalah, sebelum ini kita hidup bersama orang melayu yang kita amat faham adat dan budayanya, kita mudah memahami dan berinteraksi dengan orang lain dengan baik. tapi aku pn mengakui yg kita sebagai pelajar melayu di mesir masih kurang memahami budaya, maklumat, dan adat orang asing disekeliling kita. misal kata tentang kos ngecat tadi, kalo kita takde maklumat tentang kos sebenar, mmg mudah kita meragui akan harga yg disebutkan tuan rumah tu.

    mmg benar kita kne keras hati sket dan kene melawan utk elak membayar lebih ataupun ditipu..aku rase skill ni kene ade kalo nk elak kita ditipu dan sebagainye..

    pepun, hidup ni mmg mencabar..byk benda kene tempuh..sabar ye baim..aku doakan ko sehat dan cpt membesar di sane..k..take care.salam..

  2. EamZ says:

    Ye akem..kadang2 kita kena tegas untuk mengelakkan ditindas. tapi tegas kita mempertahankan hak kita, bukan bermakna kita boleh menceroboh hak orang lain.

    bukan mudah juga sebenarnya nak menolak tepi fobia bila berkomunikasi atau muamalah dengan arab. Pastinya kita terfikirkan muslihat setiap tindakan mereka, hinggakan sampai ke tahap mempersoalkan kebaikan mereka.

    Tapi dengan arab ni, sebenarnya, mereka mudah je menerima keputusan kita kalau kita mampu melembutkan hati mereka. Macam situasi atas tadi, akhirnya, tuan rumah tu sendiri yang batalkan bayaran 1000 tu, tanpa perlu bertegang urat dengan mereka. Bahkan, tuan rumah tu tanya lagi apa benda yang tak cukup kat dalam rumah tu supaya dia boleh selesaikan ketidakpuasan hati diorang tadi.

    tak mudah sebenarnya mempraktikkan teori-teori ukhuwwah. kalau serendah-rendah tahap untuk berlapang dada pun sukar, inikan pula nak berbicara tentang itsar..lebih-lebih lagi dengan arab mesir..