Salam AidilAdha untuk semua. Kesempatan yang sebegitu singkat di hening pagi Adha yang mulia. Persiapan pun tak seberapa. Walaupun semakin ramai umat di Mansurah ini, tapi suasana pelajar melayu nak menyambut raya agak kurang berbanding dengan arab Mesir dengan gemaan takbir yang penuh bersemangat sejak dari selepas solot Zohor sehari sebelum raya.
Tapi Mansurah tak pernah sunyi dengan isu hangat. Bayangkan dengan bilangan pelajar yang makin bertambah saban tahun, hinggakan tahun ini, angkanya mencecah 1000 orang. Sedikit demi sedikit kawasan sekeliling ini dijajah oleh orang Melayu. Banyak baiknya, tapi tak dinafikan juga keburukan yang ada.
1000 orang, 1000 cara pemikiran, 1000 pendapat, 1000 permasalahan, tak mungkin dapat dileraikan dengan hanya 1 jalan. Tak mampu juga untuk ditanggung oleh beberapa kerat mereka-mereka dengan muka-muka yang sama yang membuat kerja. Banyak yang pandai menimbulkan persoalan, tapi tak ramai yang mampu mendatangkan penyelesaian.
Kelemasan dalam lautan tanggungjawab. Mereka cuba menghulurkan tangan meminta bantuan. Terkapai-kapai menanti tibanya bantuan. Tapi tidak ramai yang mahu sama menghulurkan tangan menyelamatkan mereka dari tanggungjawab yang makin membeban. Hanya melihat, setelah itu pandangan dipalingkan dan bermulalah cakap-cakap belakang.
Adha itu suatu pengorbanan. Adakah cukup dikira berkorban dengan mengorbankan perkara yang tak disukai? Memberi duit yang paling buruk, koyak, kusut, dah tak laku kepada makcik tua yang menghulurkan tangan di tangga masjid. Menanti masa tidur, dah dekat 12 tengah malam dengan mata yang dah kuyu untuk menambah pengetahuan tentang Islam..?. Menunggu dah letih lenguh sendi-sendi tak larat nak berjalan setelah seharian bermain bola, baru nak pergi ziarah rumah orang sambil buat Dakwah Fardiyyah. Itukah pengorbanan namanya? Berkorban melaksanakan perkara wajib, atau terkorban disebabkan bergelumang dengan perkara harus?
Adakah kita hanya sekadar mereka yang mampu mengorbankan tenaga menimbulkan isu-isu tanpa berhajat mengorbankan tenaga untuk menyelesaikannya?. Dan dengan 1000 isu yang dibawa, tak mungkin didatangkan dengan 1000 penyelesaian. Tak mungkin kita dapat memuaskan hati semua orang dengan penyelesaian yang dibawa. Lumrah alam.
2018
6 years ago
Post a Comment