Tembakan tersasar dibalas Bom pemusnah



We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
Guide us every single day
Keep us close to You
until the end of time

[Open Your Eyes-Maher Zain]

Mudahnya perhatian dan tumpuan tersasar. Cepatnya melatah nak membalas, hinggakan tak berkesempatan berfikir, bertindak bersandarkan situasi, bukan dipengaruhi emosi semata-mata. Buka mata, lihatlah dengan jelas. Jangan dikaburi anasir palsu. Buka minda, berfikirlah luar sempadan kebiasaan yang kaku. Cari kebenaran, bukan menanti suapan dengan penuh kesabaran.



Mereka cuba menyalakan mancis untuk membakar sumbu lilin di kala kegelapan suram. Tujuannya untuk menerangi kegelapan, tapi tanpa disedari,mereka mengurangkan ruang litup cahaya lilin yang sudah sedia menyala menerangi kawasan yang suram. Dan mungkin mereka mencanang, cahaya mereka lebih terang, maka marilah bersama-sama mereka. Namun mereka tersilap langkah, mereka tersasul mengeji kekurangan cahaya yang ada untuk menggambarkan keterangan cahaya mereka.

Namun apa balasan kita kepada mereka..? Maka dengan bertubi-tubi dilemparkan kepada mereka bom-bom pemusnah mematikan setiap tutur kata dan niat mereka. Habis niat mereka dipersoalkan, amal mereka dinafikan dan setiap tindakan mereka dikeji. Habis segala kebaikan mereka dilenyapkan dengan kesilapan langkahan mereka.

Terdesak sangatkah kita..? terdesak sangatkah PCM..? terdesak sangatkah mereka-mereka (ke sorang je macam tu) yang memburukkan SC PCM? Apa beza kita dan dia? Dia buat buruk, kita balas buruk. Dia kutuk kita, kita kutuk dia balik. Tanpa disedari, kita bukan menyelesaikan masalah, tapi kita makin merumitkan masalah.

Kononnya nakkan kesatuan. Tapi bila timbul isu, cepat je menggelabah mencari kekurangan membalas balik tohmahan yang dilemparkan, bukannya menampung kelemahan. Kemudian mulalah memburukkan antara satu sama lain, dengan keyakinan, kemenangan akan datang pada kebenaran. Walhal tak sedar pun sebenarnya kemenangan disebabkan oleh menjatuhkan pesaing dengan keburukan.

Kesatuan apa yang difahami..? Kesatuan terbatas pada nama semata? Kesatuan kaku bawah satu gerak kerja sahaja? Kesatuan takrifan negara ideal bila dah ada khilafah? bersatu bawah satu persatuan? bersatu atas satu fikrah?. Lupakah kita perkara yang utama? Kesatuan Aqidah dan ukhuwwah Islamiyyah.

Maaflah kalau nada agak kasar. Aku dah letih, longlai nak mendengar hujah kesatuan. Sikit je isu timbul, terus dicanangkan agenda kesatuan sampai diri sendiri tak sedar sedang membuat perpecahan dengan kutukan-kutukan dan komen-komen yang menambahkan marak pembakaran. Kenapa perlu provoke? Kenapa tidak menilai balik komen tentang kelemahan yang diterima untuk penambah baikan?

Inilah manusia. Belakang-belakang, hebat je berhujah. Tapi depan-depan, pijak semut pun tak mati. Kenapa tidak dipanggil dia yang memburukkan SC itu untuk ditanya pendapat tentang kelemahan yang ada supaya dapat diperbaiki. Mungkin lepas ini kalaulah dia tu rasa apa yang dia bawa itu sudah cukup hebat, maka ambillah pengalaman untuk menjadi hebat macam dia.

PCM tak perfect, dia tak perfect, diri sendiri pun tak perfect. Kenapa bila orang menegur, kita terus melenting? Kenapa tak boleh terima kelemahan dengan hati yang terbuka? Kalaulah semua macam ni, maka tak adalah nasihat-menasihat antara satu sama lain. Bukankah Agama itu adalah Nasihat?

[P/S: Ini adalah pendapat individu, tak berkaitan dengan pendirian mana-mana persatuan.]


2 Responses so far.

  1. jiran says:

    dalam.tersirat.
    kadang-kadang pedas itu nikmat bukan?
    yg terbuku dilepas sudah.
    mahasiswa. tak sedar tumpulnya pemikiran dek semangat yg tidak terurus dan terarah.
    fikrah cacamerba.
    pendokong gagasan pemikiran salah.

    lemah itu hujah utk menjatuhkan.
    diam itu peluang utk mengaibkan.

    mahasiswa. pengikut yg tidak ke hadapan.

    mahasiswa. memimpin tanpa arah tujuan.

    mahasiswa. bosan

    kita tak mahu itu berlaku.

    ps: all the best dlm ENT exam

  2. EamZ says:

    Perlu dibaca beberapa kali komen untuk faham. Tersirat juga ye realiti mahasiswa kat sini. Tak sedar ada tanggungjawab lagi besar, tapi lupa dek terlampau fokus pada perkara remeh-temeh.