Thank you!

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Minimal Design

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Download high quality wordpress themes at top-wordpress.net

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Easy to use theme admin panel

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Malaysia::Baru

[Sewaktu Hari Raya 2007, tak cukup sorang lagi~]


Alhamdulillah, selamat menjejakkan kaki ke Malaysia pada 23 Ogos 2008 jam 10.30 malam. Perjalanan 12 jam dalam kapal terbang memang meletihkan. Memang seksa menanti detik 10.15 malam pabila tayar kapal terbang mencecah landasan KLIA. Skrin di depan yang menunjukkan masa ke destinasi memang menyebabkan hati ini lebih terseksa menanti.

Disebabkan aku tak mengkhabarkan kepulangan aku kepada keluarga, jadi, aku berpakat dengan abang aku untuk mengambil aku di KLIA. Malam itu juga, terus bertolak ke Alang Sedayu untuk menghadiri Reunion Al-Manar. Di sana, aku berjumpa dengan kawan-kawan lama di Al-Manar dahulu, teringat kembali memori suka duka bersama. Sekarang, semua sudah ada haluan sendiri.


Minggu pertama agak sibuk di KL dan sekitar Selangor. Aku tak menjangka kepulanganku ini bertepatan dengan tarikh program yang telah diatur. Nak cerita semua tak larat, nk biar gambar bercerita pun, tak sempat ambil lagi dr cameraman. Antara aktiviti yang ada ialah Rehlah, main futsal, BBQ, tazkirah ringkas dari Us. Fauzi, dan Gathering Quranic Youth Club&BBQ di UIA.

[Rumah di Johor, semasa dalam proses penambahbaikan]

Kemudian, minggu ke 2 di Malaysia,barulah bertolak balik ke Johor, rumah yang belum pernah dijejaki sejak aku pergi ke Mesir. Kawasan yang jauh dari bandar, dan kurang kemudahan asas. Kenderaan awam pun tak ada. Jadi sukarlah misi untuk berjalan-jalan melawat Johor. Nasib baik ada plan B. Rak-rak yang sarat berisi buku yang belum dibaca meminta untuk dihabiskan. Jadi, daripada melepak tak buat apa-apa, sekurang-kurangnya, dapatlah top up ilmu lain setelah 2 tahun menghadam buku-buku medic.

Doctor::Wanted

Masalah kekurangan doktor semakin serius

Oleh Junita mat Rasid
junita@bharian.com.my


MESRA: Liow bertanyakan khabar pesakit ketika mengunjungi Hospital Tangkak, semalam.

"Menteri arah ambil segera pekerja asing, panggil rakyat pulang"


Begitulah petikan akhbar berita harian edisi 19 Ogos 2008. Di satu sudut, terdetik rasa kasihan melihat pesakit tanpa penjagaan yang sepatutnya daripada doktor. Kenapa..? Kerana Doktor yang terlalu memilih kawasan untuk berkhidmat..? Kerana Universiti yang menghadkan pengambilan pelajar jurusan doktor dari tahun ke tahun..? Kerana Kerajaan yang membuat polisi yang menyulitkan pelajar-pelajar menyambung jurusan perubatan..? Atau mungkinkah kerana Ibubapa yang tidak mampu untuk membiayai kos pengajian anak mereka..? Mungkinkah juga kerana diri sendiri..yang terlalu mengikut kehendak hati, tanpa mempedulikan keperluan masyarakat setempat masa kini?


Yang pasti, semua kita ada alasan tersendiri. Jangan hanya siang malam hanya mampu menunding jari, tapi diri sendiri tak berusaha mengatasi masalah ini. Lihat dari sudut negatif.. terlalu banyak hingga tak mampu dibilang dengan jari. Tapi, jangan pula terlalu pasif sehingga tak nampak positifnya dari masalah ini.

Inilah realitinya. Mahasiswa yang bakal bergelar doktor sahaja yang mampu menyelesaikan masalah ini. Takkanlah kita mengharap pak dukun atau bomoh yang mengubat kita.. Ataupun pergi ke farmasi, bagitahu sakit apa, ambil je ubat yang diberi tanpa memikirkan implikasinya. pihak lain hanya bertindak sebagai pendorong atau pemudah cara, tak lebih dari itu. Bagi kita yang bakal ada gelaran Dr. kenalah sentiasa beringat. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.



Peluang terbuka di hadapan mata, maka janganlah dipersiakan.Masyarakat kini menanti kedatangan kita. Persiapkan dada dengan ilmu, tubuh badan dengan amalan. Sucikan hati, ikhlaskan niat menolong orang lain kerana Allah. Bukan mengejar nama, pangkat dan harta. walau apapun bonus yang diberi olehNya dari segi duniawi, jangan pula kita mudah terleka. Sematkan dalam hati, hidup untuk berdakwah, dan wasilahnya melalui bidang kedoktoran; agar kita menjadi sebenar-benar mukmin yang bergelar doktor

Saksi::Seksi::Seksa


[tgk sikit² sudah~]

Realiti di Malaysia..walaupun tak semua macam ni, tapi sedarilah tanggungjawab kita. Nak ke anak macam ni? Siapa pula yang nak mendidik mereka.


Tapi apakan daya.. Kita yang menjadi SAKSI atas perbuatan mereka.. Kalaupun kita tak mampu untuk memperbaiki keadaan, janganlah pula kita terpedaya dengan keSEKSIan mereka, serta mengikut jejak langkah mereka. Tapi kita harus sedar, SEKSAan Allah menanti di akhirat sana.. kalau kita masih leka dan alpa.


DiHati::InHeart


jagaHati, originally uploaded by ::EamZ::.

((Sesungguhnya Setiap Amalan Itu Dengan Niat...))
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Adakah sesiapa yang tahu apa yang berada di lubuk hati kita, dan yang berlegar di fikiran kita selain Allah taala..? Mampukah pula kita mentaksir niat yang berada di hati orang lain..?? Jadi, layakkah kita menilai dan menghukum orang lain berdasarkan zahirnya sahaja?


Bagaimana pula dengan kerja-kerja pembersihan hati kita? Sucikanlah niat, supaya setiap amalan bersih dari segala noda. Sentiasa perbaharuinya, kerana selalu kita terlupa, terleka, terpesona dengan dunia yang sementara.


Bagaimana pula dengan saudara seIslam kita. Memang benar kita tidak layak menilai, bahkan menghukum setiap perkara atau kesalahan yang mereka lakukan. Tapi, kekurangan yang ada, tampunglah dengan nasihat-menasihati. Seterusnya, berserahlah kepada Allah.



Minggu ke 9 Akademi Nasyid, setiap peserta yang tersingkir di episod sebelumnya diberi peluang terakhir untuk mempersembahkan bakat masing-masing kerana 2 dari 8 peserta yang telah terkeluar layak untuk bergelar finalis bersama Cicik, Azhan, Aiman, dan division.


Harapan aku untuk melihat kumpulan inheart menjejak kaki ke tangga finalis terkubur. Mungkin kerana persembahan mereka yang kurasakan kali ini, amat hambar. Vokal dan pitching yang lari (seperti kata Farihin Abdul Fatah) makin ketara. Mungkin tidak ada rezeki untuk kali ini. Tapi, ingat, perbaharui niat, mungkin bukan pentas mereka untuk berdakwah melalui seni. Masih banyak lagi ruang kosong dalam medan dakwah ini yang perlu diisi.


Mampu untuk bertahan sehingga konsert ke 8 sudah memadai untuk aku berpuas hati dengan pencapaian mereka. Undi pada konsert ini yang tertinggi 38%, tidak menjanjikan sebarang ruang kosong untuk mereka. Mungkin indah khabar dari rupa, begitulah tafsiran aku. Dakwah bukan bergantung pada populariti. Tapi, kandungan dakwah sebenarnya menarik minat orang ramai sehingga menusuk ke dalam hati, yang akhirnya membuahkan kecintaan kepada Ilahi. Tidak dinafikan bahawa penampilan da'ie itu penting, tapi sejauh mana pula da'ie tersebut menguasai bidang dakwahnya.


Bagaimana pula dengan kandungan dakwah yang disampaikan melalui lirik lagu. Mampukah ianya menusuk kalbu sehingga menitiskan air mata kerana teringatkan dosa padaNya. Kali ini, aku cukup terasa dengan lirik lagu Hikmah dan Ya Rasulullah. Mungkin ianya sekadar nota yang tidak terkesan jika dibaca dengan nada mendatar. Tetapi jikalau ianya dialunkan secara sentimental, serta diekspresikan dengan raut wajah dan feel yang betul-betul dihayati, sudah tentulah ianya memberi kesan kepada orang yang mendengarnya. Dari Hati ke Hati.




inheart
[Koleksi nasyid dari kumpulan inheart]

Balik Malaysia… Kepeluan?::Kehendak?

Menyebut antara keperluan dan kehendak..untuk balik Malaysia. Aku kini berada di antara 2 persimpangan itu. Tafsiran akal menyatakan bahawa ianya adalah kehendak, tapi hati ini menidakkan dan menyatakan ianya adalah keperluan yang perlu ditunaikan. Kalaulah ianya satu keperluan, maka, nak tak nak, aku terpaksa menunaikan keperluan tersebut. Dan jikalau ianya hanyalah kehendak, maka tidak salah untuk aku tidak balik pada tahun ini


[Mungkinkah aku tergolong dalam golongan penumpangnya tahun ini?]


Sebelum datang ke sini lagi, aku sudah bercadang untuk balik ke Malaysia tahun ke 2 pengajian. Namun, aku tersilap langkah. Tiket sepatutnya ditempah lebih awal (sebelum mula peperiksaan akhir tahun). Namun keegoan aku di kala itu menyebabkan aku bercadang untuk beli tiket last minute, kerana aku sudah menjangka, akan ada pelajar yang akan menagguhkan keputusan mereka untuk balik ke Malaysia setelah keputusan peperiksaan mereka keluar, kerana mereka perlu mengambil peperiksaan kedua (2nd chance) setelah gagal pada peperiksaan lepas.


Ianya berlaku seperti yang dijangka. Tiket mereka pada awal bulan Ogos ditangguhkan dan aku cuba untuk mengisi kekosongan yang ada. Namun, cadangan untuk balik awal bulan Ogos terpaksa ditangguhkan kerana ada perkara yang perlu diselesaikan, dan lebih penting dari kehendakku ini. Tapi, kita merancang, Allah jua mempunyai perancangan tersendiri, dan Dialah sebaik-baik perancang.


Kini, aku masih lagi menanti jawapan. Kalaulah balik Malaysia itu lebih penting, tentulah Allah akan mempermudahkan urusan tersebut. Tiket yang semakin meningkat harga (sebelum ni LE 4100=RM2500 melonjak ke LE5000++ = RM3000++) dan seat kosong yang semakin sukar untuk dicari seakan-akan menghalang hasratku ini.


Kalau ikutkan pilihan, aku lebih suka memilih untuk menangguhkan agenda balik ke Malaysia tahun depan, tapi keadaan di Malaysia seakan tak membenarkan aku membuat pilihan demikian. Nenekku yang menantikan operation pada awal bulan 10 seperti menjadi penyebab untuk aku terpaksa balik ke Malaysia. Sebelum datang ke sini pun, aku tak berkesempatan bertemu dengannya, kerana aku mendapat berita bahawa aku diterima untuk melanjutkan pelajaran di bidang perubatan di Universiti Mansurah, Mesir seminggu sebelum fly ke sini.


Tapi, disini pula, tidak kurang juga tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Mereka yang masih tinggal disini hampir kesemuanya yang perlu mengambil peperiksaan semula. Siapa pula yang tinggal untuk menguruskan hal ehwal pelajar² lain? Bagaimana pula dengan pelajar baru yang dijangka sampai pada akhir bulan 9? Siapa yang akan mengambil berat hal ehwal mereka? Semoga segala perkara tersebut dipermudahkan Ya Rabb..


[sewaktu family day Perubatan Cawangan Mansurah 2007]

Muhasabah Cuti..Akal::Nafsu


Cuti musim panas masih lagi berbaki kurang dari 2 bulan. Pejam celik (2x) Tup Tap (2x) -kelipan mata kitaran bangun tidur- dah sebulan cuti ni dihabiskan di Mesir. Masih lagi perlu dimuhasabah, dah banyak mana masa yang dihabiskan untuk membuat aktiviti yang berfaedah. Kalaulah masa kosong tidak diisi dengan ketaatan kepada Allah, sudah tentulah masa tersebut dipenuhkan dengan kemaksiatan kepadaNya.


Tabiat biasa pelajar di Mesir, walaupun tak semua macam ni, tapi biasanya masa yang ada diisi dengan tengok movie - sumber yang mudah diperoleh, dari kawan² tak mengira sempadan Muhafazah (negeri). Kat sini diistilahkan sebagai "menyedut" kalau ambil dari orang lain . Dari internet pun memang berlambak untuk di'download' "menorrent". Dah puas tengok movie, layan game 'kejap' ( tak lebih 12 jam). Tak best kalau main sorang². Jadi terpaksa la cari partner nk main DoTA, Battlefield, CS dan game yang seangkatan dengannya.



Dah lesu mata menatap skrin komputer, biarkan ia berehat 'sebentar' dengan tidur..2 jam ke 3 jam...ke 4 jam..dan seterusnya, sampai la mata x larat nak ditutup. Uuh, perut dah berkeroncong sejak sebelum tidur lagi. Nak masak, malas pulak.. habis la masa nak tengok movie seterusnya. Keluar sekejap, beli IndoMee.. Huh..puas hati.. Cukup tak 24 jam dalam sehari buat benda-benda ni? ke nak tambah lagi? (Jadual di atas x mengira lagi kadar masa untuk surfing internet, chatting, jalan², window shopping dsb)

Apa yang dapat di sini? Baik balik Malaysia, boleh tolong mak bapak kat rumah. Banyakkah masa yang diberi sampai tak tahu nak buat apa? Sudah selesaikah tanggungjawab yang diamanahkan untuk memikirkan masa bersantai?. Bagaimana pula dengan diri ini.. Masih lagi mencari jawapan yang selayaknya diberikan berdasarkan amalan yang telah dilaksanakan.

Zikraa Isra' wal Mi'raj


REALITI PALESTIN HAK MILIK KITA (I)

Tanah Palestin, markaz pertarungan antara haq dan batil. Di sinilah berlakunya perpindahan tampuk kekuasaan daripada Israel laknatullah kepada umat Islam seluruhnya. Masih teringatkah kita di kala tentera Salib pernah menjajah tanah suci Palestin ini selama hampir 200 tahun, dan akhirnya, dibebaskan oleh Salahuddin Al-Ayyubi. Pernahkah kita diperdengarkan dengan kisah penjajahan Zionis selama lebih dari 60 tahun. Bahkan bukan setakat menjajah, malahan mereka berhasrat untuk memperkosa tanah yang berdirinya Masjidil Aqsa dengan dakwaan mereka bahawa ianya adalah tanah tempat berdirinya Haikal Sulaiman.

Percaya dan beramal dengan apa yang dipercayai.

Kita sebagai umat Islam, percaya dan yakin tanpa berbelah bagi bahawa Allah senantiasa memelihara para Solihin yang benar-benar berusaha mengembalikan Palesin ke tangan kita..tetapi, mestilah disusuli dengan jihad, amal, dan pengorbanan.

Bukankah kita pernah mendengar sabdaNya:

((Dan sesungguhnya Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis di dalam) Lauhul Mahfuzh, bahawa bumi dipusakai oleh hamba-hambaKu yang salih)) [al-Anbiya’ :21]

Ayat ini dikukuhkan lagi dengan hadis Nabi s.a.w:

((Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah orang-orang Islam memerangi orang Yahudi. Orang-orang Islam memerangi mereka menyebabkan orang Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok. Maka batu atau pokok berkata: Wahai orang-orang Islam! Wahai hamba Allah! Ada Yahudi di belakangku. Datanglah ke sini dan bunuhlah dia melainkan pokok yang berduri, kerana pokok itu adalah di antara pokok kaum Yahudi)) [Sahih Muslim:5203]





Memori::Lagenda

Raihan keluar album baru - mengolah kembali lagu yang pernah dinyanyikan sebelum ini dalam bentuk acapella

Nazrey Johani pun keluar album baru - juga menyanyikan kembali lagu yang pernah diterbitkan dalam album The Zikr - dan tajuk album tersebut diberi nama Memori TheZikr

Dalam album ini, lagu lama diolah sedikit sebanyak dan ada beberapa lagu di mana nazrey berduet dengan beberapa artis nasyid terkemuka tanah air seperti nasyid Secerah Pawana (SaffOne & Mestica), Tak Seindah Setuhan Mata (Saujana- tukar tajuk Sekeping Hati), Air Mata Keinsafan (Salleh Brotherz), Harapan padaMu Subur Kembali (Saujana), Mengemis Kasih (Raihan, Antara Dua Cinta (Raihan & Saujana) & Isteri Solehah (SaffOne).

Air Mata Keinsafan - Nazrey Johani ft Salleh Brotherz



Secara Kesimpulan, semua nasyid dalam album ni memang best.. mengingatkan kembali nostalgia lama, pertama kali diperkenalkan dengan kumpulan The Zikr waktu sekolah rendah lagi. Lagu paling minat waktu tu ialah Secerah Pawarna. Minat gile dengan lagu ni, tapi tak pernah tengok pun wajah penasyidnya. Bila Raihan keluar dengan album pertama, baru la kenal Nazrey Johani yang juga menjadi vokalis utama dalam kumpulan The Zikr.


Tak ketinggalan juga, seorang lagi penasyid solo yang sudah lama dalam industri muzik, siapa tak kenal Akhil Hayy. Kali ini beliau muncul dengan album baru bertajuk Nasyid Lagenda II. Kesinambungan dari yang pertama.

Untuk album ni, diambil dari kumpulan dulu-dulu( x berapa nak kenal). Tapi bagi sesiapa yang dah lama lahir dari aku, mungkin pernah mendengar lagu-lagu lama ni~. Jadi, tak banyak boleh nak komen..Dengar sendiri


Adam & Hawa - Akhil Hayy

Ni'mat:::Niqmat

Jika ditanya perbezaan antara kedua-dua perkataan ni. Mudah sahaja jawapannya. tanya budak darjah satu pun, mesti boleh jawab punye~ Perbezaan yang ketara sekali, sesiapa yang tak dapat jawab, maka sedarilah bahawa mereka harus masuk balik tadika belajar A,B,C Alif,BA,Ta, 1,2,3 Tentulah ejaan tak sama. Jadi, secara automatiknya mereka yang berfikir terkedepan sedikit mungkin memberi kesimpulan bahawa makna ke 2-2 perkataan pun lain.

Kalau la ditanya apa persamaan? Apa jawapan anda..? d
an sebelum menjawab, fikir elok-elok, sebab jawapan anda tu melambangkan tahap pemikiran anda. Semuanya adalah huruf dalam tulisan rumi - tahap pemikiran darjah satu. Advance sikit: Sebutan hampir sama...kalau sebut laju-laju, confirm tak boleh nak beza mana satu yang korang sebut. Dan bagi mereka yang mempraktikkan apa yang dipelajari waktu sekolah menengah, mereka pastinya menyatakan bahawa ke 2-2 perkataan ini berasal dari perkatan arab.

Perlu juga diambil perhatian dengan sebutan ini sebab dalam bahasa melayu tak ada huruf "Ain", Jadi perkataan Ni'mat disebut sebgai Nikmat (kat mesir ini, kalau tulisan arab di'english'kan, maka Huruf 'Ain diganti dengan 3. Cth: 'Amru Dhiab menjadi 3mru Dhiab).
Berjaga-jaga dengan dua perkataan ini, sebab ke 2-2 perkataan membawa maksud yang berlawanan. "Syukur atas Nikmat" sudah tentu membawa maksud yang lain dari menyebut dengan betul "Syukur atas Ni'mat". Kenapa?
Ni'mat (dgn huruf 3 di tgh2) = kurniaan, pemberian, rezeki,kebaikan, kebahagiaan,kegembiraan(Ini yg istimewanya perkataan arab. 1 perkataan membawa maksud yang pelbagai)

Nikmah (dgn huruf Qaf di tgh2)= Balasan dengan Seksaan, Balas Dendam
*Rujukan Kamus Tullab Arab - Melayu, Pengarang Ust. Hussain B . Unang, Cetakan 1994 Darul Fikir
Mana satu yang kita nak? Bersyukur dengan pemberian? Atau bersyukur dengan Seksaan?

Err..~tersasul pula membicarakan tentang 2-2 perkataan tersebut. Bukan niat untuk mebicarakan 2 perkara tersebut secara terperinci kerana tanpa ragu-ragu lagi jikalau dikira ni'matNya, sudah tentu tidak terhitung.


Minggu lepas, keputusan peperiksaan akhir tahun dikeluarkan. Hampir tidak percaya apabila diberitahu oleh kawan (dapat berita dari kawan arab laen) yang keputusan untuk tahun 2 sudah keluar.. Dengan penuh muka selamba (sbb tak percaya dan tak berapa yakin yang keputusan dah keluar) aku menapak ke Universiti. "Tahun lepas keluar akhir bulan 7, takkan la tahun ni, awal bulan 7 dah keluar, lagipun, tahun 3 habis exam dulu, takkan la keputusan tahun 2 yang keluar dulu..~" bisikku sendirian.


Penantianku berakhir apabila melihat natijah terpampang di papan kenyataan..
[Ini gambar yang aku ambil sehari selepas keputusan ditampal di papan kenyataan. Hari pertama, cermin tu masih putih lagi, tapi hari kedua, dah jadi macam tu..Siapa punya angkara? wallahu A'lam -Nama yang ada sengaja dikaburkan kerana keizinan belum diminta untuk mempamerkan markah diorang]


Alhamdulillah, meningkat dari tahun lepas.. Gembira sungguh..dapat la balik malaysia tahun nih~. Tapi ketenangan itu tak selamanya. Aku berfikir sejenak..Nikmatkah ini..?atau ianya istidraj
(pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya)..?. Mungkinkah ini terjadi padaku?
Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala
memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat
(durhaka),ketahuila h bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah
SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)


Menghitung kembali antara taat dan maksiat yang pernah aku lakukan, memuhasabah diri sejenak, sejauh mana telah kulaksanakan perintah dan kuabaikan suruhan.. Manakah yang telah kudahulukan? Adakah timbangan amal lebih berat dari bebanan dosa? Siapalah aku untuk menjawab soalan-soalan yang memerlukan pengetahuan ilmu ghaib - tentang pahala dan dosa- tersebut. Termasukkah aku dalam golongan yang mendapat Istidraj?. Yang aku pasti, taatku selama ini masih lagi tidakku yakini sama ada ianya diterima atau hanya sia-sia belaka. Dan aku jua yakini segala maksiat kepadaMu sudah tentu dikira di mizan sayyiaat tanpa sedikitpun keciciran.

Tapi, yang pasti, jangan pernah berputus asa dari rahmatNya yang luas. Ambillah pengajaran dari ni'mat yang diberikan. Nak tahu ianya istidraj atau tidak, lihatlah pada apa yang akan kita lakukan. Jikalau kita terus menerus dalam kemaksiatan, maka berjaga-jagalah dan beringatlah bahawa kita mungkin menilainya sebagai ni'mat, tetapi di sisiNya, ianya tidak lain dan tidak ubah melainkan untuk lebih menyesatkan kita...Wallahu A3lam.

::TerLengah+TerLalai=Terbengkalai::

Akhirnya diberi jua kesempatan seminit dua untuk meng'update' blog ni sementara menunggu berkumandangnya azan zohor menandakan solat jumaat. Kesempitan masa membataskan usaha mengupdate blog ini ditambah pula dengan kesibukan dan beberapa keperluan yang perlu diuruskan sebelum menghabiskan sesi pengajian tahun 2 2007/2008 di Universiti Mansurah. Minggu lepas, terpaksa berkejar ke Cairo untuk ke Malaysian Embassy menguruskan isu pertukaran kuliah. Isu yang sepatutnya diselesaikan pada tahun pertama lagi, tetapi disebabkan sini adalah Mesir, maka, tahun ni barulah Student Affairs kat Mansoura University mendesak supaya disettlekan secepat mungkin(padahal selama ni x bising² pun, bila nak habis tahun pengajian, baru timbulkan~timing baik punye..tunggu time exam, baru la orang cuak nk selesaikan cepat²) dan disertai dengan ugutan "Result x akan dikeluarkan kalau x selesaikan secepat mungkin". Separuh urusan dapat diselesaikan di Embassy. Terpaksa menunggu entah berapa lama untuk surat dikeluarkan oleh Idarah wafideen(Rujuk post sebelumnya). Kesian melihat Us. Yazit (pegawai yang menguruskan hal ehwal pelajar kat sini) yang terpaksa melayan kerenah Arab² Mesir ni.
[Surat yang dikeluarkan oleh Universiti Mansoura untuk diberi kepada Idarah Wafideen
melalui perantaraan Embassy Malaysia
~Nak dapat surat ni pun, sejam menunggu, keluar masuk pejabat die]

Perjalanan dari Mansoura ke Cairo memang banyak memberi pengajaran dan pengalaman baru. Perkara Biasa :Traffic Jam sebab kereta berhenti tgh2 jalan kerana kemalangan kecil(mungkin berselisih sikit), pemandu ke 2-2 kereta keluar, bertegang urat leher (kemungkinan besar tangan akan digunakan. orang yang terasa bersalah akan cuba menahan tumbukan bertubi-tubi), orang berkerumun, "Sollu Ala Nabi!!"(dialog biasa meleraikan pergaduhan), selesai, masuk balik kereta masing², perhimpunan haram(x dapat permit@x ada polis kawal) dengan sedikit keganasan (perang mulut, siapa paling banyak hujah dan suara kuat ada kemungkinan menang. Kalau menggunakan tangan, ianya dikira sebagai satu kelebihan menandakan orang yang menumbuk itu kemungkinan x bersalah) bersurai. Satu fenomena yang biasa dilihat.

Tapi kali ini, perkara tersebut tidak mungkin terjadi, kerana ke 2-2 tubuh manusia tersebut terlantar kaku di tengah jalan diselimuti kain. Melihat sendiri depan mata, menyedarkan aku dan penumpang tremco yang lain akan saat kematian yang akan kunjung tiba, tidak mengira masa, atau sejauh mana persediaan kita. Pengakhiran yang baik? atau ianya menjemput ketika kita bergelumang dengan maksiat. "Inna Lillah wa Inna Ilaihi Rajiuun" Hampir serentak kami yang berada dlm tremco melafazkan kalimah tersebut - daripada Allah kita datang, dan hanya kepadaNya kita kembali.