Thank you!

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Minimal Design

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Download high quality wordpress themes at top-wordpress.net

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Easy to use theme admin panel

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Hypocrite::HyperCreate v1

Hypo @ Hyper..?

Hypo: Prefix denoting deficient, below normal


Hyper: Excessive, above normal; opposite of hypo-


Tetapi disebabkan perkataan hypocrite bukanlah dari 2 gabungan perkataan yang berbeza (hypo+crite) untuk memberi makna 'kurang crite' (atau mungkin kurang criteria..?). Sukar untuk difahami. Makanya, mungkinkah ianya ditukar menjadi Hypercreate (banyak membuat-buat) supaya generasi selepas ini tak perlu bersusah payah membelit lidah sambil membuka kamus apabila membaca perkataan tersebut.



Kita tinggalkan dulu persoalan permainan bahasa. Ada sesuatu yang lebih penting.



Lumrah alam manusia, tak terkecuali juga alam jin.. terdapat 2 golongan makhluk di dunia. Baik atau buruk. 2 pengakhiran di akhirat. Syurga atau neraka. tiada antara keduanya. Tidak pelik dikatakan golongan buruk pastinya bencikan golongan baik, dan sebaliknya golongan baik tidak akan suka kepada golongan yang jahat.


Well, pergilah mana2 forum dalam internet nih surely you'll come across topics that will relate to religion n race macam tutup aurat, zina, minum arak, solat, cina rajin, melayu malas... bla bla bla.. kan? kan? And kebanyakan komen-komen dan perbincangan yang di utarakan my instinct always told me that these ppl adalah manusia-manusia hipokrit yang tunjuk baik dalam forum tapi realitinya? Cuma Tuhan saja lah tahu... Like berzina itu haram. Well, yeah it is HARAM in any religion dan yang berforum tu beriya-iyalah tunjuk baik padahal dia pun buat jugak, main dgn gf, one night stand... bla bla bla.. Like tutup aurat.. pompuan yang tak tutup aurat ni tak tahu jaga maruah lah, itu lah ini lah but... these forumers yang berlagak baik cari jugak pompuan2 begini lagi parah siap hunting dalam clubbing...

dari Forum KataRemaja




Mana mungkin yang jahat bekerjasama dengan orang baik membuat kejahatan ataupun golongan jahat menyetujui dan merelakan kebaikan yang dibuat oleh golongan yang baik. Masakan tidak, kalaulah mereka setuju, pastilah mereka akan dihalang dari membuat kejahatan yang menjadi ciri-ciri mereka mendapat status golongan jahat.



Tapi tak dinafikan, di antara golongan tersebut ada mereka yang sentiasa berbolak-balik dalam 2 golongan tersebut. Manusia bukan malaikat yang tak pernah berbuat kesalahan, jauh sekali bercita-cita untuk menjadi syaitan yang tak mungkin terlintas di fikiran untuk berbuat baik. Walhal iman pun bertambah dan berkurang, inikan pula tabiat manusia yang terzahir dari keimanan.



Bagaimana pula mereka yang jahat cuba membuat kebaikan, ataupun yang baik cuba membuat kejahatan. Golongan apa pula mereka ini? Hipokritkah kedua-duanya..? atau yang pertama sahaja layak dengan gelaran tersebut. Sedangkan yang kedua ada istilah lain untuk mereka..tapi apakah..?


Hypocrite




Wikipedia


act of pretending to have beliefs, opinions, virtues, feelings, qualities, or standards that one does not actually have. Hypocrisy typically comes from a desire to mask actual motives or feelings, or from a person's inability to conform to standards they espouse.


Merriam-Webster

1 : a person who puts on a false appearance of virtue or religion
2 : a person who acts in contradiction to his or her stated beliefs or feelings

Dictionary Reference

a person who pretends to have virtues, moral or religious beliefs, principles, etc., that he or she does not actually possess, esp. a person whose actions belie stated beliefs.



Secara kesimpulannya, mereka ini bolehlah dikenali sebagai orang yang berpura-pura, menzahirkan sesuatu yang bukan sifat sebenar mereka. Mungkin yang jahat berpura menjadi baik, ataupun sebaliknya, yang baik berlakon menjadi jahat.



Apakah pula istilah islamiknya..?Mungkinkah boleh digolongkan situasi pertama di atas tadi sebagai golongan munafiq, dan situasi kedua sebagai golongan fasiq..? Mungkin betul, dan mungkin juga salah, sesiapa yang arif dengan istilah-istilah serta selok belok bahasa Arab itu sendiri, harap dapat perbetulkan kalau ianya tidak tepat.

"Orang yang tulis blog memang hipokrit, tulis benda yang baik je, benda yang buruk tak nak tulis pulak..Nak suruh orang nampak dia baik sangat la tuh..Padahal kat luar, cakap tak serupa bikin.."

Silap la kalau nak menilai dan menghukum orang dengan blognya. Yang beralasan dakwah, teruskan.. Manusia tak ada kuasa mempersoalkan niat atas kebaikan yang korang lakukan. Sedangkan malaikat tak tahu apa niat perkara yang kita lakukan, inikan pula manusia.


Alasan dakwah adalah sampah..? menyuruh orang membuat baik, padahal diri sendiri 2x5 je..?. Itu muhasabah diri sendiri. Mungkin sahaja suatu ketika, iman di tahap yang tinggi, maka segala kebaikan ingin disebarkan. dan mungkin juga tiba-tiba iman berada di tahap yang rendah, maka kebaikan tersebut ditinggalkan. Di masa yang sama mereka sekeliling yang kenal dengan blogger tersebut melihat kontra pada apa yang ditulis, maka jatuhlah tuduhan hipokrit kepada si penyebar kebaikan.


Dakwah(secara jelas) + hipokrit(secara sangkaan) = sampah


padahal tak sedar yang berburuk sangka(hati) + mengumpat(perbuatan) = sampah-sarap²



Banggakah agaknya mendedahkan keburukan diri sendiri..?


Neutralisasi::Persepsi




Salam,mlm ni jam 9 free x?,
rumah tu ada masalah dgn tuan rumah.
bleh x ko dtg skali mlm ni,bincng dgn baba tu?
snang sket sbb ko yg wat akad ritu kn..

Mesej tersebut benar-benar membantutkan perancangan aku. Kalau ikutkan hati ingin sahaja aku abaikan mesej tersebut. Tapi aku terasa seperti bersalah. Kalau aku teruskan perancanganku untuk malam tersebut, terasa macam melarikan diri dari tanggungjawab.

"Kitorang kena bayar untuk cat rumah ni LE1000," rungut seorang pelajar. "Padahal sepatutnya, tuan rumah yang bayar duit tu, sebab teruk rumah dia ni nak bagi kitorang sewa" sambungnya lagi.

Aku memikirkan sejenak, bukan ingin membantah, cuma mencari penyelesaian terbaik untuk tuan rumah dan bakal penyewa rumah.



"Tapi kan, korang yang minta untuk dicat, jadi korang la yang kena bayar.." Aku membalas.

Menurut tuan rumah, sebenarnya kos mengecat adalah LE2000, tetapi disebabkan dia ingin memudahkan mereka yang ingin masuk ke rumah itu, maka dia hanya meminta LE 1000 sahaja. Memang bagi aku, nilai tersebut tidak lojik kerana sangat mahal. Tapi aku sendiri tak pernah ada pengalaman mengupah orang mengecat rumah. Tak selayaknya untuk membangkang, tanpa memberi alternatif harga yang patut dibayar. Tapi untuk minta dikurangkan, ianya boleh dibawa berbincang.

"Rumah ni memang teruk, memang sepatutnya, baba yang cat. Bilik belakang tu, bertompok-tompok dinding dia..macam mana kitorang nak tinggal dengan keadaan macam tu..?" dia cuba membela tindakannya.

Aku senyap seketika. Ini belum masuk rumah lagi, dah bermacam-macam suara tak puas hati dan rungutan diterima. Macam mana la nanti masalah yang akan timbul bila duduk lagi setahun kalau nak ikutkan akad yang telah dibuat.

Tuan rumah yang berada bersama kami hanya mendiamkan diri, tidak faham dengan bahasa pertuturan mereka. Dia membiarkan kami berbincang sebelum menyampaikan apa-apa yang masih tidak memuaskan hati mereka.

"Baba ni asyik minta duit kitorang je, bulan lepas punya sewa, kitorang dah bayar, tapi tak dapat masuk rumah ni lagi. Pastu minta pula tambahan untuk cat ni. Duit yang kitorang bagi hari tu entah-entah baba guna untuk buat rumah baru dia, bukan nak siapkan keperluan untuk rumah ni.." Nadanya semakin dikuasai emosi.

Aku tersentak. Kalaulah tuan rumah boleh faham bahasa melayu, sudah tentu mereka akan dihalau ketika itu juga.

"Mana tahu duit yang korang bagi, baba guna untuk buat rumah dia..? Aku cuba menyoal kembali. Berat tuduhan tersebut. Meskipun tuan rumah tidak memahami, tapi kalau beginilah persepsi mereka terhadap tuan rumah, maka selepas ini, semakin buruk sangkaan dan tuduhan mereka.



Aku tak nafikan, bila bermuamalah dengan arab, kita seringkali dihantui dengan perangai mereka yang mata duitan, kuat menipu, dan sebagainya. Cerita keburukan mereka amat mudah tersebar, hinggakan lenyap terus sisi kebaikan mereka, dipukul rata dengan kesalahan segelintir yang lain.

Tak salah untuk berjaga-jaga, tapi, untuk menghukum mereka atas kesalahan yang dilakukan oleh orang lain sebangsa dengan mereka, ataupun kesalahan yang pernah dilakukan oleh mereka, maka itu tak sepatutnya terjadi. Mana tahu Allah telah memaafkan dosa mereka yang terdahulu. Tapi bila kita yang bersangka buruk dengan mereka, secara mudah sahaja kita melambakkan dosa untuk diri sendiri.

"Tiada kesatuan tanpa kasih-sayang, dan serendah-rendah kasih sayang adalah berlapang dada, dan setingi-tingginya adalah martabat Itsar (mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri)"
ISHAB

Kita sering salah sangka, tanpa disedari, membezakan bangsa walhal tak pernah merasakan persamaan agama. Berlapang dada bukan perkara yang mudah. Lagi-lagi dengan mereka yang pada pandangan kita berbeza bangsa. Padahal berlapang dada adalah kepada mereka yang sama agama.



Minda kita telah disematkan dengan cerita keburukan, jadi semua perkara nampak dari sudut negatif. Perbuatan pula mentafsir minda, maka buruklah lakunya, mencemikkan muka, meninggikan suara, hinggakan mengeluarkan kata kesat di depan mereka dengan anggapan mereka tidak faham bahasa kita. Tapi kita lupa, riak muka kita menceritakan apa yang berlegar dalam minda.


Jernihkan minda, bersihkan hati. Jangan terlampau dikuasai emosi. Bersosial dengan arab memang menuntut sedikit kesabaran. Kesabaran kita mempertahankan hujah menyebabkan mereka akhirnya akan mengalah, kalau kita bercakap dengan bahasa diplomasi, bukan dengan nada pemberontak.

Mengenang::Jasamu

Teringat nostalgia lama.. ketika aku masih lagi bersekolah di sekolah rendah. Keinginan yang ingin dipenuhi menyebabkan aku sanggup menipu ibu bapa aku. Tidak perlu berfikir panjang, hanya sedikit helah untuk melepaskan diri dari halangan yang dihadkan oleh ibu bapa aku.



Situasinya mudah, aku ingin pergi melihat konsert bersama abang aku. Cuma, kalau aku minta izin untuk pergi dengan si B, pastinya hajat itu tak kesampaian, kerana mak aku kenal siapa si B itu dan susah untuk memberi kepercayaan untuk aku berkawan dengannya. Sementara aku dengan si A agak baik hubungannya antara emaknya dan emakku. Maka dengan memberi alasan aku pergi dengan si A, maka mudahlah tercapai hasratku tanpa banyak soal.


Abangku sendiri pun tidak mengetahui rancangan aku hinggalah ketika dalam perjalanan dibonceng dengan berbasikal, aku menerangkan padanya. Dia pun pada mulanya agak ragu-ragu, tapi setelah aku memberi sedikit keyakinan, maka dia pun menukar haluan kayuhan basikal ke rumah si B untuk meneruskan perancangan. Cukup seronok malam itu. Yelah, pertama kali dapat keluar malam dengan kawan-kawan, tengok konsert pula tu, sampaikan tidak sedar hari sudah larut malam.

* * * * *

Tapi libasan rotan yang diterima menyebabkan pengalaman tersebut masih lagi terlekat dalam ingatan. Kerana ayah yang merotan, bukan emak seperti selalunya. Nak membandingkan mana yang lebih sakit, tentunya sukar untuk diberi keputusan, tapi untuk membandingkan mana yang paling memberi kesan, sudah tentulah libasan rotan ayah. Kerana jarang dapat aku lihat reaksi mukanya sebegitu. Hanya emak yang bersuara memarahi kami. Ayah hanya duduk di sisi merenung kami. Kami pula hanya tunduk diam membisu seribu bahasa, tiada apa yang perlu dijelaskan, kerana kesalahan telah terbukti. Kami akur.




Itulah ayah. Kurang bersuara, tapi bila tiba masanya, pastinya ia akan menghasilkan kesan yang amat mendalam. Beliau tidak banyak bercakap mahupun menceritakan kisah hidupnya sebelum ini. Hanya emak yang membuka cerita. Itupun kadangkala ayah akan menyampuk, menafikan apa yang emak ceritakan. Kami adik-beradik hanya tersenyum melihat mereka berdua. Lucu melihat tanggapan yang kadangkala berbeza antara kedua-duanya.


Aku sendiri jarang bercakap dengan ayah, mungkin kerana tak banyak kuantiti masa bersamanya. Bukan bermakna beliau sibuk hinggakan mengabaikan anak-anaknya, cuma beliau tidak sempat untuk mengambil tahu hal ehwal anak-anaknya yang 11 itu. Pernah beberapa kali beliau ditawarkan untuk naik jawatan seperti yang diceritakan oleh emak, tetapi beliau akan menolaknya kerana beliau sedar, jawatan yang lebih tinggi bermakna kuantiti komitmen kepada kerjanya pasti melebihi kuantiti komitmen kepada anak-anak.



Kini kami sudah menginjak dewasa, sudah tahu berfikir baik dan buruk. Maka kuranglah perlunya tumpuan kepada kami berbanding ketika kami kecil dahulu. Tapi, keperluan untuk menyara kehidupan kami semakin bertambah. Maka beliau rela menerima tawaran kenaikan pangkat untuk menampung perbelanjaan seharian. Mungkin beliau agak sibuk berbanding sebelum ini dengan meeting, outstation , training dan sebagainya. Tapi kami faham keadaannya.


Yang paling aku kagum pada beliau ialah sikap berpadanya. Hinggakan aku sendiri segan meminta daripadanya melebihi keperluan. Bayangkan pekerja bawahannya memakai kereta mewah seperti perdana, civic, merc, naza ria dan sebagainya, tapi beliau hanya menaiki kereta Iswara ke tempat kerja. Itupun kereta yang dipasang dengan tong NGV untuk menjimatkan perbelanjaan minyak saban hari berulang alik ke pejabat. Kadang-kadang aku tersenyum sendirian memikirkan gelagat beliau. Biarlah apapun tanggapan orang, asalkan ianya ada nilai di sisi Allah.



Amat besar pengorbanannya tak mampu dinilai. Mustahil juga untuk dibalas dengan ucapan mahupun perkara kebendaan. Dialah satu-satunya dan selamanya menjadi kebanggaan di hati ini. Semoga hari-hari mendatang yang akan ditempuh menambahkan lagi perasaan kasih sayangku kepadanya..amiin


Perancangan::Gagal


Minda masih sedar, tapi buat-buat tak sedar, usia sudah menginjak ke tahun yang ke 22 hidup ini diteruskan di atas muka bumi. Terima kasih kerana mendoakan kebaikan untuk saudara seIslammu yang lain. Semoga doa yang dipanjatkan, diterima dan dikabulkan untuk mereka yang mendoakan, dan orang yang didoakan.

Teringat lagi sewaktu kita bersama berkumpul di sebuah rumah, dimulakan dengan taaruf ringkas, sedikit pengisian perut, dan selepasnya semua yang ada dikehendaki menjawab soalan yang diutarakan oleh sahabat lain secara jujur meskipun soalan tersebut ialah soalan yang sensitif. Dengan syarat, perbualan hanya di situ sahaja, tidak perlu untuk dibuka cerita tersebut di luar rumah. Untuk kita saling mengenali sahabat kita dari sisi yang lain.


Dan seperti biasa, junior pastinya akan menanyakan kepada senior soalan famous yang entah kita sendiri teragak-agak utuk memberi jawapan yang pasti. Ditelan mati bapa, diluah mati emak. Tersepit antara 2 jawapan yang dihasilkan dari satu persoalan. Memberi jawapan bagai memberi kata putus untuk sesuatu. Lagi-lagi kalau ianya bersangkut paut dengan kehidupan serta perancangan di masa hadapan. Kita merancang, Allah jua yang menetapkan sesuatu berdasarkan perancanganNya.

Tapi, ditakdirkan jua, perancangan itu tidak terlaksana seperti mana yang aku jangkakan kesudahannya. Perancangan 5 tahun dahulu, pastinya akan berubah seiring dengan peningkatan usia, dan sejauh mana tahap pemikiran kita. Kalau dulu semasa kecil bercita-cita menjadi askar atau polis, tapi semakin meningkat usia, cita-cita tersebut semakin menghilang dan berubah berdasarkan persekitaran dan pengaruh luaran..



"Bila nak kahwin..?", tanya seorang sahabat. Sudah diagak persoalannya. Pastinya berkisar pada perkara yang sensitif bagi sesetengah orang. Aku hanya tergelak kecil. Diam seketika, cuba juga untuk mengelak memberi jawapan.
Soalan tersebut diulang sekali lagi. Beria-ia nampaknya orang yang bertanya tersebut. Macam dia pula yang nak jadi saksi ataupun pengapit bila waktunya tiba nanti. Aku sendiri tak pasti apa jawapan yang ingin diberikan.
"nantilah sampai masa..", jawabku ringkas, tak mahu memanjangkan cerita. Aku tahu jawapan ini akan mengundang persoalan yang lain. Jawapan yang diberi terlampau subjektif.
Menunggu sampai masa..?Bila sampai masa..? Macam mana nak tahu dah sampai masa..?
Aku tinggalkan persoalan tersebut untuk difikirkan jawapannya, kerana setiap seorang pastinya ada tahap nilaian bilakah tiba masanya, berdasarkan perancangannya tersendiri. Menunggu matang kata orang. tapi, dari sudut manakah kematangan itu dinilai? Umur..? Pengalaman..?

Kematangan tahap pemikiran kita adalah sejauh mana kita berusaha menyelesaikan permasalahan yang timbul dari konflik yang terhasil dalam kehidupan seharian. Dari situlah kita menilai tahap pemikiran. Kalaulah seharian masih memikirkan movie apa yang hendak ditonton, game apa lagi yang hendak dihabiskan, mana lagi tempat nak berjalan-jalan mengisi masa cuti, maka selayaknya, elok tinggalkan dulu soal ingin berkahwin kerana inginkan kehidupan yang lebih terurus. Tahap pemikiran hanya menyelesaikan konflik bosan sendirian di samping masa yang terluang tidak ketahuan apa yang perlu dilakukan.

Jadi, apakah yang idealnya menjadi pendorong untuk membina mahligai perkahwinan..?.
Anda sendiri ada jawapanya, kerana anda yang memikirkan untuk diri anda sendiri, bukan orang lain. Aku sendiri teragak untuk menulis kerana aku sendiri masih diselubungi masalah diri sendiri, belum lagi mampu memikirkan masalah masyarakat dan membuat sesuatu untuk menyelesaikannya. Sibuk dalam dunia sendiri. Kalaulah peringkat individu muslim masih lagi jauh untuk digapai, tak perlu tergesa-gesa melompat ke peringkat rumahtangga muslim dengan harapan selesai masalah individu muslim.

Yang penting, kita ada pendirian dan cara penyelesaian yang tersendiri, bukan hanya sekadar pak turut yang mengikut setiap jejak langkah orang lain tanpa mengetahui apa rasionalnya. Tapi jangan diabaikan perancangan. Tetapkan matlamat, dan usaha-usaha untuk mencapai matlamat tersebut.

(Terpanjang pula rasanya post ini, lain sebenarnya yang ingin dutarakan, tapi lain pula yang ditekankan. adeh..)



Kepada yang akan melangsungkan perkahwinan, antaranya akh izzat kamal (x diumumkan lagi~), akh farhan, akh zaizul, dan akh salman, tahniah diucapkan. Anda telah melangkah lebih jauh dalam bidang dakwah ini. Semoga anak-anak yang dilahirkan dapat menyambung langkahan yang telah dimulakan oleh orang-orang terdahulu.

MinHu::Bihim::Ilaina





"Slm akhi, berikan ana sedikit kata2 nasihat....kekadang diri terasa x kuat..kalau blh sms supaya ana dpt baca nnt2."
C.Saif +20119211383

Berulang kali aku membaca mesej tersebut. Timbul rasa kekesalan dalam diri kerna terlupa untuk bertanya khabar, apatah lagi untuk bersua muka, mencuba memahami kesedihan yang dirasai oleh mereka yang terlibat dalam peristiwa tersebut. Bukan mudah untuk menerima hakikat, lebih-lebih lagi kalau perkara tersebut disandarkan sebabnya kepada kita. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Meskipun takdirnya dari Allah, tapi diri ini pastinya diselubungi kesalahan. Itu normal. Tapi di sebalik perkara yang telah terjadi, lahir hikmah yang tersembunyi, yang menjadi punca kebaikan untuk diri sendiri dan orang lain. Pengalaman yang pahit menjadi pengajaran yang manis untuk dikongsi bersama.



Allah masih sayangkan kita. Dibiarnya kita leka, dibiarnya kita alpa, meneruskan rutin kehidupan. Semakin lama semakin terpesong dari landasan. Sesuatu perlu diubah. Tapi bila..? Diujinya sedikit dengan masalah peperiksaan, ketika itulah kaki semakin diringankan menuju ke masjid, tubuh ditenangkan dengan bangun malam dan solat hajat. Tapi itu masih tidak cukup. Mungkinkah terhenti bila tamatnya peperiksaan nanti?. Masih ada lagi yang perlu terjadi.

Badan terasa kurang sihat. makan tak lalu, tidur tak lena. Cuba untuk menelaah pelajaran. Fizikal semakin lemah. Fikiran semakin runsing. Tumpuan menghilang. Lenyap selera mengulangkaji, meskipun sedar peperiksaan semakin menghampiri. Ketika ditarik nikmat, ketika itulah terasa syukurnya apa yang pernah kita ada. Doa dipanjatkan memohon dikembalikan nikmat kesihatan. Semakin bertambah rasa pergantungan. Tapi, terasa seperti masih ada kekurangan. Di mana ya..?

Keputusan peperiksaan diumumkan. Ah.. keluhan terhembus dari mulut. Tiada siapa mahukan kegagalan. Tidak dapat balik awal kerana terpaksa menduduki peperiksaan untuk kali kedua. Hilang selera bercuti. Buku-buka yang sudah siap dibungkus kemas di atas almari terpaksa diselongkar satu-persatu. Tong sampah dikeluarkan semula isinya mencari saki baki nota yang masih tersisa. Peritnya belajar dari kegagalan. Tapi, ianya tak selamanya. Ianya adalah kejayaan yang ditangguhkan seketika hingga tiba masa kita bersedia menerimanya.



Kesalahan mengajar pelbagai erti kehidupan. Tapi, segalanya adalah demi mengharap habuan di dunia yang menjadi jambatan ke syurga. Dan mungkin juga, setelah hilang segala kesalahan dan kelemahan serta kekurangan tersebut, kita kembali semula kepada rutin kehidupan yang selama ini cuba diubah.



Tajuk berita tersebut dibaca sekali lalu. Timbul sedikit kekesalan atas apa yang berlaku. Saudara seIslam dibunuh dengan kejam, tapi mereka beruntung, kerana dijemput dalam keadaan yang baik. Permulaan yang baik pasti kesudahannya juga sesuatu yang baik. Ya, ianya permulaan kepada alam akhirat. Pengajaran yang timbul dalam diri kita hanya sebentar. Kurang mendapat tempat dalam fikiran dan semakin lama, ianya menghilang.


Kesannya kini lebih mendalam. Orang yang dikenali ditimpa musibah. Suatu pengajaran yang paling berharga dari kematian, untuk orang yang masih dikurniakan kesempatan berubah dalam kehidupan. Perginya di kala kita semua masih memerlukannya. Bukan kita sahaja, tetapi masyarakat Islam seluruhya. Dalam usaha memantapkan diri berkhidmat kepada masyarakat, dia dipanggil menyahut seruanNya, Bukan dengan seruan Azan, tetapi dengan kedatangan malaikat yang datang mencabut nyawa. Allah lebih menyayanginya, melebihi sayang kita kepadanya.



Terasa bagai ditampar, tapi seketika kemudian, hilang rasa sakitnya. Mungkin tidak cukup penangan tamparan tersebut. Daya tamparan cuba dikuatkan. Kini hidung pula yang memberi respons mengeluarkan darah. Tapi ianya tidak lama, cukup beberapa minit, kering darah tersebut. Lupa semula penangan tamparan tadi. Apa lagi yang perlu dibuat untuk menyedarkan..?. Sedikit tidak mencukupi agaknya. Tamparan demi tamparan dilepaskan. Kulit tidak mampu lagi menahan sengsara. Hancur luluh lapisan luar menampakkan daging yang masih merah bersalutkan darah. Ah..pedihnya.. Meskipun sekian lama kesan tamparan tersebut bukan dalam bentuk kesakitan, tetapi kesan tamparan yang meninggalkan parut itu masih dapat dirasai, mengulang kembali nostalgia kesalahan yang pernah dilakukan sehingga ditampar sebegitu rupa.

((Orang yang cerdik adalah mereka yang menghitung amalan diri mereka sendiri dan melakukan setiap sesuatu untuk selepas matinya. Manakala orang yang cuai pula adalah mereka yang mengikut hawa nafsunya, tetapi dalam masa yang sama mengharapkan berbagai anugerah dari Allah))
Hadis nabi s.a.w

Peringatan untuk diri sendiri yang sentiasa leka dan terlupa
DariNya, Melalui mereka, Untuk kita

Gosip::Cafe





Seluar slack hitam yang sudah siap digosok kusarungkan pada kaki. Kemudian, aku mencapai kopiah yang baru dibasuh di atas ampaian. Kusarungkan ia di kepala, menutup sebahagian rambutku untuk dipadankan dengan baju melayu brunei putih. Ada gaya macam ustaz. Misinya - outing di hujung minggu. Tapi gaya pakai macam nak pergi kelas agama. Tapi aku tak kisah itu semua. Ada plan B.



Urusan keluar masuk tidak semudah disangka. Pemeriksaan pakaian, kad nama, stokin, kasut dan yang paling penting iaitu kopiah. Mesti lengkap. Kalau ada kekurangan, alamatnya, tak dilepaskan oleh warden biar apapun hajat ketika itu.

Duduk di kawasan sekolah yang dikelilingi hutan mungkin agak membosankankan bagi sesetengah orang. Di kiri kawasan perkuburan, di belakang pula ada tanah yang sedang diusahakan, entah apa yang akan dibangunkan aku pun tidak pasti. Di hadapan pula bangunan separa siap dan padang tempat bermain bola sepak saban petang. Pagar pun macam nak tak nak je. Kalau ada pun, mungkin untuk menghalang babi hutan atau binatang-binatang peliharaan penduduk kampung dari masuk menggangu konsentrasi pemain bola.



Tapi jiwa muda memberontak untuk keluar dari kawasan yang dulunya dianggap penjara itu. Perjalanan 7 km ke jalan utama Machang-Kota Bharu menaiki basikal selama lebih kurang 30 minit sanggup diredahi. Asal dapat keluar.



Ya..keluar..bebas seketika..dalam batasan yang ada. Walaupun dengan had masa yang diberikan, tapi nafsu ini pasti meminta lebih dari apa yang diberi. Jauh dari ustaz, jauh dari sekolah, jauh dari tekanan pelajaran, terasa seperti baru terlepas dari kekusutan. Dan peluang hendaklah digunakan sebaiknya. Perancangan juga telah disusun serapi mungkin bersama teman sekepala.

Tiba di pekan Ketereh, aku merayau di pasar minggu sebentar. "Masih awal lagi" bisikku sendirian. Janji berjumpa di tempat tersebut pada pukul 11 pagi. Masih berbaki setengah jam. Perkara pertama yang mesti dilakukan, beratur untuk mengeluarkan duit dari ATM BSN. Kemudian menjenguk ke kedai komik, mencari keluaran terbaru untuk diseludup ke dalam asrama menjadi bacaan teman-teman yang lain. Hidup berjemaah la agaknya fikiran waktu tu.

Kopiah putih sudah lama aku sisipkan dalam kocek. Baju melayu brunei ini pula hanya menunggu masa untuk disalin dengan baju t-shirt. Teknik penyamaran untuk mengelakkan dikesan oleh pihak berwajib (kakitangan sekolah). Masa sudah hampir menunjukkan pukul 11. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan, memastikan tiada siapa yang ku kenal di sekeliling. Risau juga kalau mereka ternampak aku dan melaporkan perbuatan aku ini kepada ustaz. Nahaslah nanti kalau sampai balik ke sekolah..

Setelah yakin tiada siapa melihat. Lantas kakiku dijejakkan ke anak tangga. Satu demi satu sambil tangan kelam kabut menyalin baju yang dipakai. Tiba di tangga terakhir, aku kini dengan pakaian t-shirt dan berseluar slack, ala-ala budak sekolah menengah yang lain.

No. 9. Ujarku kepada penjaga kaunter. Dia mengangguk. Lantas kakiku dipercepatkan ke meja nombor 9. Kerusi ditarik dan aku terduduk puas. Kawanku sejak tadi lagi menunggu. Khusyuk sangat hinggakan tak sedar kehadiranku di sisinya.
"Eh..awalnya kau sampai..training nak kalahkan aku ke..?" aku menyapa
Dia hanya tersenyum.
"Kita tengok nanti.."
Lantas tanganku mencapai tetikus dan menklik ikon
"Counter Strike"
Perjuangan bermula..
______________________________________________________________________

Ustaz Akhil Hayy, nama yang tidak asing lagi dari persada seni dan dakwah tanah air. Penampilannya yang bersahaja amat disukai oleh remaja. Tapi kebelakangan ini, makin banyak (atau makin diperbesarkan..??) isu yang timbul tentang dirinya. Terasa macam luput habis kebaikan yang pernah dibuat sebelum ni. Lenyap dek umpatan atau istilah komersialnya gosip oleh mereka-mereka yang ingin menghangatkan dada-dada akhbar.

Kenapa hingga begitu sekali..?. Aku bukanlah taksub dengannya, Jauh sekali ingin mengangkatnya. Cuma kadangkala terasa seperti tidak adil kalaulah hanya kerana berita yang buruk tentangnya tersebar, walaupun bukan keluar dari mulutnya sendiri, tapi ia menjadi penyebab untuk orang tidak menerimanya. Tapi, dari situ juga aku sedar kenapa perlunya menjaga penampilan.

Biarlah banyak mana kebaikan yang dibuat. Tapi mungkin disebabkan iman yang tiba-tiba terkurang, maka maksiat yang tidak biasa dilakukan, dipertontonkan pula pada khalayak ramai, maka tenggelam habis segala perkara baik yang dilakukan. Manusia..mudah menghukum dari menilai, tak semena-mena dan tanpa disuruh menjatuhkan hukuman walhal hanya Allah sahaja yang layak memberinya kerana hanya Dia tahu apa yang bersarang di sudut hati manusia yang tersorok dari pandangan yang lain.

Dan antara kaedah menjaga penampilan ialah dengan menjaga pemakaian. Apa guna berkopiah tapi mengacau anak dara orang, berjubah tapi terkinja-kinja bila melihat artis yang diminati membuat persembahan. Mungkin tidak masuk akal dan tak dibuat oleh orang yang waras, tapi ianya tidak mustahil untuk terjadi.

Dan sebenarnya, pemakaian mempengaruhi gerak-geri kita. Dan aku pernah merasainya. Kalaulah kita memakai kopiah di kepala, tak tergamak rasanya nak buat benda maksiat di khalayak ramai. Biarpun sekadar untuk masuk cyber cafe. Tapi dalam hati ada perasaan bersalah meskipun tiada kesalahan yang kita buat. Tapi kerana menjejakkan kaki ke kawasan yang dipandang serong oleh sesetengah orang, maka kita akan berasa serba salah dan pastinya kita cuba hilangkan rasa serba salah dengan usaha menghilangkan punca rasa bersalah itu.





Cafe Akhil Hayy S02E05

S02E05
Type : .avi
Size : 107MB (113159850 bytes)
Media Length : 00:27:59
Video Size : 608 x 416 (AR 1:1)
Video: MPEG4 Video (H264) 608x416 23.98fps [Stream 00]
Audio: MPEG Audio Layer 3 22050Hz stereo 96Kbps [Stream 01]


Mediafire Part 1

Mediafire part 2

Credit to Dimensi at Jiwang Torrent

::UnknowNymous::

Ibarat membaling batu Sembunyi tangan


Kalau nak kasar sikit


macam menyepak orang sembunyi kaki


cumanya tak ada dalam skema dan kalau buat dalam karangan maka boleh ditolak markah anda.

Kalau macam jahat tak boleh blah mungkin boleh guna


Seperti membaling bom, lepas tu sorok sebelah batu


Tapi itu kalau jahat.

macam mana kalau baik pula..?


Beri tangan kanan, tangan kiri tak tahu..


Agak mustahil berlaku kalau difikirkan secara lojik.

Mungkin juga boleh guna simpulan bahasa tadi cuma di ejas (adjust) atau oter (alter) sikit tetapi masih lagi tidak terdapat dalam skema


Ibarat memberi makanan menyembunyikan baunya






Tapi itu bukan isunya. Walaupun siapapun anda yang suka menggelarkan diri sebagai anonymous, maka anda secara automatik telah menandatangani perjanjian untuk dilayan secara anonymous.



Dulu dalam pelajaran matematik atau matematik tambahan mahupun fizik yang melibatkan kira-kira, aku paling suka nak mengetahui apa itu anu a.k.a unknown a.k.a x. suatu kepuasan kalau dapt jumpa apa itu x, terasa berbaloi penat lelah membuang masa mencari hakikat x itu. Perasaan ingin tahu tu yang menjadi motivasi menyelesaikan permasalahan dan kerumitan.



Tapi itupun setelah diketahui hint atau klu yang jelas melalui permasalahan yang timbul

2x + 4 = 6

maka x=1

Mudah je

cuba kalau datang plak unknown yang lain

2x + 2y = 6

mungkin rumit sedikit

ada 2 kemungkinan akan berlaku

x=2,y=1

atau

x=1,y=2

maka tak salah kalau kita menganggap kedua-dua jawapan mempunyai kebarangkalian yang sama

cuba kalaulah tak diberi klunya

x + y = z

maka ikut suka hati anda nak memasukkan apa-apa nombor, asalkan jawapannya bersamaan dengan z



Jauh melalut nampaknya. Tapi itulah karakter unknown a.k.a anonymous. Terpulang sama ada anda ingin menyelesaikannya, atau anda membiarkannya begitu tanpa apa-apa penyelesaian.



Unknown dalam matematik ada hadnya. Macam mana pula dengan dunia internet yang kononnya tiada sempadan. maka pelbagai tafsiran boleh berlaku. Kadang-kadang kehadirannya membawa penyelesaian, tetapi sebaliknya juga boleh berlaku, dan ianya lebih dominan berbanding yang pertama.



Aku secara jujur lebih menghargai kehadiran mereka. Mereka yang melihat dari sudut yang berbeza, dan kebiasaannya merekalah pembangkang kepada apa idea yang kita tonjolkan.



Orang yang kita kenal selaku kawan kita selalunya akan menyanjung dan memuji kita walau apapun yang kita lakukan. Kalau perkara salah pun, mereka hanya berdiam diri..dakwah secara hikmah..pelan-pelanlah..sikit-sikitlah..antara alasan yang diberikan.



Lain pula dengan musuh kita. segala kekurangan akan dicanangkan. Malah mungkin hingga menghendap celah kain dan membesarkan sekecil-kecil kelemahan untuk menampakkan kesalahannya macam membunuh orang yang tak berdosa. (Macam dalam politik ke ni..? – tiada ulasan)



Dalam dunia memblog mahupun forum, unknownymous mungkin agak berleuasa walaupun aku sendiri kurang menghadapinya. Tapi melihat kepada blog sahabat-sahabat yang lain terutama yang nampak macam menyimpang sedikit pemikiran mereka daripada typical malaysian thinking, maka makin banyaklah kadar lawatan anonymous dan yang lantang sikit pastinya akan meninggalkan jejak di shoutbox atau ruang mengomen.



Biasanya pemilik blog atau mereka yang berbahas dalam forum tersebut akan cuba mempertahankan hujah mereka hinggalah sampai satu masa carutan-carutan dan perkataan kurang elok akan dilemparkan. Tak sihat untuk orang yang meluahkan, mahupun kepada pembaca.



Aku sendiri kalau ikutkan perasaan, sakit hati melihat orang mengomen tentang keburukan kita atau membangkang pendapat kita diruang yang boleh dilihat oleh semua orang. Tapi apa pula sepatutnya respons atau tindak balas yang patut kita berikan..?



treat anonymous anonymously.

Bukanlah kita mengabaikan kehadiran mereka, tapi jadikan apa yang mereka ungkapkan sebagai satu muhasabah untuk diri kita. tak usah berperang dengan mereka kerana masing-masing ingin tegakkan hujah masing-masing dan secara automatik menutup ruang menerima pendapat yang lain. Terasa diri sendiri betul dan orang lain salah.



Hinggalah tiba di tahap kronik di mana kita sangat-sangat ingin tahu siapa itu anonymous hinggakan kita berburuk sangka dengan mereka dan menuduh mereka tanpa usul periksa. Tak pasal-pasal menambah lambakan dosa yang dah sedia ada.




Pengakhirannya, anda bertanggungjawab atas apa yang anda lafazkan atau tuliskan. Dan kepada persatuan unknownyous tak berdaftar, ingatlah yang segala apa yang kita lakukan tak pernah terabai dari pandanganNya. Berfikirlah sebelum memberi ulasan dan bertanggungjawablah atas komplikasi yang akan timbul disebabkan apa yang anda ucapkan.. Hadis nabi s.a.w menyatakan ((…Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik, atau senyap))


Cafe Akhil Hayy::S02E04


S02E04
Type : .avi
Size : 108MB (114137382 bytes)
Media Length : 00:28:14
Video Size : 608 x 416 (AR 1:1)
Video: Xvid 608x416 23.98fps [Stream 00]
Audio: MPEG Audio Layer 3 22050Hz stereo 96Kbps [Stream 01]
Download Part 1


S02E03
Type : .avi
Size : 104MB (109480028 bytes)
Media Length : 00:27:10
Video Size : 608 x 416 (AR 1:1)
Video: Xvid 608x416 23.98fps [Stream 00]
Audio: MPEG Audio Layer 3 22050Hz stereo 96Kbps [Stream 01]
(p/s:Audio tak berapa clear..)

Credit to Dimensi from torrent.jiwang

Tenanglah::Hati

“Weh..sengih memanjang je aku tengok kau waktu keluar tadi..Mesti soalan senang kan..?” Roma cuba memancing aku inginkan respons tentang soalan Pharma tadi. Aku senyap. Tak mahu memberi apa-apa respons. Biarlah apa yang orang kata. Kalau aku terangkan pun, bukannya orang lain boleh faham. Aku menyimpul sendirian. Aku cuba mengembalikan persoalan kepadanya “ Kalau aku buat muka sedih, boleh tambah markah ke..?”.


Photo0261

______________________________________________________________




“Alamak..banyak lagi tak study..exam dah dekat nih” seorang sahabat merungut. “Ha..mulalah nak psycho tuh..padahal dah berapa kali ulang dah tuh..” jawab seorang yang lain. “Study tak tidur tu..bangun pagi je, terus menghadap buku..” ahli rumahnya pula menyampuk. Sahabat yang merungut tadi terus senyap. Menyesal kerana membuka cerita.


_______________________________________________________________


“Sempat ke nak habis baca ni..? Belajar pun tak habis lagi…” adu seorang sahabat. “Erm..aku rasa macam tu jugak. Tapi ada masa lagi. kalau asyik fikir macam ni, sampai bila tak selesai masalah. Jom study..”


______________________________________________________________


“Apasal aku tengok kau relax je..?dah habis baca ke..?” tanyanya kepadaku. “Habis tu, takkan nak gelabah..?'” aku cuba memahamkan perkara sebaliknya. “Takdelah, risau juga sebab tak habis baca lagi..” dia membalas. Dengan selambanya aku menjawab “takpe, Dr tak tanya pun soalan nih..”


______________________________________________________________


IMAG0166


Beberapa situasi yang biasa aku lalui bila tiba musim imtihan. Fikirlah apa jawapan yang terbaik untuk anda menghadapi rakan-rakan sebelum anda menghadapi peperiksaan itu sendiri. Terkadang masalah boleh jadi ringan kalau kawan sekeliling memahami, dan mungkin juga masalah semakin kronik hinggakan terasa menyesal memberitahu sahabat lain akan tekanan yang dihadapi.



Semuanya bergantung kepada individu itu sendiri, perbuatan dan perkataan yang zahir adalah refleksi dari dalaman iaitu hati. Mungkin dengan meluahkan, terasa ringan sedikit bebanan yang dihadapi, dan mungkin juga berlaku sebaliknya.



Yang penting, kita ada Allah untuk diadukan segala permasalahan. Mungkin sukar ditenangkan hati dengan bacaan Al-Quran ataupun ibadah-ibadah sunat yang lain kerana iman yang masih lemah. Tapi cubalah meminta dengan senantiasa berdoa kepadaNya agar sentiasa ditenangkan hati dan fikiran.



Photo0295