Thank you!

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Minimal Design

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Download high quality wordpress themes at top-wordpress.net

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Easy to use theme admin panel

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Terima Kasih Semua

Makanan 1st batch

Dengan ini dirasmikan pengambilan makanan untuk sesi pertama..






Antara yang awal hadir..

Pah mengintai peluang menambah makanan.
Taqi hanya mampu menggeleng kepala melihat gelagatnya


"Eh..kenapa perut ni macam meronta-ronta lagi..?Jom lagi seround.."
(sambil mengajak orang lain menemaninya makan)

"Sian kau makan sorang-sorang, meh sini aku temankan.."


"Ini baru kali ke 2..~"

"Sila-sila...jangan segan-segan, buat macam rumah sendiri..
layan diri sendiri"

Sesi makan bermula

"Beratur dalam satu barisan semua.."

"Sorang-sorang ye..jangan berebut..semua dapat.."

Chef di dapur sudah risau..
"Cukup ke tak nih..?"

Sesi makan diteruskan..

"Alamak..terkantoi pulak makan lebih.."

Acara beratur masih diteruskan


"Kawal sikit nafsu makan tu..agak-agak la,
kitorang yang beratur ni pun nak makan gak.."


Sesi ramah mesra sambil makan


"Mana makanan nih..?" (dengan nada kecewa)


Ketua Unit Pembangunan Insan menjenguk anak buah


Ketua Unit Ekonomi sempat mempromosi barang-barang jualannya


Ketua Unit Sukan dan Aktiviti Luar menyampaikan
sedikit taklimat tentang adab-adab menziarahi rumah orang
dan adab-adab makan


Ketua Unit Perumahan berkongsi pengalaman mencari rumah
kepada pelajar-pelajar junior

Tersandar keletihan menghadam makanan


Tetamu setia..Nantikan hingga ke penghujung program


"Hehe.."

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut, suka hati...

Menanti di luar sambil mendengar pengisian dari abang senior

Kena beratur lagi..

"Eh, mana meenya..?takkan makan polisterin cicah kari je..?

3 batch serangkai

"Cop 2x..nak tanya, boleh tapau tak..?"

"Sluurrrppp"

"Nak tambah 2 kali lagi boleh tak..?

Merah menyala semangat waja..
Tetamu jauh dari dirasat menempuh halangan laluan jalan Istad yang sibuk
(Al-Ahly vs Mansurah)
Sampai jua akhirnya..


Chef jemputan beraksi

Ada muka-muka yang sama dari tadi..?

"Hingga menjilat jari.."

"Teman ustaz Salman makan ni...jangan pikir bukan-bukan.."

"Ah..tidak..."

Tetamu terakhir

Makanan dibungkus untuk diagihkan..
Common sense la kan..
Takkan jiran menghidu bau makanan je sebab tak dapat datang?

Jutaan terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir menghabiskan makanan yang kami sediakan
Ribuan kemaafan kalau ada kekurangan dan kelemahan sepanjang korang berada di rumah kami

Semoga rumah terbuka sempena Syawal dan raya puasa 6 ini diterima oleh Allah sebagai pemberat mizan hasanat di akhirat kelak.

Penghargaan khas kepada kawan-kawan yang menolong menjayakan dari awal majlis sehingga pengakhiran, bermula dari meniup telur untuk mengeluarkannya dari kulit, memformat komputer, mengusung kipas, menunggu tremco ke gamaah, menjadi musyrif, memasak mee, menumpangkan tempat untuk orang solat, membeli bahan masakan, menyediakan khidmat delivery ke rumah dan pelbagai lagi perkara pelik yang dilakukan. Meskipun nampak kecil, tapi kerana perkara kecil inilah menghasilkan sesuatu yang besar.

Juga kepada jiran kami, Aniq, yang sudi menumpangkan tempat untuk memasak dan secara tak langsung menolong kami memasak untuk meringankan sedikit bebanan tukang masak sedia ada. Terima kasih semua!!

[Caption yang tertulis di bawah gambar tiada kaitan dengan gambar yang dipaparkan, kalau adapun, ianya adalah kebetulan yang disengajakan]

Taufan::Tohmah

Matanya masih lagi merenung tepat ke skrin komputer riba sambil tangannya memulas roda tetikus. Silauan cahaya dari skrin komputer 13 inci itu dibiarkan menusuk bebola matanya. Matanya masih tidak berkelip membaca setiap patah perkataan yang tertera di hadapannya. Artikel tersebut benar-benar menarik perhatiannya. Digagahkan juga dirinya membaca hingga ke pengakhiran.

"Menarik.." getus hatinya. Sudah lama dia menunggu peluang ini melihat sendiri tohmahan yang dilemparkan. Kini ianya terbukti di hadapan skrin, disebarkan ke seluruh pelosok tempat melalui dunia tanpa sempadan. Tapi entah bagaimana pula kebenaran situasi yang terjadi di depan mata. Ataukah ianya sekadar tuduhan liar memperlihatkan kebenaran yang mereka bawa dengan menghentam mereka yang tidak sealiran dengan mereka?



Isunya sudah lama berzaman, tapi sentiasa diulang-ulang agar ianya nampak relevan, terutamanya buat para pelajar yang baru berpijak sementara di bumi berkat ini. Tak kurang juga beberapa isu baru yang ditimbulkan. Mana mungkin tersilap langkah sedikit, pastinya akan diperbesarkan dan dihebahkan atas alasan mencegah munkar. Habis satu dunia dijajanya dengan cerita yang entah di mana hujung pangkalnya, entah ke mana pula kebenarannya. Hanya bersandar telahan hati dan sangkaan-sangkaan liar tanpa niat mencerahkan kekaburan sebelum mendatangkan penyelesaian. Mungkin penyebaran keburukan yang dilakukan oleh orang lain adalah penyelesaian yang paling berkesan?.

Puncanya masih kabur, kebenarannya masih lagi samar-samar, sumbernya masih lagi belum dapat dipastikan dari mana, tapi cepat saja ianya diisukan. "Mereka ini memang kerjanya mencari kesalahan orang je ke..?" Hatinya mula menyangka yang bukan-bukan. Kalaulah bukan kerana dia sendiri yang mengalami isu yang ditimbulkan, sudah tentulah mudah sahaja dia mempercayai segala tohmahan yang dilemparkan.

"Apakah yang wajar dilakukan olehnya..?, menangkis tohmahan atau membiarkannya tersebar tanpa sebarang penjelasan..?". Azree semakin berasa serba salah. Boleh sahaja dia membela diri. Tapi, selesaikah masalah?

"Ah..perkara sama yang berlaku, letih sahaja menjawab, mereka hanya nak membenarkan perlakuan mereka, bukannya menerima kebenaran yang kita cuba perjelaskan.." Dia sudah serik. Buang masa sahaja melayan mereka. Alih-alih, kerja yang patut dibuat terbengkalai, dek melayan kerenah mereka membalas-balas kenyataan rasmi. Kebenaran hanya pada mereka. Mana mungkin mereka mengiktiraf kebenaran dari pihak lain.

"Tapi, takkanlah diam membisu seribu bahasa.? Kata orang, berani kerana benar, takut kerana salah. Kalaulah aku senyap jer, mungkinkah orang akan menganggap aku takut memberi penjelasan kerana berbuat kesalahan..?" Dia semakin keliru. "Tidak ada langsungkah peluang menjelaskan keadaan sebenar membela diri..?", hatinya menimbulkan persoalan.

Akalnya ligat memikirkan penyelesaian terbaik. Manakah antara keduanya yang paling kurang memberi kesan buruk jika dia diberi peluang untuk memilih?. Azree semakin buntu..


Dakwat::Umat

Hibrul Ummah Edisi Khas Ramadhan Edisi Pertama





[Klik pada gambar untuk pembesaran yang lebih menyihatkan mata untuk dibaca]


Hibrul Ummah Edisi Khas Ramadhan Edisi Kedua




Hibrul Ummah Edisi Khas Ramadhan Edisi Ketiga





Hibrul Ummah Edisi Khas Ramadhan Edisi Keempat




Hibrul Ummah Edisi Khas Ramadhan Edisi Kelima





Hibrul Ummah Edisi Khas Ramadhan Edisi Keenam








Disebabkan tajuknya adalah dakwat umat atau terjemahannya yang lebih dikenali sebagai Hibrul Ummah, kenapa tidak dipulangkan semula kepada mereka.
Yang baik hanya dari Allah taala yang Maha Sempurna, dan yang buruk disandarkan kepada manusia yang lemah
Terbitan Unit Pembangunan Insan, PERUBATAN Cawangan Mansurah 08/09 sempena program Balighna Ramadhan 09


Taksiran

Azan baru sahaja berkumandang menandakan tibanya waktu solat. Manusia semakin ramai memasuki perkarangan masjid. Aku masih lagi tercegat di luar, sambil meninjau keadaan sekeliling. Ada sesuatu yang menarik perhatian. Di satu sudut, kelihatan ramai wartawan mengerumuni seseorang. Video kamera yang tersandang di bahu mereka menyukarkan aku melihat kelibat orang yang ditemuramah itu.

Perasaan ingin tahu datang, lantas kakiku melangkah menghampiri mereka. Lagaknya seperti seorang syeikh. Jambangnya panjang disikat kemas. Jubahnya putih bersih, serta raut wajahnya yang seakan bercahaya membenarkan telahan aku tadi. Aku cuba menyelit di celah mereka, ingin tahu apa yang sedang berlaku.

"Adakah benar syeikh akan meninggal sebentar nanti..?" Tanya seorang wartawan. Syeikh itu terdiam seketika. Kemudian beliau mengangguk. "Ya.." Jawabnya ringkas. Aku mula merasakan sesuatu yang pelik sedang berlaku. Bagaimana seseorang itu boleh mengetahui ajalnya sedangkan ianya adalah rahsia tuhan. Mungkinkah ianya firasat mukmin..?

Lamunanku terhenti bila seorang wartawan lain mencelah dengan soalannya. " Bagaimana syeikh tahu yang sebentar nanti syeikh akan meninggal..?". Syeikh tadi tidak menjawab. Mungkin ada sesuatu yang ingin dirahsiakan. " Saya akan meninggal sejurus saya selesai menghabiskan khutbah di mimbar sana", beliau cuba mengalihkan perhatian daripada menjawab soalan tersebut seraya menunjukkan ke mimbar yang terletak di hadapan ruang solat. Lantas, syeikh tersebut meminta diri untuk menjalankan tanggungjawabnya. Kakinya dilangkah gagah menuju ke tempat kematiannya, bagaikan tidak sabar menanti panggilan tuhannya.

Aku pula masih terpinga-pinga, cuba memahami apakah yang tersirat di sebalik pengakuannya sebentar tadi. Hatiku ingin tahu kesudahannya lantas kakiku diayunkan mengikut arah tuju syeikh tadi. Langkahku terhenti bila sampai ke pintu masjid. Kelihatan ramai orang beratur untuk memasuki ruang solat utama. Pelik.. tidak pernah rasanya ada peraturan untuk berada dalam satu barisan sebelum masuk masjid. Aku hanya akur tanpa banyak bersoal. Mungkin juga mereka seperti aku, inginkan kepastian, tapi disebabkan jumlah manusia yang tidak terkawal, maka satu barisan diwujudkan untuk menjaga ketenteraman, tingkahku sendirian.

Di hujung sana kulihat beberapa orang polis mengawal ketat para muslimin yang ingin memasuki masjid. Lagaknya seperti memeriksa penumpang yang ingin memasuki kapal terbang. Aku kehairanan. "Apakah sebenarnya yang ingin mereka lakukan..?..Apa tujuan mereka memeriksa seketat itu..?". Aku cuba memasang telinga mendengar perbualan mereka di bahagian hadapan.

Anggota polis tersebut semakin menghampiri tempat aku berdiri. Mendengar perbualan mereka dengan beberapa orang di hadapan menyebabkan aku panik. Mereka sebenarnya sedang memeriksa para jemaah yang memiliki alat elektronik yang mungkin digunakan untuk membunuh syeikh tadi. Aku terkesima. Kenapa perlu dicari sebab kematian meskipun kita sedia maklum ianya adalah disebabkan oleh tibanya ajal..?. Adakah mereka ingin mencari sesuatu untuk disandarkan menjadi sebab kematian..?.

Aku teringat handphoneku yang berada di dalam poket. Tak mustahil mereka akan menyangkakan ianya akan dijadikan sebab syeikh itu meninggal-kerana dibunuh oleh satu panggilan telefon yang bertukar kepada suatu siri pengeboman. Aku semakin panik. Kalau aku tiba-tiba keluar barisan, pasti mereka akan mencurigai sesuatu. Tetapi, kalaulah aku hanya diam kaku membiarkan mereka menjalankan tugas, pastinya aku akan terus dimasukkan ke dalam bilik bawah tanah sementara menanti penjelasan. Aku pasrah.

Di kala hatiku semakin gundah tatkala polis tersebut menghampiri aku, tiba-tiba, terdengar hiruk pikuk dari kawasan luar masjid. "Israel menyerang!!, Israel menyerang!!" beberapa teriakan kedengaran. Orang ramai berlarian di perkarangan masjid. Keadaan menjadi kelam kabut. Nun jauh di hadapan, aku lihat beberapa buah kereta berperisai menghampiri kawasan masjid. Bunyi dentuman bom berselang seli dengan bunyi desiran peluru membelah angin.

Aku masih tercegat di situ. Orang sekeliling sudah bertebaran mencari perlindungan. Tapi, kakiku bagaikan dipaku ke tanah, amat berat untuk berganjak. Seluruh badan pula terasa amat berat untuk digerakkan. Aku hanya mampu melihat keadaan sekeliling yang semakin tidak terkawal.. Mungkinkah tiba masanya tubuh ini dimamah peluru yang tidak kenal mangsanya..?.

Di satu sudut, aku melihat sebuah kereta berhias bergerak menghampiri tempatku berdiri. "Takkanlah masa ni mereka nak buat persembahan kemerdekaan..?" Hatiku mendengus. Di atas kereta tersebut, beberapa orang yang aku amat kenali berdiri tegak. Segak pakaian mereka. Di hadapan mereka berkibar beberapa bendera lambang kumpulan mereka. Aku kenal setiap lambang tersebut. Takjub kerana mereka mampu bersatu atas isu ini, tetapi terkilan, kerana tergenggam erat di tangan mereka bukanlah senapang mahupun pelancar roket, tetapi setiap seorang mereka memegang mikrofon sambil melaungkan seruan, mengutuk serangan yang dilancarkan oleh zionis. Tetapi, seruan mereka tenggelam dek hiruk pikuk manusia sekeliling yang sedang mencari perlindungan.

Kereta itu meluncur perlahan meninggalkan tempat tesebut. Sangkaanku mereka akan berhadapan dengan zionis, tapi ianya meleset sama sekali. Seinci zionis ke hadapan, seinci jua mereka mara ke belakang. Aku hanya menjadi pemerhati, tak mampu bersuara. Ingin mengutuk, akupun apa lebihnya berbanding mereka. "Mungkin ada maslahah yang lebih besar yang ingin dijaga.." fikirku cuba berbaik sangka.

Di kala itu, aku terdengar seruan berjihad menentang zionis. Beberapa pemuda siap dengan kelengkapan perang meluru ke bahagian pintu pagar masjid untuk memulakan serangan. Pintu pagar dibuka memberi ruang mereka berkumpul di bahagian luar untuk mengatur strategi. Aku kini tersepit antara 2 keadaan. Adakah aku perlu menyertai mereka untuk berperang, ataupun berundur sementara dengan memberi keuzuran, jihadku adalah dengan menyambung pelajaran.

Seruan itu tidak lama, tiada masa untuk berfikir 2 kali. Antara menyahut, atau mengabainya. Tiada ruang untuk pilihan ketiga. Desiran roda pintu pagar yang ditutup mematikan peluang yang terbuka luas sebentar tadi. Keraguanku menyebabkan hilang lenyap peluang yang ada. Tinggallah aku terkapai-kapai tidak tahu apa yang patut dilakukan.

Sayup suara kedengaran memanggil namaku dari belakang. Aku menoleh, terjaga dari lamunanku sebentar tadi. "eh..kenapa tidur kat bawah ni..? tidurlah kat atas katil ini.." suara tadi menyambung. Lenyap terus situasi sebentar tadi. Yang ada di sekeliing hanyalah kegelapan bilik dan bunyi kipas yang berputar. Aku terjaga.
Masih adakah lagi masa berehat..?
Sudah bersediakah menghadapi kematian..?

Hypocrite::HyperCreate v1

Hypo @ Hyper..?

Hypo: Prefix denoting deficient, below normal


Hyper: Excessive, above normal; opposite of hypo-


Tetapi disebabkan perkataan hypocrite bukanlah dari 2 gabungan perkataan yang berbeza (hypo+crite) untuk memberi makna 'kurang crite' (atau mungkin kurang criteria..?). Sukar untuk difahami. Makanya, mungkinkah ianya ditukar menjadi Hypercreate (banyak membuat-buat) supaya generasi selepas ini tak perlu bersusah payah membelit lidah sambil membuka kamus apabila membaca perkataan tersebut.



Kita tinggalkan dulu persoalan permainan bahasa. Ada sesuatu yang lebih penting.



Lumrah alam manusia, tak terkecuali juga alam jin.. terdapat 2 golongan makhluk di dunia. Baik atau buruk. 2 pengakhiran di akhirat. Syurga atau neraka. tiada antara keduanya. Tidak pelik dikatakan golongan buruk pastinya bencikan golongan baik, dan sebaliknya golongan baik tidak akan suka kepada golongan yang jahat.


Well, pergilah mana2 forum dalam internet nih surely you'll come across topics that will relate to religion n race macam tutup aurat, zina, minum arak, solat, cina rajin, melayu malas... bla bla bla.. kan? kan? And kebanyakan komen-komen dan perbincangan yang di utarakan my instinct always told me that these ppl adalah manusia-manusia hipokrit yang tunjuk baik dalam forum tapi realitinya? Cuma Tuhan saja lah tahu... Like berzina itu haram. Well, yeah it is HARAM in any religion dan yang berforum tu beriya-iyalah tunjuk baik padahal dia pun buat jugak, main dgn gf, one night stand... bla bla bla.. Like tutup aurat.. pompuan yang tak tutup aurat ni tak tahu jaga maruah lah, itu lah ini lah but... these forumers yang berlagak baik cari jugak pompuan2 begini lagi parah siap hunting dalam clubbing...

dari Forum KataRemaja




Mana mungkin yang jahat bekerjasama dengan orang baik membuat kejahatan ataupun golongan jahat menyetujui dan merelakan kebaikan yang dibuat oleh golongan yang baik. Masakan tidak, kalaulah mereka setuju, pastilah mereka akan dihalang dari membuat kejahatan yang menjadi ciri-ciri mereka mendapat status golongan jahat.



Tapi tak dinafikan, di antara golongan tersebut ada mereka yang sentiasa berbolak-balik dalam 2 golongan tersebut. Manusia bukan malaikat yang tak pernah berbuat kesalahan, jauh sekali bercita-cita untuk menjadi syaitan yang tak mungkin terlintas di fikiran untuk berbuat baik. Walhal iman pun bertambah dan berkurang, inikan pula tabiat manusia yang terzahir dari keimanan.



Bagaimana pula mereka yang jahat cuba membuat kebaikan, ataupun yang baik cuba membuat kejahatan. Golongan apa pula mereka ini? Hipokritkah kedua-duanya..? atau yang pertama sahaja layak dengan gelaran tersebut. Sedangkan yang kedua ada istilah lain untuk mereka..tapi apakah..?


Hypocrite




Wikipedia


act of pretending to have beliefs, opinions, virtues, feelings, qualities, or standards that one does not actually have. Hypocrisy typically comes from a desire to mask actual motives or feelings, or from a person's inability to conform to standards they espouse.


Merriam-Webster

1 : a person who puts on a false appearance of virtue or religion
2 : a person who acts in contradiction to his or her stated beliefs or feelings

Dictionary Reference

a person who pretends to have virtues, moral or religious beliefs, principles, etc., that he or she does not actually possess, esp. a person whose actions belie stated beliefs.



Secara kesimpulannya, mereka ini bolehlah dikenali sebagai orang yang berpura-pura, menzahirkan sesuatu yang bukan sifat sebenar mereka. Mungkin yang jahat berpura menjadi baik, ataupun sebaliknya, yang baik berlakon menjadi jahat.



Apakah pula istilah islamiknya..?Mungkinkah boleh digolongkan situasi pertama di atas tadi sebagai golongan munafiq, dan situasi kedua sebagai golongan fasiq..? Mungkin betul, dan mungkin juga salah, sesiapa yang arif dengan istilah-istilah serta selok belok bahasa Arab itu sendiri, harap dapat perbetulkan kalau ianya tidak tepat.

"Orang yang tulis blog memang hipokrit, tulis benda yang baik je, benda yang buruk tak nak tulis pulak..Nak suruh orang nampak dia baik sangat la tuh..Padahal kat luar, cakap tak serupa bikin.."

Silap la kalau nak menilai dan menghukum orang dengan blognya. Yang beralasan dakwah, teruskan.. Manusia tak ada kuasa mempersoalkan niat atas kebaikan yang korang lakukan. Sedangkan malaikat tak tahu apa niat perkara yang kita lakukan, inikan pula manusia.


Alasan dakwah adalah sampah..? menyuruh orang membuat baik, padahal diri sendiri 2x5 je..?. Itu muhasabah diri sendiri. Mungkin sahaja suatu ketika, iman di tahap yang tinggi, maka segala kebaikan ingin disebarkan. dan mungkin juga tiba-tiba iman berada di tahap yang rendah, maka kebaikan tersebut ditinggalkan. Di masa yang sama mereka sekeliling yang kenal dengan blogger tersebut melihat kontra pada apa yang ditulis, maka jatuhlah tuduhan hipokrit kepada si penyebar kebaikan.


Dakwah(secara jelas) + hipokrit(secara sangkaan) = sampah


padahal tak sedar yang berburuk sangka(hati) + mengumpat(perbuatan) = sampah-sarap²



Banggakah agaknya mendedahkan keburukan diri sendiri..?


Neutralisasi::Persepsi




Salam,mlm ni jam 9 free x?,
rumah tu ada masalah dgn tuan rumah.
bleh x ko dtg skali mlm ni,bincng dgn baba tu?
snang sket sbb ko yg wat akad ritu kn..

Mesej tersebut benar-benar membantutkan perancangan aku. Kalau ikutkan hati ingin sahaja aku abaikan mesej tersebut. Tapi aku terasa seperti bersalah. Kalau aku teruskan perancanganku untuk malam tersebut, terasa macam melarikan diri dari tanggungjawab.

"Kitorang kena bayar untuk cat rumah ni LE1000," rungut seorang pelajar. "Padahal sepatutnya, tuan rumah yang bayar duit tu, sebab teruk rumah dia ni nak bagi kitorang sewa" sambungnya lagi.

Aku memikirkan sejenak, bukan ingin membantah, cuma mencari penyelesaian terbaik untuk tuan rumah dan bakal penyewa rumah.



"Tapi kan, korang yang minta untuk dicat, jadi korang la yang kena bayar.." Aku membalas.

Menurut tuan rumah, sebenarnya kos mengecat adalah LE2000, tetapi disebabkan dia ingin memudahkan mereka yang ingin masuk ke rumah itu, maka dia hanya meminta LE 1000 sahaja. Memang bagi aku, nilai tersebut tidak lojik kerana sangat mahal. Tapi aku sendiri tak pernah ada pengalaman mengupah orang mengecat rumah. Tak selayaknya untuk membangkang, tanpa memberi alternatif harga yang patut dibayar. Tapi untuk minta dikurangkan, ianya boleh dibawa berbincang.

"Rumah ni memang teruk, memang sepatutnya, baba yang cat. Bilik belakang tu, bertompok-tompok dinding dia..macam mana kitorang nak tinggal dengan keadaan macam tu..?" dia cuba membela tindakannya.

Aku senyap seketika. Ini belum masuk rumah lagi, dah bermacam-macam suara tak puas hati dan rungutan diterima. Macam mana la nanti masalah yang akan timbul bila duduk lagi setahun kalau nak ikutkan akad yang telah dibuat.

Tuan rumah yang berada bersama kami hanya mendiamkan diri, tidak faham dengan bahasa pertuturan mereka. Dia membiarkan kami berbincang sebelum menyampaikan apa-apa yang masih tidak memuaskan hati mereka.

"Baba ni asyik minta duit kitorang je, bulan lepas punya sewa, kitorang dah bayar, tapi tak dapat masuk rumah ni lagi. Pastu minta pula tambahan untuk cat ni. Duit yang kitorang bagi hari tu entah-entah baba guna untuk buat rumah baru dia, bukan nak siapkan keperluan untuk rumah ni.." Nadanya semakin dikuasai emosi.

Aku tersentak. Kalaulah tuan rumah boleh faham bahasa melayu, sudah tentu mereka akan dihalau ketika itu juga.

"Mana tahu duit yang korang bagi, baba guna untuk buat rumah dia..? Aku cuba menyoal kembali. Berat tuduhan tersebut. Meskipun tuan rumah tidak memahami, tapi kalau beginilah persepsi mereka terhadap tuan rumah, maka selepas ini, semakin buruk sangkaan dan tuduhan mereka.



Aku tak nafikan, bila bermuamalah dengan arab, kita seringkali dihantui dengan perangai mereka yang mata duitan, kuat menipu, dan sebagainya. Cerita keburukan mereka amat mudah tersebar, hinggakan lenyap terus sisi kebaikan mereka, dipukul rata dengan kesalahan segelintir yang lain.

Tak salah untuk berjaga-jaga, tapi, untuk menghukum mereka atas kesalahan yang dilakukan oleh orang lain sebangsa dengan mereka, ataupun kesalahan yang pernah dilakukan oleh mereka, maka itu tak sepatutnya terjadi. Mana tahu Allah telah memaafkan dosa mereka yang terdahulu. Tapi bila kita yang bersangka buruk dengan mereka, secara mudah sahaja kita melambakkan dosa untuk diri sendiri.

"Tiada kesatuan tanpa kasih-sayang, dan serendah-rendah kasih sayang adalah berlapang dada, dan setingi-tingginya adalah martabat Itsar (mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri)"
ISHAB

Kita sering salah sangka, tanpa disedari, membezakan bangsa walhal tak pernah merasakan persamaan agama. Berlapang dada bukan perkara yang mudah. Lagi-lagi dengan mereka yang pada pandangan kita berbeza bangsa. Padahal berlapang dada adalah kepada mereka yang sama agama.



Minda kita telah disematkan dengan cerita keburukan, jadi semua perkara nampak dari sudut negatif. Perbuatan pula mentafsir minda, maka buruklah lakunya, mencemikkan muka, meninggikan suara, hinggakan mengeluarkan kata kesat di depan mereka dengan anggapan mereka tidak faham bahasa kita. Tapi kita lupa, riak muka kita menceritakan apa yang berlegar dalam minda.


Jernihkan minda, bersihkan hati. Jangan terlampau dikuasai emosi. Bersosial dengan arab memang menuntut sedikit kesabaran. Kesabaran kita mempertahankan hujah menyebabkan mereka akhirnya akan mengalah, kalau kita bercakap dengan bahasa diplomasi, bukan dengan nada pemberontak.

Mengenang::Jasamu

Teringat nostalgia lama.. ketika aku masih lagi bersekolah di sekolah rendah. Keinginan yang ingin dipenuhi menyebabkan aku sanggup menipu ibu bapa aku. Tidak perlu berfikir panjang, hanya sedikit helah untuk melepaskan diri dari halangan yang dihadkan oleh ibu bapa aku.



Situasinya mudah, aku ingin pergi melihat konsert bersama abang aku. Cuma, kalau aku minta izin untuk pergi dengan si B, pastinya hajat itu tak kesampaian, kerana mak aku kenal siapa si B itu dan susah untuk memberi kepercayaan untuk aku berkawan dengannya. Sementara aku dengan si A agak baik hubungannya antara emaknya dan emakku. Maka dengan memberi alasan aku pergi dengan si A, maka mudahlah tercapai hasratku tanpa banyak soal.


Abangku sendiri pun tidak mengetahui rancangan aku hinggalah ketika dalam perjalanan dibonceng dengan berbasikal, aku menerangkan padanya. Dia pun pada mulanya agak ragu-ragu, tapi setelah aku memberi sedikit keyakinan, maka dia pun menukar haluan kayuhan basikal ke rumah si B untuk meneruskan perancangan. Cukup seronok malam itu. Yelah, pertama kali dapat keluar malam dengan kawan-kawan, tengok konsert pula tu, sampaikan tidak sedar hari sudah larut malam.

* * * * *

Tapi libasan rotan yang diterima menyebabkan pengalaman tersebut masih lagi terlekat dalam ingatan. Kerana ayah yang merotan, bukan emak seperti selalunya. Nak membandingkan mana yang lebih sakit, tentunya sukar untuk diberi keputusan, tapi untuk membandingkan mana yang paling memberi kesan, sudah tentulah libasan rotan ayah. Kerana jarang dapat aku lihat reaksi mukanya sebegitu. Hanya emak yang bersuara memarahi kami. Ayah hanya duduk di sisi merenung kami. Kami pula hanya tunduk diam membisu seribu bahasa, tiada apa yang perlu dijelaskan, kerana kesalahan telah terbukti. Kami akur.




Itulah ayah. Kurang bersuara, tapi bila tiba masanya, pastinya ia akan menghasilkan kesan yang amat mendalam. Beliau tidak banyak bercakap mahupun menceritakan kisah hidupnya sebelum ini. Hanya emak yang membuka cerita. Itupun kadangkala ayah akan menyampuk, menafikan apa yang emak ceritakan. Kami adik-beradik hanya tersenyum melihat mereka berdua. Lucu melihat tanggapan yang kadangkala berbeza antara kedua-duanya.


Aku sendiri jarang bercakap dengan ayah, mungkin kerana tak banyak kuantiti masa bersamanya. Bukan bermakna beliau sibuk hinggakan mengabaikan anak-anaknya, cuma beliau tidak sempat untuk mengambil tahu hal ehwal anak-anaknya yang 11 itu. Pernah beberapa kali beliau ditawarkan untuk naik jawatan seperti yang diceritakan oleh emak, tetapi beliau akan menolaknya kerana beliau sedar, jawatan yang lebih tinggi bermakna kuantiti komitmen kepada kerjanya pasti melebihi kuantiti komitmen kepada anak-anak.



Kini kami sudah menginjak dewasa, sudah tahu berfikir baik dan buruk. Maka kuranglah perlunya tumpuan kepada kami berbanding ketika kami kecil dahulu. Tapi, keperluan untuk menyara kehidupan kami semakin bertambah. Maka beliau rela menerima tawaran kenaikan pangkat untuk menampung perbelanjaan seharian. Mungkin beliau agak sibuk berbanding sebelum ini dengan meeting, outstation , training dan sebagainya. Tapi kami faham keadaannya.


Yang paling aku kagum pada beliau ialah sikap berpadanya. Hinggakan aku sendiri segan meminta daripadanya melebihi keperluan. Bayangkan pekerja bawahannya memakai kereta mewah seperti perdana, civic, merc, naza ria dan sebagainya, tapi beliau hanya menaiki kereta Iswara ke tempat kerja. Itupun kereta yang dipasang dengan tong NGV untuk menjimatkan perbelanjaan minyak saban hari berulang alik ke pejabat. Kadang-kadang aku tersenyum sendirian memikirkan gelagat beliau. Biarlah apapun tanggapan orang, asalkan ianya ada nilai di sisi Allah.



Amat besar pengorbanannya tak mampu dinilai. Mustahil juga untuk dibalas dengan ucapan mahupun perkara kebendaan. Dialah satu-satunya dan selamanya menjadi kebanggaan di hati ini. Semoga hari-hari mendatang yang akan ditempuh menambahkan lagi perasaan kasih sayangku kepadanya..amiin