Thank you!

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Minimal Design

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Download high quality wordpress themes at top-wordpress.net

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Easy to use theme admin panel

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Archive for September 2009

Dakwat::Umat

Hibrul Ummah Edisi Khas Ramadhan Edisi Pertama





[Klik pada gambar untuk pembesaran yang lebih menyihatkan mata untuk dibaca]


Hibrul Ummah Edisi Khas Ramadhan Edisi Kedua




Hibrul Ummah Edisi Khas Ramadhan Edisi Ketiga





Hibrul Ummah Edisi Khas Ramadhan Edisi Keempat




Hibrul Ummah Edisi Khas Ramadhan Edisi Kelima





Hibrul Ummah Edisi Khas Ramadhan Edisi Keenam








Disebabkan tajuknya adalah dakwat umat atau terjemahannya yang lebih dikenali sebagai Hibrul Ummah, kenapa tidak dipulangkan semula kepada mereka.
Yang baik hanya dari Allah taala yang Maha Sempurna, dan yang buruk disandarkan kepada manusia yang lemah
Terbitan Unit Pembangunan Insan, PERUBATAN Cawangan Mansurah 08/09 sempena program Balighna Ramadhan 09


Taksiran

Azan baru sahaja berkumandang menandakan tibanya waktu solat. Manusia semakin ramai memasuki perkarangan masjid. Aku masih lagi tercegat di luar, sambil meninjau keadaan sekeliling. Ada sesuatu yang menarik perhatian. Di satu sudut, kelihatan ramai wartawan mengerumuni seseorang. Video kamera yang tersandang di bahu mereka menyukarkan aku melihat kelibat orang yang ditemuramah itu.

Perasaan ingin tahu datang, lantas kakiku melangkah menghampiri mereka. Lagaknya seperti seorang syeikh. Jambangnya panjang disikat kemas. Jubahnya putih bersih, serta raut wajahnya yang seakan bercahaya membenarkan telahan aku tadi. Aku cuba menyelit di celah mereka, ingin tahu apa yang sedang berlaku.

"Adakah benar syeikh akan meninggal sebentar nanti..?" Tanya seorang wartawan. Syeikh itu terdiam seketika. Kemudian beliau mengangguk. "Ya.." Jawabnya ringkas. Aku mula merasakan sesuatu yang pelik sedang berlaku. Bagaimana seseorang itu boleh mengetahui ajalnya sedangkan ianya adalah rahsia tuhan. Mungkinkah ianya firasat mukmin..?

Lamunanku terhenti bila seorang wartawan lain mencelah dengan soalannya. " Bagaimana syeikh tahu yang sebentar nanti syeikh akan meninggal..?". Syeikh tadi tidak menjawab. Mungkin ada sesuatu yang ingin dirahsiakan. " Saya akan meninggal sejurus saya selesai menghabiskan khutbah di mimbar sana", beliau cuba mengalihkan perhatian daripada menjawab soalan tersebut seraya menunjukkan ke mimbar yang terletak di hadapan ruang solat. Lantas, syeikh tersebut meminta diri untuk menjalankan tanggungjawabnya. Kakinya dilangkah gagah menuju ke tempat kematiannya, bagaikan tidak sabar menanti panggilan tuhannya.

Aku pula masih terpinga-pinga, cuba memahami apakah yang tersirat di sebalik pengakuannya sebentar tadi. Hatiku ingin tahu kesudahannya lantas kakiku diayunkan mengikut arah tuju syeikh tadi. Langkahku terhenti bila sampai ke pintu masjid. Kelihatan ramai orang beratur untuk memasuki ruang solat utama. Pelik.. tidak pernah rasanya ada peraturan untuk berada dalam satu barisan sebelum masuk masjid. Aku hanya akur tanpa banyak bersoal. Mungkin juga mereka seperti aku, inginkan kepastian, tapi disebabkan jumlah manusia yang tidak terkawal, maka satu barisan diwujudkan untuk menjaga ketenteraman, tingkahku sendirian.

Di hujung sana kulihat beberapa orang polis mengawal ketat para muslimin yang ingin memasuki masjid. Lagaknya seperti memeriksa penumpang yang ingin memasuki kapal terbang. Aku kehairanan. "Apakah sebenarnya yang ingin mereka lakukan..?..Apa tujuan mereka memeriksa seketat itu..?". Aku cuba memasang telinga mendengar perbualan mereka di bahagian hadapan.

Anggota polis tersebut semakin menghampiri tempat aku berdiri. Mendengar perbualan mereka dengan beberapa orang di hadapan menyebabkan aku panik. Mereka sebenarnya sedang memeriksa para jemaah yang memiliki alat elektronik yang mungkin digunakan untuk membunuh syeikh tadi. Aku terkesima. Kenapa perlu dicari sebab kematian meskipun kita sedia maklum ianya adalah disebabkan oleh tibanya ajal..?. Adakah mereka ingin mencari sesuatu untuk disandarkan menjadi sebab kematian..?.

Aku teringat handphoneku yang berada di dalam poket. Tak mustahil mereka akan menyangkakan ianya akan dijadikan sebab syeikh itu meninggal-kerana dibunuh oleh satu panggilan telefon yang bertukar kepada suatu siri pengeboman. Aku semakin panik. Kalau aku tiba-tiba keluar barisan, pasti mereka akan mencurigai sesuatu. Tetapi, kalaulah aku hanya diam kaku membiarkan mereka menjalankan tugas, pastinya aku akan terus dimasukkan ke dalam bilik bawah tanah sementara menanti penjelasan. Aku pasrah.

Di kala hatiku semakin gundah tatkala polis tersebut menghampiri aku, tiba-tiba, terdengar hiruk pikuk dari kawasan luar masjid. "Israel menyerang!!, Israel menyerang!!" beberapa teriakan kedengaran. Orang ramai berlarian di perkarangan masjid. Keadaan menjadi kelam kabut. Nun jauh di hadapan, aku lihat beberapa buah kereta berperisai menghampiri kawasan masjid. Bunyi dentuman bom berselang seli dengan bunyi desiran peluru membelah angin.

Aku masih tercegat di situ. Orang sekeliling sudah bertebaran mencari perlindungan. Tapi, kakiku bagaikan dipaku ke tanah, amat berat untuk berganjak. Seluruh badan pula terasa amat berat untuk digerakkan. Aku hanya mampu melihat keadaan sekeliling yang semakin tidak terkawal.. Mungkinkah tiba masanya tubuh ini dimamah peluru yang tidak kenal mangsanya..?.

Di satu sudut, aku melihat sebuah kereta berhias bergerak menghampiri tempatku berdiri. "Takkanlah masa ni mereka nak buat persembahan kemerdekaan..?" Hatiku mendengus. Di atas kereta tersebut, beberapa orang yang aku amat kenali berdiri tegak. Segak pakaian mereka. Di hadapan mereka berkibar beberapa bendera lambang kumpulan mereka. Aku kenal setiap lambang tersebut. Takjub kerana mereka mampu bersatu atas isu ini, tetapi terkilan, kerana tergenggam erat di tangan mereka bukanlah senapang mahupun pelancar roket, tetapi setiap seorang mereka memegang mikrofon sambil melaungkan seruan, mengutuk serangan yang dilancarkan oleh zionis. Tetapi, seruan mereka tenggelam dek hiruk pikuk manusia sekeliling yang sedang mencari perlindungan.

Kereta itu meluncur perlahan meninggalkan tempat tesebut. Sangkaanku mereka akan berhadapan dengan zionis, tapi ianya meleset sama sekali. Seinci zionis ke hadapan, seinci jua mereka mara ke belakang. Aku hanya menjadi pemerhati, tak mampu bersuara. Ingin mengutuk, akupun apa lebihnya berbanding mereka. "Mungkin ada maslahah yang lebih besar yang ingin dijaga.." fikirku cuba berbaik sangka.

Di kala itu, aku terdengar seruan berjihad menentang zionis. Beberapa pemuda siap dengan kelengkapan perang meluru ke bahagian pintu pagar masjid untuk memulakan serangan. Pintu pagar dibuka memberi ruang mereka berkumpul di bahagian luar untuk mengatur strategi. Aku kini tersepit antara 2 keadaan. Adakah aku perlu menyertai mereka untuk berperang, ataupun berundur sementara dengan memberi keuzuran, jihadku adalah dengan menyambung pelajaran.

Seruan itu tidak lama, tiada masa untuk berfikir 2 kali. Antara menyahut, atau mengabainya. Tiada ruang untuk pilihan ketiga. Desiran roda pintu pagar yang ditutup mematikan peluang yang terbuka luas sebentar tadi. Keraguanku menyebabkan hilang lenyap peluang yang ada. Tinggallah aku terkapai-kapai tidak tahu apa yang patut dilakukan.

Sayup suara kedengaran memanggil namaku dari belakang. Aku menoleh, terjaga dari lamunanku sebentar tadi. "eh..kenapa tidur kat bawah ni..? tidurlah kat atas katil ini.." suara tadi menyambung. Lenyap terus situasi sebentar tadi. Yang ada di sekeliing hanyalah kegelapan bilik dan bunyi kipas yang berputar. Aku terjaga.
Masih adakah lagi masa berehat..?
Sudah bersediakah menghadapi kematian..?