Alhamdulillah, selamat menjejakkan kaki ke Malaysia pada 23 Ogos 2008 jam 10.30 malam. Perjalanan 12 jam dalam kapal terbang memang meletihkan. Memang seksa menanti detik 10.15 malam pabila tayar kapal terbang mencecah landasan KLIA. Skrin di depan yang menunjukkan masa ke destinasi memang menyebabkan hati ini lebih terseksa menanti.
Disebabkan aku tak mengkhabarkan kepulangan aku kepada keluarga, jadi, aku berpakat dengan abang aku untuk mengambil aku di KLIA. Malam itu juga, terus bertolak ke Alang Sedayu untuk menghadiri Reunion Al-Manar. Di sana, aku berjumpa dengan kawan-kawan lama di Al-Manar dahulu, teringat kembali memori suka duka bersama. Sekarang, semua sudah ada haluan sendiri.
Minggu pertama agak sibuk di KL dan sekitar Selangor. Aku tak menjangka kepulanganku ini bertepatan dengan tarikh program yang telah diatur. Nak cerita semua tak larat, nk biar gambar bercerita pun, tak sempat ambil lagi dr cameraman. Antara aktiviti yang ada ialah Rehlah, main futsal, BBQ, tazkirah ringkas dari Us. Fauzi, dan Gathering Quranic Youth Club&BBQ di UIA.
Kemudian, minggu ke 2 di Malaysia,barulah bertolak balik ke Johor, rumah yang belum pernah dijejaki sejak aku pergi ke Mesir. Kawasan yang jauh dari bandar, dan kurang kemudahan asas. Kenderaan awam pun tak ada. Jadi sukarlah misi untuk berjalan-jalan melawat Johor. Nasib baik ada plan B. Rak-rak yang sarat berisi buku yang belum dibaca meminta untuk dihabiskan. Jadi, daripada melepak tak buat apa-apa, sekurang-kurangnya, dapatlah top up ilmu lain setelah 2 tahun menghadam buku-buku medic.
x cukup sorang je 2....hehehe
tangkap pakai timer....
oo..ye ke..hehe..silap kira..ingatkn total 12