Minggu ke 3 berada di Malaysia, tak banyak berbeza dari minggu-minggu sebelumnya. Masih lagi bergelumang dgn buku, memerap otak dalam rumah sambil sekali-sekala mencari perkara untuk dibuat. Minggu ni juga, adik aku yang ke.. (jap, tengah kira..) tujuh sekarang ni darjah 6 mengambil UPSR. Oh, tak dilupa juga kerja tambahan, mengemas rumah macam biasa la, dan menjaga 3 orang lagi adik aku di rumah yang cuti sempena UPSR.
Terkini hari ini, Perdana Menteri Thailand, Samak Sundaravej dilucutkan jawatan. Sejak Thaksin digulingkan tak berapa lama lalu dan diganti dengan Samak ni, krisis politik masih lagi berlaku. Sebelum ni pun, dah ada tunjuk perasaan di kediaman Perdana menteri ni untuk memaksa beliau meletakkan jawatan, tapi Samak ni tetap pertahankan pendiriannya dan jawatannya itu. Alih-alih, pagi tadi dengar berita, dia dilucutkan jawatan oleh panel hakim gara-gara menjadi hos rancangan masakan popular televisyen. Alasan yang nampak mudah, tapi disebabkan oleh perkara tersebut termaktub dalam undang-undang, maka secara sah beliau dilucutkan jawatan, tanpa apa-apa konspirasi. Bagaimana dengan Malaysia..?
Dalam akhbar pula, masih lagi isu 16 September, dan mungkin dianjakkan ke belakang sikit untuk menanti kepulangan delegasi lawatan sambil belajar ke Taiwan yang dijangka sampai ke Malaysia 17 September..Agenda politik tersembunyi kerajaan..? dinafikan sekerasnya.. Rakyat..? tunggu dan lihat perjalanan demokrasi di bumi Malaysia
Malam ni aku akan bertolak ke KL. Ada projek 'besar' menanti, tunggu je la hasilnya. Alang-alang dah ke KL ikut ayah aku outstation 2 hari, hajatnya nak ziarah kawan-kawan yang dah masuk main camp kat UIA gombak, nak jumpa abang aku, nk tengok plak kampus UIA kat Nilai tu sambil melawat adik aku, nk survey KL sikit-sikit, dan nak gi ziarah ahli beyt plak kat Seremban. Harapnya semua hajat aku tu terlaksana. dan harapnyalah, projek tu nanti membuahkan hasil yang memuaskan..amiin

Post a Comment