Hari ni, hari ke 5 aku berada di Mansurah sejak bermulanya cuti pertengahan tahun musim sejuk pada 28 Februari lalu. Kuliah yang akan mula dibuka tak sampai lagi 2 hari agak membataskan pergerakan. Sedar tak sedar, sudah 2 minggu cuti berlalu. Namun beruntunglah bagi sesiapa yang memanfaatkan masa cuti ini dengan perkara berfaedah. Masa yang agak padat sehinggakan tak berkesempatan untuk aku pergi ke pameran buku di Cairo.
[tahun lepas~]
Hajatku mengutip kerang di Dumyat pula tergantung entah bila ingin ditunaikan. Alhamdulillah, selesai sudah seminar PERUBATAN di Cairo. Banyak input menarik yang aku dapat di sana, dan akan aku kongsikan besama kalau ada keluangan masa untuk menekan punat-punat papan kekunci nih~. Dan baki 2 hari sebelum kuliah dibuka telah di’reserve’ untuk menyiapkan kerja perumahan yang masih terbengkalai dan mempersiapkan minda menghadapi semester ke 2 pengajian.
“Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara”. Beberapa kali hadis tersebut diulang oleh khatib. “Masa mudamu sebelum datang tua”, sambungnya lagi. Terdengar esakan beberapa jemaah di sekelilingku pabila hadis tersebut diperdengarkan. Mungkin kerana hatiku ini yang masih keras, terkesan hingga ke atas sehingga tak mampu mengalirkan air mata. Ataupun kerana aku masih lagi tidak terasa bahawa semakin hari, diri ini semakin tua. Penyakit akhir zaman seperti yang disabdakan dalam hadis Baginda s.a.w “Cintakan dunia, dan takutkan mati”.
Walaupun buta mata sejak dilahirkan, tapi hatinya sentiasa celik, dan mampu menyedarkan dan mencelikkan mana-mana hati yang masih lagi kabur pandangannya. Mungkin inilah nikmat Allah yang dianugerahkan kepada khatib tersebut. Muda lagi umurnya, sekitar 40-an, tetapi mampu untuk menyumbang sesuatu yang amat berguna buat umat Islam seluruhnya…menghidupkan hati dan meyedarkannya dari kelalaian duniawi yang dicorakkan padanya titik hitam setiap kali dosa dilakukan. Tapi diri ini apa sumbangan yang telah dilakukan..?
Teringat wawancara yang diadakan oleh stesen tv Cairo yang menjemput Yusuf Estes, seorang Muslim yang memeluk Islam sejak beberapa tahun yang lalu dan aktif berdakwah, hinggakan mampu mengislamkan ramai orang kafir. Beliau tak mampu untuk berbicara dalam bahasa Arab secara lancar, tetapi sangat fasih berbahasa Inggeris. Namun, itu bukanlah penghalang untuk beliau mendalami agama ini.
Pabila ditanya tentang perbezaan antara Mesir yang pernah dilawatnya dahulu ketika mula-mula memeluk Islam, dan Mesir di masa sekarang. Agak-agaknya, apakah perkara yang sentiasa berlegar di kepalanya, tentang Mesir ini, yang majoriti penduduknya adalah orang Islam?
Post a Comment