Sentuhanmu::Pengorbananmu




Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..





29 Januari 2009
genaplah umur ayahku 46 tahun
Selamat Hari Lahir Ayah..
semoga hari-hari yang bakal ditempuh
akan sentiasa diberkati olehNya.

Entah bagaimana ingin aku luahkan
betapa banyak pengorbanannya padaku
Kelu lidahku untuk meluahkan padanya
kaku tanganku untuk menulis tentangnya
kerana walau apapun yang ku lakukan
tak mampu mengungkapkan
apa yang tersirat di lubuk hati ini

Walaupun beliau seorang yang agak pendiam (antara sifatnya yang aku warisi), tapi sebenarnya banyak yang tersirat di hatinya. Jarang sekali beliau meluahkannya. Biar sahaja beliau seorang menanggungnya tanpa menyusahkan kami anak-anaknya yang lain.

Tidak banyak perkara yang diungkitkan atau diceritakan olehnya kepada kami tentang kisah silamnya. Hanya emak yang mula membuka cerita. Kepayahan dan halangan sejak berkahwin, keperitan menyara kami anak-beranak selepas tamat pelajaran di luar negara semasa kegawatan ekonomi, di mana tika itu aku masih kecil, masih lagi belum mengenal erti kehidupan. Bagaikan tidak percaya mendengarkan apa yang diceritakan oleh emak, kerana langsung tidak terbayang di riak wajahnya bahawa beliau telah melalui segala perkara tersebut.
Semoga pengorbanannya diberi ganjaran yang setimpal di syurga kelak

One Response so far.

  1. Anonymous says:

    kite nyer id br.. www.arzamt09.blogspot.com