Sesekali::Diuji


Sesekali Diuji - Nice

Entah kenapa, tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Peperiksaan pertengahan tahun yang mula ditukar format soalan pada tahun ini benar-benar meresahkan minda. Apa tidaknya..selama ini disogokkan dgn multiple choice questions semata-mata dan soalannya, majoriti adalah dari buku MCQ yang diberi. Tapi kini, ianya menjadi semakin rumit kepada pelajar, menguji sejauh mana kefahaman dan penghafalan mereka dalam pelajaran dan tidak lagi semata-mata menguji sebanyak mana buku MCQ diulang. Malah kepada penjaga peperiksaan juga tidak terkecuali daripada kesukaran tersebut.

Apa tidaknya, subjek pertama,Pharmacology, kelam kabut dan riuh rendah dalam dewan peperiksaan. Kerenah pelajar yang baru mahu mengambil tahu angka giliran dan kedudukan dalam dewan peperiksaan, serta para penjaga peperiksaan yang bagaikan blur dengan tugasan mereka, bagaikan tidak pernah diberi taklimat dalam dewan peperiksaan. Jerit-menjerit menjadi adat biasa biarpun yang mendengar hanya selangkah dari yang bercakap. Panjat-memanjat diatas meja dan berjalan di atas bangku panjang melangkah para pelajar secara selamba, serta bersama-sama memarahi antara satu sama lain, bertekak menegakkan benang yang basah. Masa yang sepatutnya diisi oleh pelajar dengan berdoa dan bertawakkal diganggu oleh suara dan kerenah para ahli yang menghuni sementara dalam dewan peperiksaan, tak ubah umpama tongkang yang retak menanti belah. Bahkan perkara tesebut berlarutan hingga masa menjawab soalan, sehingga mengganggu konsentrasi pelajar menjawab soalan.

[Binaan ni dah lama macam ni..entah bila la nak berubah~x tahu la pulak kalau ni sbg hiasan je di celah-celah bangunan kuliah..]

Itulah realitinya. Bukannya mudah untuk membawa sesuatu perubahan. Ada yang suka, dan tidak kurang pula yang mengeluh. Yang sudah bersedia, tentunya dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya, dan yang masih berbelah bagi, pastinya akan menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain. Tapi sampai bila kita hendak kekal di peringkat lama kerana perubahan itu adalah suatu tabiat dalam kehidupan manusia. Tak kira sama ada ke arah kebaikan, ataupun kepada perkara yang lebih teruk dari sebelumnya.

[pandangan berpinar-pinar melihat buku yang terbentang luas di depan mata]

Cuma dalam diri kita ini, sudah bersediakah menghadapi anjakan? Atau masih lagi mencari rentak perjalanan, menati ketemu turning point yang bisa mengubah segalanya. Peperiksaan tidak lain sekadar menguji persiapan dan kefahaman. Format sudah berubah, cara belajar bagaimana pula? Masihkah last minute study..dan pulun, bertapa dalam rumah menghadap buku pelajaran semata-mata hanya untuk menjawab peperiksaan, hingga terabai tanggungjawab mengambil tahu hal ehwal Muslimin serata dunia terutamanya di Palestin, dan selainnya.