::5-Hari::


Penat menapak ke dewan kuliah, ingatkan ada kelas penerangan untuk paper pharmacology yang berbaki tak sampai 5 hari lagi. Rupa-rupanya, kalau ada apa-apa yang tak faham, jumpa doktor terus sorang-sorang.. Aku di kala ini masih lagi belum dikurniakan kekuatan untuk bersemuka dengan mana-mana doktor kuliah. Mungkin bagiku permasalahan bahasa menjadi batasan, dan aku yang masih lagi terkial-kial memahami pelajaran.. Kalaulah tak pernah baca buku macam manalah nak faham~

Dulu di matriks, pantang ada masa kosong, aku akan cuba untuk berjumpa dengan setiap lecturer yang mengajar. Kalaulah tak ada soalan langsung nak ditanya, aku akan mengajak kawan-kawan sekumpulan untuk jumpa lecturer menanyakan apa-apa yang mereka tak faham sebab bab-bab penerangan ni, aku memang lemah, takut jadi ajaran sesat plak~

Berbalik kepada kisah ke kuliah tadi, itu sebenarnya alasan semata-mata untuk menjejak kawasan universiti. Seminggu rasanya bertapa di rumah. Tujuan utama aku datang bukanlah untuk menghadiri kelas, cuma alang-alang nak pergi beli nota dan buku mcq Biochem, bolehlah singgap kejap kat kuliah..Tapi, rupa-rupanya, kuliah tersebut bukanlah seperti yang kusangkakan...

Terasa macam ada benda nak kongsi plak..Semalam Hakim Mustafa datang rumah, dia komplen susah nak jawab soalan MCQ pharma sebab drugs yang ade kat jawapan entah apa-apa dan tak pernah dengar..(tak habis baca lagi, tu yang tak pernah tau).. Jadi aku kongsi la dengan sesapa yang nak software hasil torrenan aku bulan lepas agaknya~

Download torrent klik di sini
saiz lbey kurang 660 MB


screenshot

ada lagi beberapa software yang best gak kot..tapi tak sempat nak kongsi..Lain masa kot..
Study!! Study!!
Good luck untuk semua
Bittaufiq WanNajah



One Response so far.

  1. Anonymous says:

    salam..
    nnti kalo ade lagi web2 menarik cmnie..
    mintak share2 ye..=D

    time kasih~