Bukan::Musuh::Harta


Masih menunggu untuk mendapat album ni.. Album dari kumpulan Algebra bertajuk yang benar tetap benar.. Uniknya kumpulan nasyid ni buat style band. Baca review selengkapnya mengenai kumpulan ni di nasyeed.com. Nak cerita panjang-panjang pun tak boleh sebab tak ada lagi album nih~

Baru dapat dengar lagu kontroversi rekaan lirik dari Dr. Asri..sebab kena ban dengan RTM.. Kena ban sebab....(baca di sini)
Pandai-pandai la nak nilai lirik ni dari segi apa.. Kalau orang dah buat salah, mesti la tak suka kalau orang lain sebarkan kesalahan..Berani kerana benar,Takut kerana salah..Siapa makan cili, dia la terasa pedasnya~


Aku Bukan Musuh Harta.wma - Kopratasa

Sajak Dr. Asri Zainal Abidin

Mereka kata :
Mengapa kita tidak kaya raya?
Tengoklah si fulan itu,bermewahan saja..
Aku bertanya : apakah caranya untuk aku kaya?
Tapi.. secara mulia dan tanpa berdusta

Bukan kita tidak tahu
Jalan, denai dan liku
Agar harta ditemu dan disapu
Tapi semuanya cara palsu dan tipu..
Bukan kita tidak mahu,
Tapi kita tidak mampu,
Takut dan terkedu
Mengenangkan Yang Maha Satu
Yang Tiada BagiNya sekutu

Ya, telah kaya para pengkhianat,
Dengan harta yang sarat,
Tapi mereka lupa akhirat,
Balasan yang berat,
Dunia, jiwa bertukar menjadi keparat

Ya, telah kaya para pendusta,
Syarat mereka : lupakan Yang Esa,
Harta rakyat, semua disebat
Harta awam, semua dibekam
Hukum syaitan, mereka bertuhan

Kita pun ingin kaya,
Ada harta, ada kereta yang istimewa,
Ada rumah mewah yang melimpah,
Ada hidangan yang bukan sebarangan,
Ada duit yang bukan sedikit

Tapi, jalannya hendaklah suci,
Bukan seperti seorang pencuri,
Jika ada jalan yang mulia,
Di hujungnya ada harta,

Tunjukkan kita, di mana saja
Kita bukan musuh harta,
Kita cuma musuh pengkhianat bangsa
Dan Negara,
Apatah lagi pengkhianat agama..

One Response so far.

  1. ... says:

    umm.
    bagus la RtM ban..
    publisiti free untuk lagu nih..
    huu
    lagi org larang,
    lagi la manusia nak buat..
    kan