Eid::Adha



Sempena kedatangan Hari raya Aidil adha, seribu maaf dipohon atas salah dan silap secara sengaja atau tidak..lahir dan batin. Terima kasih kepada sahabat2 yang menyampaikan ucapan hari raya melalui mesej atau YM. Semoga ibadah korban atau pengorbanan yang pernah kita lakukan diterima oleh Allah dan dikira sebagai timbangan hasanat di akhirat kelak.


Sempena Aidil Adha yang menjengah, cukuplah kita diperingatkan dengan kisah Nabi Ibrahim beserta anak dan isterinya. Pengorbanan yang paling agung dalam sejarah Islam sehingga tercatat sebagai satu tarikh yang sentiasa diingati saban tahun. Meniggalkan isteri dan anak berdua di tengah terik padang pasir lembah Mekah. Tanpa sebarang bekalan makanan, bahkan tiada satu tumbuhan atau hidupan di sekeliling kawasan tersebut. Hanya cukup Allah sebagai pergantungan.


Kisah beliau bersama anaknya Ismail, seorang anak yang taat akan perintah bapanya tanpa ragu-ragu menyerahkan nyawanya sebagai perlambangan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada RabbNya.


Tapi, apa yang kurang dari diri kita orang Islam di zaman ini? Kita solat sepertimana Nabi alahissalam solat , berpuasa sepertimana puasa para sahabat ridhwanallahi alaihim, mengeuarkan zakat, dan mengerjakan haji seperti yang dilakukan oleh para tabi'ien dan solihin. Apa yang membezakan kita dari mereka? Mereka berkorban, kita juga berkorban…tapi..di mana hasilnya?


Al-quran yang diturunkan kepada Nabi s.a.w, sampai ke tangan kita tanpa sedikit penyelewengan. tapi, kita bagaikan terlupa atau hilang arah dalam kehidupan. Kita kekurangan pemahaman yang jelas tentang Islam. Inilah yang membezakan antara kita dan mereka yang lalu.