Sudah hampir 2 bulan berada di Malaysia. Masih lagi tinggal seminggu untuk bertolak semula ke Mesir..Sedih..Gembira..Kecewa..bersilih ganti. Makan semakin berselera (hilangkan kempunan lauk Malaysia), Tidur semakin lena (mensyukuri nikmat tidur tanpa gangguan pepijat), drive kereta semakin jauh (kalau kat Mesir,tak berani dah nak bawak), gi shopping makin kerap (beli keperluan sambil jalan-jalan memikirkan apa yang nak bawa ke Mesir nanti) dan macam-macam lagi.
Hari ni aku pergi ke Matriks UIA PJ @ Centre for Foundation studies (CENFOS) berjumpa lecturer yang pernah mengajar aku waktu Sem 1 kuliyyah of engineering. Alhamdulillah, diorang masih ingat kat aku lagi. Walaupun dah 2 tahun tak bersua muka, cuma sms sahaja yang menjadi penghubung berbicara. Antara komenan yang diterima
Mdm Kartinee : U makin kurus ye
Mdm Saudah : Makin berseri je.. (excited mode)
Mdm Zakiah : U ni tak berubah ye, tapi makin kurus..
Huhu..2 tahun, bukan waktu yang singkat, tapi terasa macam baru sahaja meninggalkan mereka semua. Kenangan belajar dari mereka dan perhatian yang mereka berikan membuatkan aku terasa ingin kembali ke zaman matrikulasi dahulu. Biarpun sempat hanya 1 sem sahaja, tapi mereka jugalah yang memberikan pendorong dan nasihat sebelum aku melangkah meninggalkan bidang engineering terjun ke lembah perubatan di Mesir.
Namun aku sedikit terkilan kerana seorang lagi lecturer yang mengajar pelajaran fizik yang paling aku minat bercuti pula pada hari itu, hanya sempat bertaya khabar dalam telefon sahaja. dan seorang lagi lecturer Math pula tak dapat dihubungi. Mungkin di lain masa, kalau masih ada umur dan rezeki yang telah Allah tetapkan, InsyaAllah aku akan berusaha berjumpa dengan mereka sebagai penghargaan atas pengorbanan yang telah mereka curahkan.
aplikacja squid
8 years ago
Post a Comment