Huh..Makin bersawang plak blog ni, macam tak ada penghuni..Takkan la nak suruh tetamu pulak yang datang mengemas..Sibuk katanya..Alasan lepas dan hari-hari yang bakal mendatang. Betullah apa yang kawanku katakan suatu ketika dulu...Bila nak mula memang bersemangat, tapi semangat tu akan luntur ditelan peredaran masa. Untuk bermula, memang mudah, tapi untuk istiqamah, bukan sesuatu yang mudah.
Aku sendiri tak berapa pasti apa yang bermain di fikiran. Mana yang perlu diutamakan, mana yang perlu diambil perhatian, mana yang perlu ditangguhkan. Semuanya datang serentak, langsung tak memberi ruang untuk aku menyusun perjalanan harian. Tanggung jawab kepada Allah entah ke mana, amanah manusia entah berapa banyak telah aku abaikan, tanggungjawab kepada diri sendiri ini pula bagaimana ?
di kala ini, aku masih lagi bertungkus-lumus menyiapkan tugasan sebagai individu yang dipertanggungjawabkan memegang amanah unit perumahan. Setakat ini,tugasan menyiapkan direktori perumahan pelajar Mansurah sesi 2008/2009 sudah selesai dan maklumat diorang akan diupdate dari semasa ke semasa. hampir 150 buah rumah untuk pelajar medik lelaki dan perempuan. Dengan jumlah hampir 700 orang, agak sukar pada mulanya untuk mengumpul data mereka dalam masa 2 minggu. Alhamdulillah, dipermudahkan.
Tugasan yang menanti seterusnya, memplot kedudukan rumah mereka dalam peta. Nak tak nak, kena la berjalan di setiap lorong, mengesan kedudukan rumah-rumah. Terima kasih kepada ajk-ajk yang membantu. Kepada yang bertanya mengenai peta, insyaAllah ianya akan dikeluarkan tak lama lagi... semoga dipermudahkan. Terpaksa la belajar benda baru..membuat web. Keperluan yang mendesak disebabkan kawasan perumahan pelajar amat besar, dan kalau buat dalam word atau powerpoint, memang tak muat. Jadi terpaksa la buat dalam bentuk gambar dan supaya data-data dan kawasan-kawasan dapat disatukan, kena buat dalam format .html lak.
Kejap lagi kena kemas rumah plak, Lepas jumaat, ada wakil dari Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) (2-3 keluarga) beserta pengarah yang baru datang melawat Mansurah, dan singgah di rumah kami. Rajin pulak pengarah turun padang menjenguk pelajar bertanya masaalah kami. Petang ni juga lepas jumaat, ada program orientasi untuk pelajar tahun 1, mentor yang jaga pelajar-pelajar ni kena turun sama. Aku masih tak tahu lagi siapa la yang malang dapat aku sebagai mentor diorang..huhu. Sesi ramah mesra bersama JPMK, dan sesi ramah mesra bersama pelajar baru. Mana yang utama?
[Program Orientasi bersama pelajar baru - Kau Kenal Aku]
Post a Comment