Leave::Out::All::The::Rest


Tawaqquf sementara kerana musim imtihan semakin menghampiri..pelajaran semakin bertambah dari hari ke hari..muka surat dan helaian buku semakin menebal menunggu masa untuk diperhati.. tapi otakku entah apa yang difirkannya..tubuh badan pula terbang menerawang jauh meninggalkan alam pengajian untuk menyelesaikan urusan yang masih terbengkalai.

Kelas Praktikal Pharmacology rabu lepas menyebabkan aku tersedar dari mimpi indah yang menyeksakan. Baru tanya tajuk asas, belum lagi soalan susah yang lain ..terpinga-pinga aku apabila diajukan soalan..apatah lagi untuk menjawab soalan. Bagaikan soalan tersebut belum pernah lagi aku pelajari. Kawan-kawan sekeliling kumat-kamit mulut mereka mencuba menjawab soalan yang diutarakan (takut nanti orang lain tahu yang diorang ni hebat agaknya..)


Desktop -exam mode-


Tapi aku.. entah apa pula nasibnya. Periksa masih lagi berbaki kurang dari sebulan. Amanah perumahan, alhamdulillah sudah diselesaikan sepenuhnya (buat masa ni..) dengan berpindahnya 1 lagi rumah pelajar lelaki tahun 1 ke rumah baru mereka. Tapi, amanah pelajaran yang aku selitkan sementara dari senarai perkara keutamaan semakin menambah bebannya, menunggu masa untuk diselesaikan.



Keadaan jalan raya di Mesir yang serabut menambahkan lagi keserabutan fikiranku~


Minggu ni juga, Ustaz Siraj atau lebih mesra dgn nama Ustaz Atan (Tanta) selamat melangsungkan majlis akad nikah dengan Dr. Nik Nabihah, senior tahun 6 Alexandria di ARMA. Maaf kerana tak sempat menghadiri majlis tersebut. Senyap-senyap je ustaz atan ni. sedar-sedar, dah nak akad nikah. Ala kulli hal, mabruk diucapkan kepada mereka berdua dan semoga binaan baitul muslim mereka diberkati dan berkekalan ke syurga nanti.

Satu lagi perkara baru muncul dengan tiba-tiba minggu ni.. Aku cuma tumpang gembira je..