Prioriti::Utama

Sesiapa yang mampu untuk mendapat mumtaz, tapi hanya mendapat jaiyid jiddan, maka dia telah berdosa.

Sesiapa yang mampu untuk mendapat jaiyid jiddan, tapi keputusannya hanyalah jaiyid atau rendah darinya, maka dia telah berdosa…



Penyataan ini bukanlah untuk mempersoalkan takdir tuhan, bukan jua untuk menafikan apa yang telah ditetapkan, tapi sekadar renungan dan muhasabah kepada diri ini, banyak mana usaha yang telah dibuat dan berapa banyak pula perkara yang telah terabai untuk dijadikan penyebab keputusan yang bakal diperoleh.


Persoalan pelajaran, dan persoalan dakwah.. manakah yang perlu didahulukan..? Kata mereka, kita datang sini untuk belajar, maka tumpukan kepada pelajaran. Sabdanya s.a.w pula, ((Sampaikanlah apa-apa saja yang diterima dariku walaupun sepotong ayat.)) berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Dan dalam firmanNya pula ((Ingatlah, ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Sesungguhnya Aku akan menciptakan di muka bumi seorang khalifah)). Maka, manakah yang perlu diberikan keutaman, atau segalanya berjalan seiringan.


Kita hendak berjaya di dalam pelajaran, maka kita akan berusaha datang ke kuliah, menghadiri kelas tambahan, membaca buku pelajaran, dan bersengkang mata mengulangkaji pelajaran. Kemudian kita menyatakan pula kehendak kita untuk berjaya dalam dakwah, tapi apakah pula usaha yang telah dilakukan…? Pernahkah terlintas dalam fikiran untuk meluangkan masa membaca buku-buku berkaitan dakwah untuk dijadikan bekalan..?Ataupun kita terlampau sibuk menelaah buku pelajaran hinggakan tidak berkesempatan memikirkan persoalan dakwah yang gagal, masalah dan penyelesaiannya.



Persoalannya di sini, adakah dakwah itu yang gagal, atau kita sendiri yang menempah kegagalan? Seseorang yang ingin memasuki medan peperiksaan, pastilah akan menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan untuk menjawab soalan peperiksaan, takkanlah nak datang lenggang kangkung dan mengharap jawapan akan diilhamkan kepadanya sejurus kertas soalan terpampang di depan mata..Kalau begitulah lagaknya, hebat sungguh tawakkalnya yang bukan disusuli dengan usaha. Adakah peperiksaan itu yang menyebabkan kegagalan kita (kalaulah tidak wujud peperiksaan..mana ada lulus dan gagal..)...ataupun sikap kita sendiri yang memakan diri?


Dan kalaulah ada di antara kita yang faham kewajipan ini, maka hitungkanlah kembali berapa banyak USAHA kita…bukan HASILnya. Kalaulah kita membuat sesuatu kerana mengharapkan keredhaan Allah, maka biarlah manusia tidak redha kerana mereka tak nampak hasilnya di hadapan mata, kerana kita bukan bergerak untuk mendapatkan habuan dari manusia. Dan kalaulah dengan keredhaan manusia yang kita peroleh di sebalik keredhaan Allah, yang akan menyebabkan timbul sikap ego, riya’ dan sombong, maka seharusnya kita berlindung dan minta dijauhkan dari syirik kecil tersebut. Biarlah apa yang mereka lemparkan, tapi di sisiNya, Dia tahu segala apa yang kita kerjakan secara luaran, atau dalaman.



Kamu dan pendapatmu, dan aku dengan pendapatku. Beramallah dengan apa yang kamu dan aku yakini. Tak perlu menyatakan yang mana lebih benar, selagimana adanya di situ dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah, cuma berlainan penafsiran. Tiada siapa yang lepas dari membuat kesilapan. Jauhkan dari tabiat menghukum dan menyamaratakan semua orang disebabkan sikap sesetengah yang lain. Pendirian individu bukanlah bererti pendirian jemaah melainkan dinyatakan sebaliknya. Tetapi ia hanyalah sekadar refleksi dari apa yang difahami dari tarbiahnya.


Kalaulah secara zahir kita mengandaikan masih ada 10% yang mungkin kurang kefahaman Islam. Maka, dimanakah lagi bakinya sebanyak 90%..? Mungkin kebanyakan dari mereka yang didedahkan dengan khilaf ini mengambil jalan tengah untuk berdiam diri menumpu hanya pada pelajaran tanpa menghiraukan amal yang perlu digerakkan. Maka mereka inilah yang utamanya untuk disedarkan dengan hakikat keimanan mereka, kerna iman yang diyakini tidak akan terbukti tanpa amalan dan tanpa diuji dengan permasalahan. Al-ankabut, 29:2 ((Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak akan diuji?)).


Setelah itu, barulah akan timbul kesedaran untuk bekerja dalam jemaah. Jemaah mana menjadi pilihan, terpulang kepada pemilih. Apa gunanya kalau hati tidak tenang kerna dipaksa mengikut sesuatu jemaah. Risau jikalau kita berpenat lelah membuat sesuatu, tapi ianya sia-sia di sisi Allah kerana keadaan hati yang membuatnya disebabkan oleh suruhan manusia, dan bukan atas dasar tanggungjawab.



6 Responses so far.

  1. yo!!sokong baem come~
    exam dh dekat baem..aku xstdy ni..gane?tlg nasihati aku...huhuhu

  2. Ibnu Fuad says:

    Banyaknya persoalan... Jawapannya? Tepuk dada.. tanya diri...

  3. benda ni la org xtau
    slalu tertinggal

  4. As says:

    manusia memandnag pada hasil
    tapi Allah pandang pada usaha

    all the best

  5. kwn says:

    gmbr bercampor laki pompuan. boleh ke?

  6. Ibnu Fuad says:

    boleh komen dah kot kat blog saya..