Aku Yang Mana

Sehari suntuk aku mengambil cuti dari memegang buku setelah mengharungi penangan peperiksaan praktikal yang berlangsung semalam. Alhamdulillah, bila ditanya macam mana exam, maka jawapan yang sama akan diberi. "Macam biasa".. "Okla.." Boleh tahan gak..". Tapi bila disambung dengan soalan "boleh Mumtaz la tahun ni..?", maka jawapannya: Errr.... Terdiam seketika. "Doa-doa la..iA...", itu sahaja yang mampu diberi walaupun aku sendiri tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Mulanya aku berniat untuk memohon maaf sekaligus menyatakan sebab kenapa dah lama aku tinggalkan blog ini bersawang, tetapi teringatkan Anneep (bukan nama sebenar) yang mengambil kata-kata dari Neli (bukan nama sebenar juga) menjawab :"Aah..alasan je tuh..", maka aku batalkan hasrat menulis sebab-sebab terbantutnya proses penulisan sejak sekian lama dahulu. Sebelum ni pun, masih ada 2 lagi pos yang terbantut untuk di'publish' kerana ......(alasan je tu)..., tapi tidak mengapalah.. biarkan yang berlalu pergi dahulu tanpa perlu melulu menghabiskan sisa yang lalu (ayat pun dah semakin tunggang-langgang-tanggang).

Aku sebenarnya tertarik pada satu buku yang baru sempat aku curi masa untuk mebacanya di kala kesempitan waktu mengharungi exam baru-baru ini : Nota Cinta untuk Lelaki hasil tangan Pahrol Mohd Juoi. Sangkaanku, biasanya buku-buku yang spesifik pada tajuk bukunya untuk lelaki, maka pembaca yang lebih mendapat manfaat adalah perempuan, tapi telahanku tersasar jauh dari persepsi songsang tersebut.



Tetapi aku tidak berniat mengulas kerana isi-isinya tak terungkap dengan mood dan emosi penulisan ini. Cuma ada beberapa perkara daripada berjuta isi yang aku cuba ketengahkan untuk difikirkan bersama. Berdasarkan dialog penulis dengan paklongnya (m/s 169) Paklong: "Bagus tu, jangan menulis 'diri sendiri'. Ingat pesan ni, orang yang bijaksana menulis tentang ilmu, orang yang cerdik menulis tentang peristiwa, orang yang pandai menulis tentang orang lain. Hanya orang yang ______ menulis tentang diri sendiri."

Aku terhenti bila membaca perenggan ini. Teringat blog ini yang bersawang entah berapa lama, facebook pula dengan status-status terkininya, ditambah dgn twitter yg diupdate entah setiap berapa ketika, dan bertambah lagi satu, formspring yang sengaja dicuba-cuba untuk mencari fungsinya. Setelah setiap satunya dilihat isi yang dipamerkan, "Aku pada kategori yang mana..?"



[Tak berniat mengulas 2 gambar di atas..anda sendiri yang menafsirkan..ini bukan alasan..]

4 Responses so far.

  1. neli (bukan nama sebenar) says:

    alasan tetap alasan...

  2. anep says:

    hurmm..
    alasan je tu smua baem..
    haha
    bak kate nelly, alasan tetap alasan

    p/s ~ baem, font size ko kcik sgt la.. sakit mate nk bace
    acu besarkn sket
    xtau la kalo org yg pakai kontek lens saje yg nmpk jelas even tulisan sekecik semut

    hehe

  3. EamZ says:

    p/s tu alasan je..snanye mata mmg dh sakit sbb byk sgt baca buku medik..haha

    mmg tulisan kecil ni saje je nk menguji sejauh mana penglihatan korang (alasan..)

    Tapi kalau template sebelum ni, tulisan kecil gak..tp bole plak nk baca..bila tukar template ni je jd mcm ketara sgt keciknya..(alasan lagi..)

    (boleh ke hidup tanpa alasan..?)

    nnt aku tukar saiz tulisan dlm pos2 seterusnya..

  4. ajut says:

    buku ana tu baem..hehe..femes masuk blog baem..:D