Sudah hampir masuk minggu ke 3 KCB 2 ditayangkan di komputer-komputer berdekatan. Namun demamnya masih belum surut. Ada sahaja ulasan, komen, tak kurang juga kutukan yang dapat dibaca dari status-status dan komen-komen di facebook. Rata-ratanya memuji. Namun begitu, sia-sialah kalau ianya sekadar menjadi hiburan yang boleh dikategorikan dalam erti kata islamik tanpa di sana ada pengajaran yang dapat diambil.
Sehingga kini pun, aku masih lagi belum terbuka hati untuk menonton filem tersebut. KCB 1 pun dah berhabuk tersimpan di ceruk hard disk tanpa diusik. Inikan pula benda yang masih segar. Tunggulah entah berapa bulan lagi kot. Mengimbas kembali filem sebelum tu yang berdegar dicanangkan filem islamik juga, Ayat-ayat Cinta, tapi hasilnya..? kecewa...hampa.. bila mendengar komen dari orang yang sudah menonontonnya "tak macam dalam buku...!". Terus tawar hati untuk tengok. Nak harapkan baca buku dulu, entah bilalah boleh nak mula..
Gaya percakapan macam anti-filem Melayu mahupun seberang.. Entahlah..aku sendiri tidak pasti. Mungkin kerana persepsi negatif aku pada filem-filem dari nusantara yang kebanyakannya berkisar tentang cinta, diselit lawak, mahupun adegan seram, membuatkan aku muak dengan gaya penceritaan yang sama, cuma ditambah konflik-konflik yang mampu merembeskan lelehan berlebihan dari mata.
Berbalik kepada filem KCB 2, bila usai sahaja 2 jam 2 minit, rugilah kiranya jika apa yang diingat hanya sekadar watak Ayatul Husna, ataupun mungkin mengulang tayang entah berapa kali watak Azzam meminang Alviana hingga angau dibuatnya. Sampaikan terlintas di fikiran, kalaulah ada babak tu sahaja pun, rasa dah lengkap sempurna satu cerita.. (andaian semata-mata, tiada kaitan antara perkara yang pernah berlaku atau tidak)
Biarkan komen-komen negatif atau puji-pujian menggunung luput dari minda. Neutralkan persepsi sebelum bermula. Supaya apa yang dilihat hitam tetap hitam. Hanya putih yang mampu kekal lama, biarpun ianya sedikit dan tersirat di balik kegelapan lakonan yang hanya kepura-puraan.
Filem Syurga Cinta (SC), meski pernah dikomen tentang sejauh mana islamiknya, namun, dari situ ada beberapa dialog yang aku rasakan agak menarik untuk dikongsikan. Maaf kerana agak terlambat, kerana baru hari ini terbuka hati untuk menjenguk sejauh mana kebenaran komen-komen sebelum ini.
Situasi seorang datin sosialtakrasadahnakmeninggal membuka pintu bilik sedang anaknya sosialjugaksampaibawakbalikpompuankerumahdanbapanyalihatdenganselamba sedang mengerjakan solat. Datin itu pelik dengan kelakuan anaknya itu, lantas diadukan perkara tersebut kepada suaminya yangsosialjugakminumaraksampaimabuktakingatdunia. Namun, suaminya hanya membuat muka selamba, dan pelik sebab isterinya itu risau macamlah anak diorang tu kena rasuk dek hantu baik agaknya sampai siap tukar baju melayu, berpelekat dan bersongkok serta beralaskan sejadah untuk mengerjakan solat.
Apa jawapannya kepada isteri? "Rileks laa...takkan you pelik tengok orang beribadat. Biasa la tu...Biarkan je dia solat. Kita pun banyak gak ibadat pe..? Tu..orang-orang kat Bosnia, sape yang bagi makan kat diorang..? Banyak duit kita dah habis tolong orang-orang miskin. Tu kira ibadah jugak pe.. Sekurang-kurangnya, orang yang beribadat tak masuk neraka. Nak bertaubat, tunggulah dah tua. Time tu ibadat kita dengan pergi umrah, buat haji."... "Betul jugak kan...?" isterinya hanya mengiyakan.
Lantas fikiran aku menerewang keluar tajuk cerita. Aku teringat kembali kata-kata Yusuf Estes (search kalau nak tahu lebih lanjut tentang dia) bila ditanya tentang apa perbezaan antara Mesir yang dilihatnya ketika kali pertama dia datang dan kali ini, setelah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki ke bumi Mesir ini. Apa agaknya jawapan dia..? Mungkin kita boleh tanya juga soalan yang sama kepada senior-senior yang dah hampir separuh dekad berada di sini. Kita lihat apa jawapannya kemudian. Ke tak rasa ada benda berbeza Mesir dahulu dan kini, dan mungkin selamanya..?