Tiba-tiba je pasal Adobe After Effects ape cerita sebenarnya?. Tak pernah-pernah pula dalam pos sebelum ni cerita pasal graphic editing dan video making. Mungkin agak bosan untuk dibaca oleh mereka yang tak berminat dengan pembikinan video mahupun grafik designing.
Tapi pos ini mungkin boleh jadi guide untuk mereka-mereka yang mula berminat dengan pembikinan video atau short movies, untuk menyelesaikan beberapa permasalahan tak cukup peralatan dan tangan yang berketar-ketar memegang kamera ketika shooting. Mungkin ramai yang tak perasan Adobe dah keluarkan Creative Suite versi 5.5 (CS 5.5), walaupun Creative Suite versi 5 pun masih lagi tak sampai setahun dilancarkan.
Walaupun bezanya tak banyak dengan CS5, tapi ada beberapa penaiktarafan yang aku rasakan agak dramatik dengan software Adobe After Effects. Aku cuba mencari update untuk After Effects CS5 ke CS 5.5 tanpa perlu download installer baru, tapi bila dicari, yang ada hanyalah update dari versi 10.0.0 ke 10.0.2 (masih lagi CS 5), dan tiada update ke versi 10.0.5 (CS 5.5). Nak tak nak, memang kena cari juga installer yang 1 gig lebih untuk didownload.
Ada beberapa pembaharuan yang memang sudah lama aku nantikan, dan masih lagi tidak jumpa di software yang seangkatan dengannya iaitu fungsi untuk menstabilkan gambar yang bergoyang bila mengambil video. Versi sebelum ni, memang rumit untuk menstabilkan video, kerana perlu track sesuatu objek menggunakan software mocha dan kena edit dari satu frame ke frame yang seterusnya (apekebende nih?).
Kalaulah 24 jam kerja korang ialah dengan menghadap komputer, aku rasa tidak mengapalah kalau korang ingin membuang masa edit setiap satu frame untuk menghasilkan video yang stabil, walaupun waktu rakaman korang tu bergoyang-goyang macam tengah gempa bumi. Tapi dengan ade effect yang baru dalam AE CS 5.5, maka kerja anda akan menjadi semudah pilih effect tersebut, dan biarkan effect tersebut analyze dan stabilize secara automatik dalam masa yang singkat.
effect:Warp Stabilizer
kemudian biarkan effect tersebut menjalankan tanggungjawabnya
maka akan terhasillah video di bawah setelah dirender.
Di bawah ini adalah video sebelum diedit:
walaupun effect ini masih lagi tidak sempurna dan masih lagi nampak ketidak serasian gambar dalam video yang diedit, tapi sekurang-kurangnya, tak adalah nampak kantoi sangat tangan terketar-ketar memegang kamera.
So. apa lagi. Teruskan dengan projek anda yang seterusnya.
dan bukan digunakan untuk tujuan komersial.
Segala hakmilik kembali kepada tuan asal)
Post a Comment