Thank you!

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Minimal Design

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Download high quality wordpress themes at top-wordpress.net

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Easy to use theme admin panel

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Archive for July 2011

2 Situasi, 1 Reaksi



Pintu bilik kuliah dikuak perlahan. Kelas yang tadinya riuh rendah dengan suara mahasiswa jurusan kejuruteraan matrikulasi UIA PJ senyap seketika. Lecturer tadi mengorak langkah memasuki bilik kuliah yang luasnya hanya beberapa meter, namun cukup selesa untuk mahasiswa yang berjumlah lebih kurang 20 orang itu. Di tangannya terpegang erat beg komputer riba, lantas diletaknya di atas meja hadapan.

Kemudian masuk pula ketua kelas dengan sebuah projektor. Beliau mula memasang projektor tersebut sambil membantu lecturer mengubah setting di komputer riba untuk menghasilkan pancaran di dinding putih yang tersedia di hadapan kelas.

Lecturer tersebut mula memperkenalkan dirinya sebagai madam Kartinee Kassim, dan beliau akan mengajar subjek Chemistry untuk kumpulan kami sepanjang semester pengajian tersebut. Sebelum ini, beliau mengambil cuti kerana melahirkan anak dan diganti oleh Miss Zakiah Abdullah untuk beberapa minggu.

*****

"Eh ibrahim, ni ape ye? aku tak faham la apa yang lecturer tu ajar.." tegur Haziq sambil tangannya ditunjukkan kepada buku teks yang terpampang di hadapannya. Aku dan Haziq duduk sebelah menyebelah di barisan yang paling belakang sekali. Maka, agak sukar untuk lecturer mengesan tindak tanduk kami berdua.

Aku menoleh, cuba mencari apa yang tidak difahaminya. Puas aku melihat gambar tersebut dan cuba memahamkan dengan perenggan di bawah gambar tersebut.

"entah, aku pun tak faham..." ujarku ringkas.

"Kalau kau pun tak faham, aku lagi la tak faham.." Haziq ketawa kecil. Aku hanya tersenyum.

"You!!.." tiba-tiba kedengaran suara madam Kartinee dari hadapan sambil tangannya ditunjukkan kepada Haziq. Aku tunduk senyap.

"Er...me..?" Haziq teragak-agak menjawab.

"Yes, you..!, stand up!"

"What are you both talking about?!"

Kami senyap. Pandangan mahasiswa yang lain tertumpu kepada kami berdua.

"Answer question xx" sambung madam Kartinee.

Masih lagi tunduk menghadap bumi.

"What is the answer..?!"

Kelas sunyi seketika

"I don't know.." jawab Haziq ringkas.

"What about you..?" soalan tersebut diajukan pula kepada aku.

Masih juga tiada jawapan.

"Stand up!" tegas kedengaran suara beliau.

Aku hanya menurut perintah. Tidak bersuara sepatah pun. Aku tahu madam marah dengan perangai kami berdua. Mungkin boleh aku pertahankan diri dengan menyatakan bahawa kami tidak faham apa yang diajar. Namun aku mengambil keputusan untuk berdiam diri. Kami hanya mampu menelan bulat-bulat apa yang dimarahkan kepada kami berdua.

"stand up until the end of the lecture.." nadanya semakin menurun berbanding tadi. Kemudian beliau menyambung kembali pelajarannya yang terganggu disebabkan oleh sikap kami berdua.

Selesai sahaja kelas, aku biarkan sahabat-sahabat yang lain beransur pulang. Madam Kartinee masih lagi mengemas barang-barang yang dibawanya. Aku menuju ke hadapan untuk berjumpa dengannya dalam keadaan tertunduk.

"Madam, can I meet you after this?" aku menyuarakan rasa hati yang terpendam dengan perasaan bersalah pada insiden tadi.

"Wait for me at Admin building" balasnya dengan nada bersahaja.

Aku hanya mengangguk lemah. Aku nekad, bahawa aku mesti meminta maaf atas keterlanjuran sikap aku tadi yang mengganggu kuliahnya, dan seterusnya bertanya apa yang tidak kami fahami dalam kelas tadi. Biarlah aku dimarahi untuk kali kedua, asalkan aku mendapat pengajaran yang bermakna di masa akan datang.



______________________________________________

Dr. Maha Maher memasuki bilik kuliah seawal jam 9.30 pagi. Ada beberapa orang arab Mesir dan Malaysia yang sudah sedia di dalam bilik kuliah seawal jam 9.15 pagi. Bilik yang besar beberapa kaki itu sepatutnya dimuatkan dengan hampir 30 orang. Namun, tidak sampai satu pertiga lagi yang sampai. Bahang kepanasan musim panas sudah makin terasa walaupun jam baru menunjukkan pukul 9.40 pagi.

"Macam mana, kita nak mula ke, nak tunggu yang lain?" tanya Dr. Maha Maher.

"Kita mulakan sahaja," ujar salah seeorang pelajar.

Aku mengangguk tanda setuju.

Dr. Maha memulakan kuliahnya dalam english berkaitan tajuk Diarrhea. Sedang mengajar, terdengar orang mengetuk pintu dari luar. Dr. memberhentikan pengajarannya. Pintu dibuka perlahan. Pelajar tadi masuk lantas mengambil tempat yang masih banyak kosong. Setelah pelajar tersebut duduk, beliau menyambung kuliahnya kembali.

Selang beberapa minit kemudian, kedengaran ketukan pintu dari luar. Rutin yang sama berlaku. Beliau hanya melihat gelagat pelajar tersebut tanpa apa-apa reaksi. Begitulah yang berlaku selang beberapa minit.

Hampir setengah jam beliau mengajar, masuk lagi seorang pelajar tanpa perasaan bersalah mengambil tempat menyelit di celah-celah pelajar lain yang sudah sedia ada.

*****

"Setuju tak kalau lepas ni, siapa lambat dari 9.30 pagi tak boleh masuk kelas?" tanya beliau.

Kelas senyap ketika, tidak pasti apa respons yang patut diberi.

"Tak boleh Dr." jawab seorang arab di bahagian hadapan kelas.

"Kenapa?" tanya beliau.

"Kami datang dari jauh, pengangkutan susah nak dapat pagi-pagi ni sebab kesesakan lalulintas serta kesukaran mendapat pengangkutan" jawab arab tadi.

"Bertolaklah awal dari rumah kamu, mungkin sejam awal supaya boleh sampai tepat pada masanya pukul 9.30" sambungnya.

"Susah la Dr..."

"Macam mana kawan kamu yang lain boleh datang awal?" tanyanya kembali.

Arab tadi senyap, tiada jawapan untuk diberikan.

"Kamu tahu tak yang kamu mengganggu pelajaran. Setiap kamu yang masuk akan ketuk pintu, kemudian kena mencari tempat duduk di celah kawan-kawan lain yang sedang berusaha untuk menumpukan perhatian." beliau menyambung.

"Kamu mengganggu kosentrasi pelajar lain..".

"Kamu juga mengganggu pelajaran saya. Jadi ada baiknya untuk mengelakkan kamu semua mengganggu saya dan kawan-kawan kamu yang lain, maka kalau lambat, saya akan kunci pintu." ujar beliau lagi

Kelihatan beberapa pelajar membuat reaksi kurang setuju dengan cadangan Dr.

"tapi Dr....."

_________________________________________

Tempat berbeza, situasi hampir sama, perwatakan individu yang serupa. Mdm Kartinee dan Dr Maha Maher, walaupun dipisahkan antara benua, namun jikalau kedua-duanya yang mengajar, aku rasakan bagaikan berada dalam bilik kuliah yang sama. Serius aku terkenangkan Mdm Kartinee di MCIIUM setiap kali Dr. Maha Maher yang mengajar. Perwatakan mereka yang tegas, namun berprinsip dalam mendidik pelajar-pelajarnya. Walaupun tegas, namun mereka mampu bertolak ansur dalam perkara-perkara yang boleh diberikan keringanan. Jauh di sudut hati mereka, sebenarnya mereka inginkan kebaikan dan perubahan dalam diri anak-anak didik mereka. Marah itu tandanya sayang, bukan ingin membenci dan menjauhkan pelajar darinya.

Namun perubahan bergantung kepada diri sendiri. Tidak selamanya kita mampu memberi alasan atas kesalahan yang kita lakukan tanpa perasaan ingin berubah ke arah kebaikan. Dan kalau kita berubah kepada yang lebih baik, kebaikan itu akhirnya akan kembali manfaatnya kepada diri kita sendiri.

__________________________________________

Dedikasi untuk mereka yang pernah mengajarku dan mendidikku terutama di MCIIUM:
  • Madam Kartinee Kassim
  • Madam Zakiah Abdullah
  • Madam Wan Maisarah
  • Madam Norhasimah
  • Madam Saudah
Lagi tentang mereka:
http://eamz.blogspot.com/2008/10/semingguyangberbaki.html

http://eamz.blogspot.com/2009/05/setulusjiwa.html

http://eamz.blogspot.com/2010/01/mubarakmuqaddam.html
http://eamz.blogspot.com/2011/06/adaptasi-situasi.html


serta kawan-kawan group 58 yang lain: Azaad, Afiq, Haziq, Auzaie, Muzhaffar, Sharifuz, Syith, Adli, Arif, Auzaie, Nizam, Nuzul Imran, Aina, Azlin, Azreen, Azreha, Ekin, Fareha, Hidayah.

lawan KOTOR


Suatu hari di Kaherah, aku dan beberapa orang sahabat menaiki bas untuk pergi ke suatu tempat. Mungkin kerana kami masih belum makan apa-apa makanan berat, maka kami membeli sedikit coklat dan biskut untuk mengalas perut sebelum menaiki bas tersebut.

Disebabkan bas yang kami naiki agak sesak, maka kami terpaksa berdiri sepanjang perjalanan. Tangan kiri memegang tiang bas, sementara tangan kanan pula digunakan untuk membuka bungkusan makanan yang kami beli sebentar tadi. Makanan tersebut kemudiannya dibahagi-bahagikan antara kami beberapa orang.

Habis sahaja memakan makanan tersebut, bungkusan makanan yang dipegang oleh kawan aku tadi dimasukkan ke dalam poketnya sementara menunggu dipindahkan ke tong sampah yang berhampiran. Namun bungkusan makanan itu tidak tahan lama di situ.

Perbuatan kawan aku itu dilihat oleh seorang makcik yang duduk berdekatan dengan kami. Lantas dia meminta bungkusan makanan tersebut. Mulanya kawan aku teragak-agak untuk memberinya, namun akhirnya beliau akur lantas mengeluarkan kembali bungkusan makanan yang telah habis tadi dan memberinya kepada makcik tersebut.

Tanpa berlengah, bungkusan makanan itu diambil lantas dicampaknya keluar melalui tingkap bas yang terbuka. Bungkusan makanan yang layak dipanggil sampah itu akhirnya terbang ditiup angin yang menderu membelah jalanraya kota Kaherah.

Aku dan beberapa kawan aku terpinga-pinga dengan sikap makcik tadi. Melihatkan reaksi kami yang seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat, maka makcik itu pun membalas : "Aib..aib.." (memalukan kalau SIMPAN sampah)

[Egypt:post-revolution]
* * * * *

Suatu tengahari di Mansurah, aku singgah sebentar untuk servis basikal yang terputus tali breknya. Sepeti biasa, pakcik kedai basikal tersebut mesra menyambut aku yang datang di tengah panas terik mentari itu ke kedainya.

"Sekejap ye, 10 minit je lagi. Aku nak betulkan basikal ni dulu", ujarnya. Aku hanya mengangguk, lantas basikalku ditongkatkan dan aku mengambil kedudukan separa selesa sementara menanti basikalku dibaiki.

Sedang enak menikmati panahan mentari, aku ternampak seorang pakcik baru membuka kedainya di seberang jalan. Peralatannya dikeluarkan satu demi satu dan disangkut di luar bahagian kedai.

Selesai memperagakan barangannya, beliau keluar ke perkarangan kedai. Di situ ternampak beberapa longgokan kecil plastik pembalut makanan dan beg plastik yang diterbangkan oleh angin entah dari mana sumbernya. Lantas pakcik itu tadi menghayunkan kakinya sambil menguis sampah sarap tersebut ke halaman kedai berhampiran. Aku hanya tersengih melihat telatah pakcik tersebut. Kagum dengan cara penyelesaiannya.

* * * *

Fitrah manusia inginkan kebaikan,
naluri manusia sukakan kebersihan.
Biarlah bersih itu menghilangkan sisa-sisa kotoran,
bukan bersih sementara yang membawa kepada lebih banyak pencemaran,
tidak juga sekadar bersih di sini tetapi mengotorkan lain-lain bahagian.