Akustik::Akustatik

Photo0286 

Nak kata sudah cukup ulangkaji, agak mustahil untuk terlintas di fikiran. Nak kata banyak lagi perlu diulangkaji, pastinya ada suara-suara yang mengapi-apikan, kononnya psychology digunakan untuk menyatakan makna yang sebaliknya. Kalau diluahkan pun, mungkin setakat boleh menenangkan diri untuk seketika tapi kemudiannya perasaan yang menyatakan bahawa banyak lagi belum diulangkaji akan menghantui kembali fikiran. Silap-silap, ianya akan menambahkan tekanan kerana kawan-kawan sekeliling bukan menggalakkan, tapi menguja supaya kita merasa sudah cukup dengan apa yang dilakukan. Penyelesaiaannya, senyap dan buat tak layan je perasaan, kerana semua orang pun merasakan masalah yang sama  (tak termasuk ‘mereka’).

 

Bahang peperiksaan tahun ni agak kurang dirasakan oleh aku berbanding tahun sebelumnya. Mungkin kerana aku dikelilingi oleh teman-teman yang masih bersenang-lenang menjalani kehidupan harian, bersiar dan bersukan bagaikan tiada apa yang perlu dirisaukan. Atau mungkin juga kerana tumpuan aku dialihkan kepada keadaan sekeliling yang makin merumitkan, dan permasalahan yang ditimbulkan untuk melengahkan perancangan yang telah disiapkan. Masa yang sepatutnya diisi untuk meningkatkan amalan dan prestasi pelajaran terbuang dek memikirkan jalan penyelesaian.

 

acoustic statik

 

Memang benar perkara ini akan sentiasa diulang saban tahun. Lumrah alam yang statik, atau pemikiran manusia yang statik? keupayaan akustik manusia bagaikan hanya untuk satu pihak, tanpa mencuba melapangkan minda menerima pihak yang selainnya. Yang ketaranya baru-baru ini berlaku dalam politik di Malaysia. Bukanlah niat aku untuk menafikan mana-mana pihak, cumanya perkara yang berlaku menyebabkan aku terfikir, masih wujudkah persaudaraan sesama Muslim, ukhuwwah yang dicanangkan yang melangkaui semua sempadan seperti dalam firmanNya.

 

Kita nak bawa kebaikan… Maka kitalah yang selayaknya melaksanakan.. dan kita jualah yang menjadi penghukum kebaikan orang. Kerna kau dah tersasar dari landasan, maka kebaikan yang kau buat semua adalah sia-sia belaka. Tak ada maaf bagimu. Apa yang kau buat, semua salah, dan apa yang aku buat betul semuanya…

 

* * * * * * * * * *

 pecah

Bumi Mansurah ini juga masih tidak sunyi dari kestatikan lumrah alam bumi Mesir. Aku hanya mampu menunding diri sendiri atas perkara yang berlaku. Aku yang masih statik di sini, diam membatu seribu bahasa, tak mampu menggunakan akustik yang dianugerahkan dengan sebaiknya. Walaupun aku cuba menjadi pendengar yang setia, tapi ianya makin menyesakkan fikiran dan pemahaman aku selama ini.

 

Sejak tahun pertama kedatanganku ke sini, mindaku disumbatkan dengan isu perpecahan. Ya, perpecahan…. dan perpecahan, kemudian berpecah lagi menjadi pecahan-pecahan yang pecah . Maka berdosalah mereka yang membuat perpecahan atau mendorong kepada perpecahan, jua mereka yang bersubahat dengan orang yang membuat perpecahan, atau bersekongkol merancang satu perpecahan.

 

Isunya di sini…apa yang dimaksudkan dengan perpecahan..? Maaf, mindaku masih statik..tak mampu merungkaikan apakah itu perpecahan, dan apakah itu perkara yang kalau difikirkan, ianya adalah perpecahan, tapi manfaatnya yang besar di masa panjang, ialah satu bentuk ijtihad untuk membentuk kesatuan di bawah khilafah Islamiyyah.

5 Responses so far.

  1. Saiful Aqmal says:

    Salam.

    Kenapa Ibrahim? Keadaan sekeliling terlalu susah membentuk jati diri?

    Bayangkan seutas tali. Tali itu ada satu fixed-end dan satu free-end.

    Kita goncangkan tali pada free-end secara horizontal. Tali akan bergerak ke kiri dan ke kanan, betul?

    Bayangkan perbuatan tadi dari arah atas (bird view). Tentu nampak pergerakan tali tadi seakan-akan gelombang, betul?

    Gelombang yang sebegitu disebut 'PLANE-POLARIZED WAVE'.

    'Plane-polarized wave' juga turut dipanggil 'LINEAR POLARIZATION' sebab walaupun tali bergerak ke kiri dan ke kanan, tetapi paksi pergerakan tetap sama (paksi yang horizontal)

    Aplikasi:

    Goncangan tali menggambarkan disturbance (gangguan) dalam kehidupan.

    Walau macam mana hebat sekali pun goncangan, tali akan bergoyang juga namun tetap pada satah horizontal yang sama.

    Kita patut jadi tali yang teguh walau datang daya luar (external force) mengganggu. Kita pasti tetap akan bergoncang juga seperti tali tadi yang bergerak ke kiri ke kanan membentuk gelombang, tetapi kita tetap berdiri pada paksi Islam sebab penghujungnya tetap sesuatu yang pasti (fixed-end=AKHIRAT)

    Mesti orang kata Saiful Aqmal ini berbelit-belitkan, macam kena ikat dengan tali?

  2. camne ngn mas.acoustic...?

  3. syafi says:

    Cth mudah:
    pecah.- kaca itu sudah pecah. berpecah- ok semua murid2! berpecah buat 2 kumpulan...
    perpecahan- susah betol la solan perpecahan yg Cikgu Akmal bg tadi.

    apa masalahnya?

    Muhasabah:
    Kita tak tahu kesudahan kita.
    Ramai org harini dabik dada kata depa dah cukup Islam@merekalah yg paling 'Islam' sekali. Akhirnya terlupa, bhw sebenarnya Allah berikan ujian disebalik keIslaman yg mereka dabikdadakan itu. Lalu kesudahannya, tinggal sepi seorang dlm neraka dengan azab yg pedih. Lantas, mereka lihat dari dlm neraka itu, org yg mereka katakan kurg Islam@ x paham Islam dulu sedang bersenang lenang dlm syurga... Sejauh mana Islam kita? Sampai bila boleh mendabik dada?
    Kita tak tahu bagaimana pengakhiran kita nanti..

    Ya Allah, matikan kami dlm keadaan baik. Jgn kau matikan kami dlm keadaan akhiran yg buruk.

    "Nahnu qaumun amaliyyun.."

    Peace Baem! Gudluck exam. Xyah pikir rumit2..

  4. Azrul Azly says:

    mari pecahkan minda dgn tag islami

    1. Antara 2 nikmat Allah yang paling berharga dalam hidup anda
    2. Bagaimana anda mensyukuri nikmat itu?
    3. Adakah anda berkongsi nikmat itu dengan sahabat anda?
    4. Bagaimana jika nikmat itu tiada?
    5. Adakah blog anda Islamik?
    6. Adakah blog anda selari dengan kehendak Islam?
    7. Adakah blog anda menyumbang untuk Islam?
    8. Bagaimana anda menyumbang untuk Islam melalui blog anda?

    Nak tag org lain sekali lg bagus..
    Rabbuna yubarik fik.. :)

  5. NBA says:

    mcm kenal je kalender perikse ko tuh... aku punye letak mane yek? kne carik balik nih... anyway, aku benci (benci xsama dgn xsayang, cntoh sayangilah pcm...kenapa bukan jgn benci pcm) ulang sekali lgi, aku benci org yg suke menyiko, walaupun xmenyiko aku & menyiko org laen pun mmbuatkan aku meluat.. buat biasa sudah la. sori melepaskan benci dlm blog ko hahaha~