Physio::Physics [Ear I]


"Inna Fi Zaalik LaZikraa LiMan YaTazakkar..
Wa Ibratan LiMan Yatafakkar"

Peringatan untuk orang yang beringat
Pengajaran untuk orang yang berfikir

"Kita mendengar dengan telinga"
Salahkah penyataan di atas?
Tidak salah untuk pemahaman masyarakat umum
tapi ianya tidak tepat untuk pemahaman mereka yang belajar medik.
kerana apa..?
baca di sini

Tak perlu mempertikaikan penggunaan ayat di atas ketika bercakap dengan masyarakat umum. Guna kaedah
"Khatibu Annas Qadra Uqulihim"
Bercakap dengan manusia berdasarkan tahap pemikiran mereka.




Ini gambaran ringkas tentang telinga. Menarik kerana aplikasi dalamannya juga mematuhi hukum fizik alam. Menurut teori law of conservation of energy, tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Ianya hanya boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Maka telinga manusia memainkan peranan penting dalam mengubah bentuk tenaga agar kita dapat menterjemahkannya di otak seterusnya memberi respons yang tepat dengan apa yang didengar.

Tenaga bunyi yang terhasil dari getaran vocal folds (pita suara) dan beberapa anggota lain dipindahkan kepada telinga pendengar melalui medium udara. Ianya memasuki liang telinga (1) lantas mengenai gegendang telinga (2) menghasilkan getaran. Bentuknya berubah menjadi tenaga mekanikal. Tapi ianya tidak cukup kuat untuk menghasilkan respons pada bahagian dalam telinga sebelum dipindahkan ke otak.

Penyelesaiannya adalah dengan memindahkan tenaga tersebut dari medium udara (middle ear) ke medium cecair (inner ear). Tapi tenaga yang dipindahkan, hanya 0.1% sahaja yang berjaya melepasi sempadan tersebut. Baki 99.9% (30 dB) lagi dipantulkan semula dan gagal dimanfaatkan. Maka bermulalah fungsi bahagian tengah telinga - Ossicles (3,4,5), untuk menampung kekurangan tenaga yang hilang.

Di sini, 2 lagi hukum fizik diaplikasikan
  • Areal ratio (nisbah luas) @ Hydraulic law
Nisbah luas gegendang telinga kepada luas Stapes (5) adalah 17:1. Ini bermakna tenaga bunyi yang menggetarkan gegendang telinga ditumpukan ke luas Stapes yang kecil, akan menghasilkan hentaman yang kuat pada tetingkap bujur (8).

  • Lever ratio
Menggunakan prinsip takal dan tuas pada ossicles (3,4,5) maka, tenaga mekanikal tersebut digandakan 1.3 dari nilai tenaga asal.

[gambarajah mudah]


[kalau nak lebih faham lagi]

Maka, dengan 2 prinsip ini, tenaga yang hilang tadi untuk memindahkannya dari external ear (medium udara) ke inner ear (medium cecair), ditampung semula oleh middle ear.

Dan untuk dibawa ke otak untuk diproses, tenaga mekanikal tadi ditukar bentuk oleh inner ear ke tenaga kimia, seterusnya menghasilkan tenaga elektrik untuk melalui sistem saraf terus ke bahagian otak.

Apa pengajarannya..? Fikir sendiri

One Response so far.

  1. tak suka fizik. says:

    salam..nice one..boleh blaja teori lak kat sini..huhu..kemah2,buleh masuk fizik lak dlm biol..huu..mmg minat fizik sgt nih,tak mo kate apela..