Intro 1st post

Alhamdulillah, tercapai hajat utk mewujudkan sebuah blog, selepas kegagalan blog sebelumnya di friendster(x terupdate setelah sekian lama~kerja hangat² lauk panas~). Setelah sekian lama hajat terpendam dengan alasan "eh,byk lg x study nih" tp sempat pula nak membelek blog² orang lain. Musim imtihan semakin menghampiri penghujungnya, menandakan semakin dekat cuti musim panas, melambai-lambai di sebalik kertas psychology(exam terakhir utk tahun ni). Apa yang telah diisikan padanya. Fikir sendiri, Nilai sendiri, dan ambil tindakan darinya.

Mengapa terdetik untuk berjinak dgn blog? Persoalan yang masih berlegar-legar dalam ruang mindaku sejak tahun lepas. "Buang masa je..banyak ke masa yg kau ada nk update" ... "Apa faedah buat blog ni..?setakat nak kecoh² apa isi hati kita, nak suruh orang menilai kita ke?" . Mentaliti 2 tahun dahulu. Kenapa perlu dilihat dr sudut negatif. Sempit sangatkah ruang untuk berfikiran positif..? Titik hitam sekecil itu diwar-warkan, tapi lingkungan putih sekeliling diabaikan.

Moga usaha kecil ini mendapat keberkatanNya. Doakan semoga dpt istiqamah, selagi mana Allah memberi bantuanNya, dan selagi mana aku berusaha untuk menyusuri jalan lurusNya. Nasihatilah diri ini yang sering terlupa, tegurilah kesalahan yg sengaja atau tidak yang dilakukan. Segala kemanfaatan adalah dari Allah yang selayaknya untuk dpuji. Segala kekurangan disandarkan semata-mata kepada hambanya yang lemah tanpa petunjuk dariNya.