Raihan - Praises for The Prophet [2008]



Setelah sekian lama kumpulan Raihan menyepikan diri, setelah ketiadaan Nazrey Johani yang secara rasminya keluar dari kumpulan tersebut tahun lepas kerana ingin menumpukan tugas dakwahnya, akhirnya, mereka tampil semula dengan album ke 9 Praises For The prophet. Sedikit kelainan ditampilkan dalam album ini, untuk mengorak langkah dakwah di peringkat antarabangsa. Album tersebut dilancarkan di Kota London pada 23 Mac 2008 sempena kunjungan Raihan untuk persembahan di Royal Albert Hall London dan keseluruhan lagu dalam album tersebut dalam versi acapella(tanpa alat muzik) -satu usaha yg cukup bagus, kerana masalah penggunaan alat muzik menjadi khilaf di kalangan ulama', ada yg membenarkan dgn syarat dan ada yg mengharamkannya scr mutlak. -Alternatif yg cukup baik dan dapat diterima oleh umat Islam seluruh dunia

Secara ringkas, nasyid yg ditampilkan adalah berasaskan selawat dengan keseluruhan 8 track dr nasyid² yang pernah dibawa oleh mereka dalam album² lepas. Antara trak lagu yang dimuatkan :
1. Selawatul Murtada

2. Selawatul Burdah

3. Ya Rasulullah SalamMun ALaik

4. Salawatul Syafaat

5. Salawatul Mustafa

6. Ashubbu Bada

7. Salawatul Fathilah

8. Tholaal Badrul ALaina


Sedikit komen untuk album ni, Raihan perlukan Nazrey....? atau Nazrey perlukan Raihan..?~ atau ke2-2 mereka mempunyai kelebihan tersendiri, dr segi vokal dan susunan lagu. setelah mendengar semua lagu dalam album ni, rasanya, vokal masih lagi mantap -keharmonian suara yg mmg sgt mantap- dengan kehadiran Zul Fadli Mustaza, ahli baru menggantikan Nazrey Johani. cuma mungkin pada susunan lagu, sebab mereka hanya menyanyikan lagu yg pernah dinyayikan sebelum ni, mungkin kureng sket. Tapi disebabkan mereka mempunyai target dakwah peringkat antarabangsa, jd, rasanya ini satu permulaan yg bagus.

Mari bersama-sama mendengarkan kemantapan gabungan suara harmoni mereka...
AsSubhu Bada
Assubhu Bada - Raihan