Saat::Kelahiran::Detik::Kematian

Sedar tapi leka. Tahu umur semakin meningkat, tanggungjawab semakin bertambah, masa yang diperuntukkan atas muka bumi semakin singkat, tapi masih lagi mengejar kefanaan. Begitulah manusia, begitulah aku. Hari semalam yang disambut, seakan-akan menyambut masa semakin hampir tibanya ajal.18 Jun 2007, bermakna sudah 7671 hari aku menjejak kaki atas muka bumi. Menempuh tahun yang ke 21 atas muka bumi, yang tidak ketahuan bilakah saat dan detik terhenti.

Apakah usaha yang akan dilakukan..? Apakah tanggungjawab yang telah dilaksanakan..?. Inilah masa merenung, muhasabah agar tidak terlambat. selama ini dilahirkan, selama itulah dosa dilakukan, tetapi sebanyak mana taubat yang dipinta?. Sejauh mana pula tahap kesyukuran kita atas nikmat pemberianNya. Berapa banyakkah pula amalan yang telah disediakan?

Terima kasih tak terhingga kepada pihak penganjur yang bersusah payah mengadakan sambutan menyambut tahun kelahiran yang sudah lepas dan detik kematian yang bakal menjelang. Tak lupa jua kepada tuan rumah dan kepada senior² yg rela + beria-ia(sbb ada makanan, boleh aje~) meluangkan sedikit masa walaupun exam mereka belum tamat lagi.

Kepada ahli Beyt Arif, bravo alaik sbb berjaya membuatkan aku kecewa sejenak. ~Tiba² je Faiz dgn baik hati belanja makan kat Wesaya (Ntah btol ke x ejaan nih-1st time makan kat sini; ape lagi order la yang mahal². dah nama pun org belanja). Eh, Lah Tahir pun ade skali..? Ni mesti saje nk buat surprise..Aaah, taktik korang tak menjadi. dah boleh agak dari kat rumah lagi.

Tiba time makan. Macam biasa, mesti la nak suruh buat ucapan. Tapi sangkaanku meleset dan meleret 180 degrees. Baca doa makan, pastu terus melahap. Senyap je diorang ni, x meriah langsung. dari mula sampai habis menghadap makanan je~ Uh..perut dah penuh, terus blah sambil menapau sedikit sisa² makanan. Sebab aku kalau makan, lambat nak habis. Baik simpan buat bekalan tgh malam nnt.(alasan sbb perut dh penuh..aku la paling lambat habis makan, paling byk x habis). sampai rumah pun macam tu juga, semua membatu seribu bahasa. Aku pun melonjak kegembiraan sbb ingatkn diorang ni x teringat apa².

Selepas maghrib, tibalah masanya melaksanakan rancangan tajaan Roma n geng beyt Arif dibantu oleh Ahli beyt asfour yang telah dirancang sejak pagi lg tanpa pengetahuan aku. Shidee menelefon dr rumahnya meminta aku dtg, tapi aku cuba jual mahal. Tak lama kemudian, Muga pula call dan memaksa aku pergi ke rumah dia "Sekarang!!" katanya.. haha..dah boleh agak, mesti korang nak buat sesuatu, tambahan pula, alasan nak suruh aku pergi rumah diorang tu x lojik langsung. Aku pun pergi la secara terpaksa
(utk x mengecewakan diorang) tp rela (sbb ada makanan).

Majlis berjalan seperti biasa(dah bbrp kali sambut harijadi kawan² laen, semua cara sama je~). cuma sedikit ucapan dari aku sekadar memperingatkan sahabat² yang lain. Aku berharap, agar kawan² sekeliling sudi menegur kesalahan yang aku lakukan, sebab tanpa komen atau kutukan mereka, bagaimana aku nak memperbaiki diri. Tidak ada manusia yang sempurna pd zaman ini. Kalaulah kawan² sekeliling membisukan diri melihat kesalahan yg disengajakan atau tidak, takkanlah mahu mengharap kawan² dan jiran² arab utk menegur~