Akademi::Nasyid






Rancangan realiti TV yang ditunggu sejak sekian lama, akhirnya muncul juga di tv9.Ustaz Asri Rabbani sebagai penasihat Akademi Nasyid serta Yasin Sulaiman sebagai pengarah muzik dan Hafiz Hamidun sebagai pengacara. Secara ringkas, seramai 4000 peserta menghadiri ujibakat dari 6 buah negeri dan dari jumlah tersebut, hanya 12 kumpulan atau solo layak untuk peringkat yang seterusnya.

  • Division (Berkumpulan lelaki)
  • Zuriana Ishak (Solo perempuan)
  • Shahrizal (Solo Lelaki)
  • Voice Of Men (berkumpulan lelaki)
  • Aiman sidek (Solo lelaki)
  • sofea (Berkumpulan perempuan)
  • Eda Fazila (solo perempuan)
  • InHeart (Berkumpulan Lelaki)
  • Cicik (Solo Lelaki)
  • Farhan (Berkumpulan Lelaki)
  • Azhan Atan (Solo Lelaki)
  • Muslim Voice (Berkumpulan Lelaki)

Seperti rancangan realiti TV yg lain, penonton boleh mengundi peserta yang mereka minati. Pemarkahan berdasarkan jumlah SMS 50% dan Juri Profesional yang dilantik sebanyak 50% juga. Semua peserta menampilkan persembahan yang mantap dan tiada peserta yang tersingkir untuk episod permulaan ini.

Komen sendiri:
Aku lebih minat nasyid yang berkumpulan, kerana dari situ dapat dgr keharmonian gabungan suara, dan setiap seorang mempunyai kelebihan masing2 dan apabila digabungkan, tentulah menjadi lebih mantap. Cuma kalau tak dapat serasikan suara, boleh spoil lagu tu..satu cabaran, dan kepuasan kalau dapat mengatasinya.

Secara lojiknya, mereka yang boleh membawa lagu yang sukar, seperti ada part tarik-menarik suara, dan lenggokan suara, tentulah kumpulan atau individu tersebut mampu untuk pergi lebih jauh. Dan mungkin juga lebih menarik kalau lagu yang dibawa diolah sendiri, untuk mempamerkan kekreatifan mereka, tak nak la sama je, tak ada perubahan langsung. Penonton pun muak la nak dgr.

Pilhan sndiri:
Dari 12 yang terpilih, aku memilih dalam hati sendiri(x mampu nak hantar SMS, rasa mcm membuang duit je~), beberapa kumpulan dan seorang solo iaitu kumpulan Voice Of Men yang membawa lagu Damai nyanyian Nowseeheart..menggabungkan keharmonian vokal. dan solo tersebut ialah Aiman yang mampu pergi lebih jauh dengan suara yang sedap gak la. Walaupun berseorangan, tapi suara dah sedap dengan personaliti yang macam tu(tgk sendiri la), rasanya ada can diundi ramai.

dan yang paling aku minat kumpulan In heart(nama kumpulan macam jwang je~) -gambar atas- yang membawa lagu Mirwana bertajuk aku tanpa cintaMu. Satu pembaharuan dengan intro rap, dan lirik rap tersebut memang mantap
" Bersaksi Lidah, Setulus Minda, bagai musafira dahaga, cinta Dia, kronologi masa, Hipotesis nada, Modifikasi Cinta, Aplikasi terserlah, jika cinta tanpaNya, patah jiwa, punah rasa"
Teruja seketika bila mendengar lirik ni. Kalau musykil lagi, boleh dengar kat sini
Aku Tanpa CintaMu - In Heart


kalau nak tgk full episod, tgk kat tv9.com.my yang ni preview 1st episod