Menyebut antara keperluan dan kehendak..untuk balik Malaysia. Aku kini berada di antara 2 persimpangan itu. Tafsiran akal menyatakan bahawa ianya adalah kehendak, tapi hati ini menidakkan dan menyatakan ianya adalah keperluan yang perlu ditunaikan. Kalaulah ianya satu keperluan, maka, nak tak nak, aku terpaksa menunaikan keperluan tersebut. Dan jikalau ianya hanyalah kehendak, maka tidak salah untuk aku tidak balik pada tahun ini
[Mungkinkah aku tergolong dalam golongan penumpangnya tahun ini?]
Sebelum datang ke sini lagi, aku sudah bercadang untuk balik ke Malaysia tahun ke 2 pengajian. Namun, aku tersilap langkah. Tiket sepatutnya ditempah lebih awal (sebelum mula peperiksaan akhir tahun). Namun keegoan aku di kala itu menyebabkan aku bercadang untuk beli tiket last minute, kerana aku sudah menjangka, akan ada pelajar yang akan menagguhkan keputusan mereka untuk balik ke Malaysia setelah keputusan peperiksaan mereka keluar, kerana mereka perlu mengambil peperiksaan kedua (2nd chance) setelah gagal pada peperiksaan lepas.
Ianya berlaku seperti yang dijangka. Tiket mereka pada awal bulan Ogos ditangguhkan dan aku cuba untuk mengisi kekosongan yang ada. Namun, cadangan untuk balik awal bulan Ogos terpaksa ditangguhkan kerana ada perkara yang perlu diselesaikan, dan lebih penting dari kehendakku ini. Tapi, kita merancang, Allah jua mempunyai perancangan tersendiri, dan Dialah sebaik-baik perancang.
Kini, aku masih lagi menanti jawapan. Kalaulah balik Malaysia itu lebih penting, tentulah Allah akan mempermudahkan urusan tersebut. Tiket yang semakin meningkat harga (sebelum ni LE 4100=RM2500 melonjak ke LE5000++ = RM3000++) dan seat kosong yang semakin sukar untuk dicari seakan-akan menghalang hasratku ini.
Kalau ikutkan pilihan, aku lebih suka memilih untuk menangguhkan agenda balik ke Malaysia tahun depan, tapi keadaan di Malaysia seakan tak membenarkan aku membuat pilihan demikian. Nenekku yang menantikan operation pada awal bulan 10 seperti menjadi penyebab untuk aku terpaksa balik ke Malaysia. Sebelum datang ke sini pun, aku tak berkesempatan bertemu dengannya, kerana aku mendapat berita bahawa aku diterima untuk melanjutkan pelajaran di bidang perubatan di Universiti Mansurah, Mesir seminggu sebelum fly ke sini.
Tapi, disini pula, tidak kurang juga tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Mereka yang masih tinggal disini hampir kesemuanya yang perlu mengambil peperiksaan semula. Siapa pula yang tinggal untuk menguruskan hal ehwal pelajar² lain? Bagaimana pula dengan pelajar baru yang dijangka sampai pada akhir bulan 9? Siapa yang akan mengambil berat hal ehwal mereka? Semoga segala perkara tersebut dipermudahkan Ya Rabb..
[sewaktu family day Perubatan Cawangan Mansurah 2007]
Post a Comment