DiHati::InHeart


jagaHati, originally uploaded by ::EamZ::.

((Sesungguhnya Setiap Amalan Itu Dengan Niat...))
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Adakah sesiapa yang tahu apa yang berada di lubuk hati kita, dan yang berlegar di fikiran kita selain Allah taala..? Mampukah pula kita mentaksir niat yang berada di hati orang lain..?? Jadi, layakkah kita menilai dan menghukum orang lain berdasarkan zahirnya sahaja?


Bagaimana pula dengan kerja-kerja pembersihan hati kita? Sucikanlah niat, supaya setiap amalan bersih dari segala noda. Sentiasa perbaharuinya, kerana selalu kita terlupa, terleka, terpesona dengan dunia yang sementara.


Bagaimana pula dengan saudara seIslam kita. Memang benar kita tidak layak menilai, bahkan menghukum setiap perkara atau kesalahan yang mereka lakukan. Tapi, kekurangan yang ada, tampunglah dengan nasihat-menasihati. Seterusnya, berserahlah kepada Allah.



Minggu ke 9 Akademi Nasyid, setiap peserta yang tersingkir di episod sebelumnya diberi peluang terakhir untuk mempersembahkan bakat masing-masing kerana 2 dari 8 peserta yang telah terkeluar layak untuk bergelar finalis bersama Cicik, Azhan, Aiman, dan division.


Harapan aku untuk melihat kumpulan inheart menjejak kaki ke tangga finalis terkubur. Mungkin kerana persembahan mereka yang kurasakan kali ini, amat hambar. Vokal dan pitching yang lari (seperti kata Farihin Abdul Fatah) makin ketara. Mungkin tidak ada rezeki untuk kali ini. Tapi, ingat, perbaharui niat, mungkin bukan pentas mereka untuk berdakwah melalui seni. Masih banyak lagi ruang kosong dalam medan dakwah ini yang perlu diisi.


Mampu untuk bertahan sehingga konsert ke 8 sudah memadai untuk aku berpuas hati dengan pencapaian mereka. Undi pada konsert ini yang tertinggi 38%, tidak menjanjikan sebarang ruang kosong untuk mereka. Mungkin indah khabar dari rupa, begitulah tafsiran aku. Dakwah bukan bergantung pada populariti. Tapi, kandungan dakwah sebenarnya menarik minat orang ramai sehingga menusuk ke dalam hati, yang akhirnya membuahkan kecintaan kepada Ilahi. Tidak dinafikan bahawa penampilan da'ie itu penting, tapi sejauh mana pula da'ie tersebut menguasai bidang dakwahnya.


Bagaimana pula dengan kandungan dakwah yang disampaikan melalui lirik lagu. Mampukah ianya menusuk kalbu sehingga menitiskan air mata kerana teringatkan dosa padaNya. Kali ini, aku cukup terasa dengan lirik lagu Hikmah dan Ya Rasulullah. Mungkin ianya sekadar nota yang tidak terkesan jika dibaca dengan nada mendatar. Tetapi jikalau ianya dialunkan secara sentimental, serta diekspresikan dengan raut wajah dan feel yang betul-betul dihayati, sudah tentulah ianya memberi kesan kepada orang yang mendengarnya. Dari Hati ke Hati.




inheart
[Koleksi nasyid dari kumpulan inheart]