Muhasabah Cuti..Akal::Nafsu


Cuti musim panas masih lagi berbaki kurang dari 2 bulan. Pejam celik (2x) Tup Tap (2x) -kelipan mata kitaran bangun tidur- dah sebulan cuti ni dihabiskan di Mesir. Masih lagi perlu dimuhasabah, dah banyak mana masa yang dihabiskan untuk membuat aktiviti yang berfaedah. Kalaulah masa kosong tidak diisi dengan ketaatan kepada Allah, sudah tentulah masa tersebut dipenuhkan dengan kemaksiatan kepadaNya.


Tabiat biasa pelajar di Mesir, walaupun tak semua macam ni, tapi biasanya masa yang ada diisi dengan tengok movie - sumber yang mudah diperoleh, dari kawan² tak mengira sempadan Muhafazah (negeri). Kat sini diistilahkan sebagai "menyedut" kalau ambil dari orang lain . Dari internet pun memang berlambak untuk di'download' "menorrent". Dah puas tengok movie, layan game 'kejap' ( tak lebih 12 jam). Tak best kalau main sorang². Jadi terpaksa la cari partner nk main DoTA, Battlefield, CS dan game yang seangkatan dengannya.



Dah lesu mata menatap skrin komputer, biarkan ia berehat 'sebentar' dengan tidur..2 jam ke 3 jam...ke 4 jam..dan seterusnya, sampai la mata x larat nak ditutup. Uuh, perut dah berkeroncong sejak sebelum tidur lagi. Nak masak, malas pulak.. habis la masa nak tengok movie seterusnya. Keluar sekejap, beli IndoMee.. Huh..puas hati.. Cukup tak 24 jam dalam sehari buat benda-benda ni? ke nak tambah lagi? (Jadual di atas x mengira lagi kadar masa untuk surfing internet, chatting, jalan², window shopping dsb)

Apa yang dapat di sini? Baik balik Malaysia, boleh tolong mak bapak kat rumah. Banyakkah masa yang diberi sampai tak tahu nak buat apa? Sudah selesaikah tanggungjawab yang diamanahkan untuk memikirkan masa bersantai?. Bagaimana pula dengan diri ini.. Masih lagi mencari jawapan yang selayaknya diberikan berdasarkan amalan yang telah dilaksanakan.

One Response so far.

  1. tidak dijadikan neraka yang dikelilingi dengan kesenangan,keseronokan dan hiburan.