Zikraa Isra' wal Mi'raj


REALITI PALESTIN HAK MILIK KITA (I)

Tanah Palestin, markaz pertarungan antara haq dan batil. Di sinilah berlakunya perpindahan tampuk kekuasaan daripada Israel laknatullah kepada umat Islam seluruhnya. Masih teringatkah kita di kala tentera Salib pernah menjajah tanah suci Palestin ini selama hampir 200 tahun, dan akhirnya, dibebaskan oleh Salahuddin Al-Ayyubi. Pernahkah kita diperdengarkan dengan kisah penjajahan Zionis selama lebih dari 60 tahun. Bahkan bukan setakat menjajah, malahan mereka berhasrat untuk memperkosa tanah yang berdirinya Masjidil Aqsa dengan dakwaan mereka bahawa ianya adalah tanah tempat berdirinya Haikal Sulaiman.

Percaya dan beramal dengan apa yang dipercayai.

Kita sebagai umat Islam, percaya dan yakin tanpa berbelah bagi bahawa Allah senantiasa memelihara para Solihin yang benar-benar berusaha mengembalikan Palesin ke tangan kita..tetapi, mestilah disusuli dengan jihad, amal, dan pengorbanan.

Bukankah kita pernah mendengar sabdaNya:

((Dan sesungguhnya Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis di dalam) Lauhul Mahfuzh, bahawa bumi dipusakai oleh hamba-hambaKu yang salih)) [al-Anbiya’ :21]

Ayat ini dikukuhkan lagi dengan hadis Nabi s.a.w:

((Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah orang-orang Islam memerangi orang Yahudi. Orang-orang Islam memerangi mereka menyebabkan orang Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok. Maka batu atau pokok berkata: Wahai orang-orang Islam! Wahai hamba Allah! Ada Yahudi di belakangku. Datanglah ke sini dan bunuhlah dia melainkan pokok yang berduri, kerana pokok itu adalah di antara pokok kaum Yahudi)) [Sahih Muslim:5203]