Gosip::Cafe





Seluar slack hitam yang sudah siap digosok kusarungkan pada kaki. Kemudian, aku mencapai kopiah yang baru dibasuh di atas ampaian. Kusarungkan ia di kepala, menutup sebahagian rambutku untuk dipadankan dengan baju melayu brunei putih. Ada gaya macam ustaz. Misinya - outing di hujung minggu. Tapi gaya pakai macam nak pergi kelas agama. Tapi aku tak kisah itu semua. Ada plan B.




Urusan keluar masuk tidak semudah disangka. Pemeriksaan pakaian, kad nama, stokin, kasut dan yang paling penting iaitu kopiah. Mesti lengkap. Kalau ada kekurangan, alamatnya, tak dilepaskan oleh warden biar apapun hajat ketika itu.

Duduk di kawasan sekolah yang dikelilingi hutan mungkin agak membosankankan bagi sesetengah orang. Di kiri kawasan perkuburan, di belakang pula ada tanah yang sedang diusahakan, entah apa yang akan dibangunkan aku pun tidak pasti. Di hadapan pula bangunan separa siap dan padang tempat bermain bola sepak saban petang. Pagar pun macam nak tak nak je. Kalau ada pun, mungkin untuk menghalang babi hutan atau binatang-binatang peliharaan penduduk kampung dari masuk menggangu konsentrasi pemain bola.



Tapi jiwa muda memberontak untuk keluar dari kawasan yang dulunya dianggap penjara itu. Perjalanan 7 km ke jalan utama Machang-Kota Bharu menaiki basikal selama lebih kurang 30 minit sanggup diredahi. Asal dapat keluar.



Ya..keluar..bebas seketika..dalam batasan yang ada. Walaupun dengan had masa yang diberikan, tapi nafsu ini pasti meminta lebih dari apa yang diberi. Jauh dari ustaz, jauh dari sekolah, jauh dari tekanan pelajaran, terasa seperti baru terlepas dari kekusutan. Dan peluang hendaklah digunakan sebaiknya. Perancangan juga telah disusun serapi mungkin bersama teman sekepala.

Tiba di pekan Ketereh, aku merayau di pasar minggu sebentar. "Masih awal lagi" bisikku sendirian. Janji berjumpa di tempat tersebut pada pukul 11 pagi. Masih berbaki setengah jam. Perkara pertama yang mesti dilakukan, beratur untuk mengeluarkan duit dari ATM BSN. Kemudian menjenguk ke kedai komik, mencari keluaran terbaru untuk diseludup ke dalam asrama menjadi bacaan teman-teman yang lain. Hidup berjemaah la agaknya fikiran waktu tu.

Kopiah putih sudah lama aku sisipkan dalam kocek. Baju melayu brunei ini pula hanya menunggu masa untuk disalin dengan baju t-shirt. Teknik penyamaran untuk mengelakkan dikesan oleh pihak berwajib (kakitangan sekolah). Masa sudah hampir menunjukkan pukul 11. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan, memastikan tiada siapa yang ku kenal di sekeliling. Risau juga kalau mereka ternampak aku dan melaporkan perbuatan aku ini kepada ustaz. Nahaslah nanti kalau sampai balik ke sekolah..

Setelah yakin tiada siapa melihat. Lantas kakiku dijejakkan ke anak tangga. Satu demi satu sambil tangan kelam kabut menyalin baju yang dipakai. Tiba di tangga terakhir, aku kini dengan pakaian t-shirt dan berseluar slack, ala-ala budak sekolah menengah yang lain.

No. 9. Ujarku kepada penjaga kaunter. Dia mengangguk. Lantas kakiku dipercepatkan ke meja nombor 9. Kerusi ditarik dan aku terduduk puas. Kawanku sejak tadi lagi menunggu. Khusyuk sangat hinggakan tak sedar kehadiranku di sisinya.
"Eh..awalnya kau sampai..training nak kalahkan aku ke..?" aku menyapa
Dia hanya tersenyum.
"Kita tengok nanti.."
Lantas tanganku mencapai tetikus dan menklik ikon
"Counter Strike"
Perjuangan bermula..
______________________________________________________________________

Ustaz Akhil Hayy, nama yang tidak asing lagi dari persada seni dan dakwah tanah air. Penampilannya yang bersahaja amat disukai oleh remaja. Tapi kebelakangan ini, makin banyak (atau makin diperbesarkan..??) isu yang timbul tentang dirinya. Terasa macam luput habis kebaikan yang pernah dibuat sebelum ni. Lenyap dek umpatan atau istilah komersialnya gosip oleh mereka-mereka yang ingin menghangatkan dada-dada akhbar.

Kenapa hingga begitu sekali..?. Aku bukanlah taksub dengannya, Jauh sekali ingin mengangkatnya. Cuma kadangkala terasa seperti tidak adil kalaulah hanya kerana berita yang buruk tentangnya tersebar, walaupun bukan keluar dari mulutnya sendiri, tapi ia menjadi penyebab untuk orang tidak menerimanya. Tapi, dari situ juga aku sedar kenapa perlunya menjaga penampilan.

Biarlah banyak mana kebaikan yang dibuat. Tapi mungkin disebabkan iman yang tiba-tiba terkurang, maka maksiat yang tidak biasa dilakukan, dipertontonkan pula pada khalayak ramai, maka tenggelam habis segala perkara baik yang dilakukan. Manusia..mudah menghukum dari menilai, tak semena-mena dan tanpa disuruh menjatuhkan hukuman walhal hanya Allah sahaja yang layak memberinya kerana hanya Dia tahu apa yang bersarang di sudut hati manusia yang tersorok dari pandangan yang lain.

Dan antara kaedah menjaga penampilan ialah dengan menjaga pemakaian. Apa guna berkopiah tapi mengacau anak dara orang, berjubah tapi terkinja-kinja bila melihat artis yang diminati membuat persembahan. Mungkin tidak masuk akal dan tak dibuat oleh orang yang waras, tapi ianya tidak mustahil untuk terjadi.

Dan sebenarnya, pemakaian mempengaruhi gerak-geri kita. Dan aku pernah merasainya. Kalaulah kita memakai kopiah di kepala, tak tergamak rasanya nak buat benda maksiat di khalayak ramai. Biarpun sekadar untuk masuk cyber cafe. Tapi dalam hati ada perasaan bersalah meskipun tiada kesalahan yang kita buat. Tapi kerana menjejakkan kaki ke kawasan yang dipandang serong oleh sesetengah orang, maka kita akan berasa serba salah dan pastinya kita cuba hilangkan rasa serba salah dengan usaha menghilangkan punca rasa bersalah itu.





Cafe Akhil Hayy S02E05

S02E05
Type : .avi
Size : 107MB (113159850 bytes)
Media Length : 00:27:59
Video Size : 608 x 416 (AR 1:1)
Video: MPEG4 Video (H264) 608x416 23.98fps [Stream 00]
Audio: MPEG Audio Layer 3 22050Hz stereo 96Kbps [Stream 01]


Mediafire Part 1

Mediafire part 2

Credit to Dimensi at Jiwang Torrent

2 Responses so far.

  1. syapi says:

    menarik2. lg na exam. lg sakan update blog ek?
    persoalnnya: Mengapa? haha

    ps: nampaknya cam ada peminat ust akhil hayy la..

  2. EamZ says:

    Aha..dah agak dah~

    time exam2 ni, tension study, jadi nk hilangkan tension, lupekan sementara study tu..Belek-belek blog orang lain, dan secara automatik akan timbul kejelesan dalam diri kerana blog org lain yang terupdate. (alasan semata-mata)

    Sbenarnya nak kait dgn macam-macam lagi, tapi dah terasa macam panjang, isi pon dah tunggang langgang. Kalau tambah lagi pasal isu mufti Perak baru-baru ni, dengan isu kat Mansurah pasal mereka tu, alamatnya,orang yang menulis tak study, dan orang yang membaca pun tak study jua.Sama-sama rugi.

    Asalkan point penting dh smpai, nak kaitkan dgn ape2, pandai2 sendiri la ye..